Keesokkan harinya..aku menyiapkan diri awal2 untuk menziarahi kubur. Aku sempat membuat sarapan terlebih dahulu sebelum keluar. Maksu aku tidak dapat pergi bersama kerana dia perlu pergi ke Kuantan atas urusan tertentu. Aku pun tiba di kawasan tanah perkuburan tersebut. Cuaca pada ketika itu sungguh cerah. Aku mengambil tikar dan yasin lalu menuju ke kubur ayah&ibu aku. Aku pun membentangkan tikar di atas tanah lalu duduk di atasnya. Aku melihat kubur mereka lantas aku menangis. Aku mengusap batu nisan kubur tersebut.“mak, ayah, abang datang ni.. abang rindu mak ayah..abang sentiasa doakan mak ayah..semoga dilindungi oleh Allah SWT sentiasa..semoga mak aya nih tenang ya disana..abang janji abang akan cuba jadi orang yang baik..dunia dan akhirat..mak ayah jangan lupakan abang tau.." Aku menangis membaca Yassin sambil memegang kedua-dua kubur ibu dan ayah aku..
Usai membaca Yassin, aku dan Maksu pun bersama-sama menyiram air bunga ke atas kedua-dua kubur ibu bapa aku. Air mata aku masih mengalir di pipi, maksu mengusap belakang aku.“sabar ya nak..” Aku senyum sambil mengusap air mata aku sendiri.“mak..ayah..abang pergi dulu ya..nanti abang ziarah lagi.. assalamualaikum..” Sebelum aku pergi, aku membaca surah Al-Fatihah..
Selepas melawat kubur, aku menghantar Maksu ke rumah terlebih dahulu. Aku mengatakan kepadanya aku ingin pergi berjalan-jalan. Aku memusing bandar ke bandar melihat suasana yang sudah banyak berubah tidak seperti dulu lagi. Banyak bangunan tinggi-tinggi sedang dibangunkan. Aku berhenti di sebuah mall bersebelahan IKEA Cheras untuk berjalan-jalan. Suasana di dalam tersebut sungguh meriah dikunjungi oleh ramai warga yang sedang membeli belah, ada juga yang membawa family mereka makan bersama-sama. Aku memikirkan nasib aku yang hidup hanya sebatang kara. Maksu sajalah tempat bagi aku merasa kasih sayang seorang keluarga.
Aku melihat semula family besar yang sedang menjamu selera dengan perasaan yang gembira, mata aku tertangkap melihat sosok tubuh yang aku bertembung semasa di pasaraya semalam. Aku terkejut. Dia adalah orang yang pernah aku cintai. Tengku Daniel Arman Bin Tengku Adnan Zafriel. Kecil sungguh dunia, benarlah orang kata jodoh itu datang sendiri lah tibe. Aku melihatnya lagi, dia perasan yang aku melihatnya. Aku pun senyum kepadanya. Dia hanya menjeling tajam melihat aku lalu menyambung aktivitinya bersama keluarganya.
Aku hanya tersenyum paksa melihatnya bergembira dengan keluarga. Terdapat seorang budak yang duduk disebelahnya bersama seorang wanita. Mungkin itu anak dan isterinya. Aku pun terus berjalan sambil menahan air mata supaya tidak jatuh. Melihatnya yang hidup gembira seperti manusia yang lain melainkan aku yang masih mengharapkannya. Aku decide untuk keluar dari mall tersebut.
Aku pulang ke rumah. Malam itu, aku diselubungi dengan pelbagai perasaan. Tanpa ku sedari, air mata aku mengalir perlahan-lahan jatuh ke pipi. Aku menangis sepanjang malam sampai tertidur. Paginya, aku bangun dengan mata yang sebam akibat banyak menangis. Sepatutnya aku pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani kehidupan yang baharu, namun tidak. Ternyata semakin teruk apabila aku pulang kesini. Pulang pun takda guna lagi, aku harus tempuh dugaan dan rintangan yang akan aku hadapi nanti. Aku menerima mesej daripada syarikat yang aku mohon.“Selamat pagi. Saya dari Syarikat King Holding Malaysia ingin menjemput anda untuk menghadiri temuduga pagi ini, pukul 11 pagi. Sila pakai baju yang formal. Jangan lupa fail/dokumen maklumat peribadi anda dibawa sekali.”.
Selepas membaca mesej tersebut, aku pun bergegas menyiapkan diri. Aku menyusun semua fail yang perlu aku bawa nanti. Sebelum keluar, aku bersarapan dahulu bersama Maksu. Aku menyatakan bahawa aku perlu menghadiri temuduga kerja. Aku meminta restu dari doanya supaya aku diterima kerja. Selepas sarapan, aku pun menyalam dan mencium tangannya lalu pergi.
Bersambung...
YOU ARE READING
Here We Stay
RomanceCerita ini mengisahkan seorang pemuda yang sedang menjalani hari-harinya. Pelbagai dugaan dan rintangan telah dihadapinya.