Ketibaan

29 0 0
                                    

Kami pun tiba di KLIA Terminal 1. Alhamdullilah cuaca sangat baik hari ini. Tiada sebarang masalah dalam penerbangan tadi. Kami pun mengambil barangan² lalu menuju ke pintu keluar. Aku memanggil teksi kerana kami tiada sebarang kenderaan utk diguna. Aku pun memasukkan barang ke dalam bonet teksi tersebut lalu masuk ke dalam kereta. Teksi itu pun bergerak ke destinasi yang telah aku beritahu sebentar tadi.

Selang beberapa jam kemudian...kami pun sampai ke destinasi. Aku melihat rumah tersebut. La merupakan rumah peninggalan arwah keluarga ibu bapa aku. Setelah aku membayar teksi tersebut, aku pun menolong maksu mengangkat beg ke depan pagar rumah. Aku pun mengambil kunci di dalam beg tangan aku lalu membuka pagar rumah itu. Aku pun sekali lagi membuka kunci pintu rumah tersebut. Aku memberi salam sebelum membuka pintu itu lalu mengambil beg bawa ke dalam.

Aku melihat sekeliling dalaman rumah. Agak berhabuk kerana lama tidak dikunjungi oleh siapa2. Aku pun membuka setiap suiz lampu rumah tersebut. Aku menolong maksu meletakkan barangannya ke dalam bilik tetamu yang berada di tingkat bawah. Setelah itu, aku pun pergi ke bilik aku. Aku menarik langsir ke tepi lalu membuka tingkap. Aku menghirup udara yang segar dipagi hari tersebut selepas beberapa jam dalam kapal terbang tadi.

Aku pun mengambil peralatan mengemas yang berada ditepi pintu bilik aku tersebut. Semua debu dan kekotoran aku sapu, sampah2 yang bersepah di lantai,katil,meja,almari telahku buang ke dalam plastik. Aku melihat frame gambar yang tergantung kemas di dinding bilik aku tersebut. Ia merupakan gambar aku sedang didukung oleh ibu aku ketika aku masih bayi. Disebelah pula ada gambar ketika kami mengambil gambar raya bersama2. Itulah gambar terakhir yang dijadikan kenangan sebelum ibu bapa meninggal. Kerana terdengar bunyi esakan aku, maksu pun masuk ke dalam bilik aku lalu memanggil aku,"𝒏𝒂𝒌?.." Maksu melihat aku sedang memeluk gambar arwah ibu dan ayah sambil menangis. Dia pun memeluk aku dan berkata,

"𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉𝒍𝒂𝒉 𝒏𝒂𝒌, 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒊𝒔 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒏𝒂𝒏𝒕𝒊 𝒑𝒆𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒑𝒖𝒓 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒛𝒊𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒖𝒃𝒖𝒓 𝒎𝒂𝒌 𝒂𝒚𝒂𝒉 Rico 𝒐𝒌𝒂𝒚?"kata maksu aku sambil mengosok belakang badan aku.

"𝒃𝒂𝒊𝒌𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒔𝒖" balas aku

So lepas kitaorang mengemas rumah, kami pun solat zohor sebentar dan mengemaskan diri untuk keluar membeli barang keperluan rumah. Kami menaiki teksi untuk ke tempat membeli-belah. Kami pun tiba lalu masuk ke pusat membeli belah. Aku mengambil troli lalu masuk ke pasaraya yang terdapat dlm mall tersebut.

Maksu aku mencari barang makanan kering manakala aku pula ke tempat orang menjual barang makanan basah. Aku membeli ayam, hati ayam, daging, dan pelbagai jenis ikan. Setelah selesai menimbang, aku pun pergi mencari sayur-sayuran yang terletak di peti yang disediakan. Aku pun mengambil segala sayur-sayuran seperti sawi,salad,tomato,timun dan sayuran yang lain. Setelah yakin dengan barang yang telah diambil, aku pun mencari2 keberadaan maksu aku, setelah memusing aku pun menjumpainya lalu bertanya kpdnya sekiranya barang yang telah diambil sudah mencukupi.

"𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘦 𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶?"tanya aku.

"𝘰𝘬𝘢𝘺 𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘤𝘬𝘶𝘱 𝘥𝘢𝘩 𝘯𝘪, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭 𝘯𝘢𝘬 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘶𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘳𝘣𝘶𝘬 𝘬𝘰𝘱𝘪 𝘫𝘦 𝘭𝘢𝘨𝘪"katanya.

"𝘰𝘬𝘢𝘺 𝘣𝘪𝘢𝘳 Rico 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭𝘬𝘢𝘯, 𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶 𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘫𝘦 𝘵𝘳𝘰𝘭𝘪 𝘯𝘪 𝘬𝘦𝘥𝘦𝘱𝘢𝘯" kata aku.

"𝘣𝘢𝘪𝘬𝘭𝘢𝘩"

Aku pun pergi ke rak yang tersusunnya segala jenis teh dan kopi. Terlihat jenama teh yang selalu aku beli ketika aku berada di Amsterdam, aku pun mengambil bungkus uncang teh tersebut. Setelah itu, aku mencari serbuk kopi yang dikatakan oleh maksu aku tadi. Aku pun meneliti semua brand kopi yang berada di rak tersebut dan menjumpai jenama kopi yang dicari cari. Baru saja aku ingin mencapainya, ada orang lain sudah mencapainya. Orang tersebut memandang aku dgn ekspresi wajah yang serius lalu berkata,

"𝘯𝘢𝘬 𝘯𝘪 𝘬𝘦?" kata orang tersebut.

"𝘦𝘳𝘳 𝘵𝘬𝘱𝘦𝘭𝘢𝘢 𝘦𝘯𝘤𝘪𝘬 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬 𝘫𝘦𝘭𝘢, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘫𝘦" Aku berkata sambil tersenyum. Dia hanya menjeling aku lalu berjalan ke depan.

"𝘦𝘦𝘦 𝘱𝘰𝘺𝘰𝘯𝘺𝘦 𝘮𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘵𝘶𝘭𝘢 𝘵𝘱𝘪 𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭 𝘫𝘦 𝘦𝘩 𝘮𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘵𝘶? kata aku.

"𝘢𝘩𝘩𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘫𝘦 𝘬𝘰𝘵" aku pun mengambil serbuk kopi yang lain lalu pergi ke maksu aku. Maksu aku sedang mengambil barang di dlam troli lalu diletaknya di atas kaunter utk pembayaran. Aku pun menghampirinya lalu turut menolongnya. Aku memberitahu maksu bahawa kopi yang dikatakanmya tadi sudah habis. Dia pun hanya mengangguk. Selepas aku membayar semua barangan tadi, kami pun pergi makan sebentar. Semasa aku dan maksu sedang makan, aku perasan macam ada seseorang yang sedang memperhatikan aku. Aku pun endah x endah sahaja lalu menyambung makan. Selepas kami makan, kami pun balik ke rumah menggunakan grabcar. Niat aku ke kubur ibu dan ayah aku terbantut kerana mlm akan menjelma. Aku pun decide untuk melawat kubur ayah ibu aku pada kemudian hari saja.

Pada malam itu, aku mencari jawatan kosong dalam laman web. Sebuah iklan kerja menarik telah perhatian aku. Aku mencari sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan syarikat tersebut. Ia merupakan sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Aku pun terus apply kerja melalui link yang tertera pada iklan kerja tersebut. Selesai dengan mengisi semua maklumat diri dalam tu, aku pun menutup lampu dan terus tido.




















BERSAMBUNG....

Here We Stay Where stories live. Discover now