Bab 2

28 4 2
                                    

"Please hold the door!" Satu suara garau yang menjerit kuat dari arah luar membuatkan Naura cepat-cepat menekan punat "buka". Pintu lif yang belum sempat tertutup sepenuhnya, terbuka semula.

Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki berusia 50-an. Badannya yang sedikit berisi kelihatan segak dengan sepasang sut hitam yang jelas sangat kemas jahitannya. Lelaki itu tercungap-cungap tanda keletihan.

"Ah ... terima kasih, terima kasih," ujar lelaki itu serasa masuk ke dalam. Tangannya hendak menekan punat tingkat pejabatnya, tetapi nombor 30 dah tersedia menyala.

"Ah you all pun nak ke tingkat 30?"

"Betul Tan Sri. Kita bakal bermesyuarat sekali," balas Naura dengan senyuman manis.

'Oh, cik akak yang garang ni boleh senyum rupanya,' getus hati kecil Jebat tatkala melihat bibir Naura meleretkan senyuman.

"Lah ye ke?" Seraya Tan Sri Yusuf ketawa besar. Tawanya bergema di dalam ruang lif yang kecil itu. Bahu Naura terangkat sedikit kerana terkejut apabila lelaki di hadapannya ketawa besar.

Tan Sri Yusuf menoleh ke belakang, melihat ke arah Jebat. "You pun akan join meeting nanti?"

Jebat mengangguk. Senyuman memekar pada wajah, menampakkan lesung pipit yang terlekuk dalam.

"Saya dari Studio Junjung, yang akan buat the design for your interior," Jebat menunduk sambil menghulurkan salam dan salamnya bersambut.

"You pula?" Tumpuan Tan Sri Yusuf terarah kepada Naura pula. Tangannya diunjurkan ke hadapan, menanti salamnya bersambut.

Naura memandang sekilas ke arah huluran tangan Tan Sri Yusuf, sebelum dia meletakkan tangan kanannya di dada lalu menundukkan kepalanya sedikit. "Saya pula dari Zaiton Arkitek."

Wajah Tan Sri Yusuf jelas berubah apabila salamnya tidak bersambut. Mulutnya dicemik. "You're that kind of girl huh?"

Naura tersentak dengan respons daripada Tan Sri Yusuf. Wajahnya terasa panas. Telinganya membara. Nafas ditarik dalam sebelum—

—sebelum Jebat tiba-tiba mencelah. "I believe a girl who has a strong grip on her belief is one of a kind. Don't you think, Tan Sri?" Suara Jebat bergemerisik, cuba membela Naura. Senyumannya masih tak lekang, lesung pipitnya masih terlekuk dalam.

Mata Naura mengecil melihat Jebat yang sedang tersenyum manis. Tatkala pandangan mata mereka bertaut, Naura mendengus. Rasa jengkelnya terhadap lelaki itu kali ini dikali seribu.

Ting!

Pintu lif terbuka, tanda mereka sudah tiba di tingkat 30.

"Kita dah sampai. Jom, Tan Sri?" Sekali lagi Jebat bersuara. Badannya ditundukkan sedikit, dengan tangan yang diunjurkan ke hadapan, menjemput Tan Sri Yusuf untuk keluar dahulu.

Tan Sri Yusuf hanya mencebik sebelum dia keluar melulu. Posisi badan Jebat masih belum berubah, tanda dia menjemput Naura untuk keluar dahulu.

Apabila dia melihat Naura masih tidak berganjak, dia mendongak. Dia memandang Naura dengan kening yang terangkat, menyoal tanpa bicara.

"For your information, I don't need you to save me. I'm not the damsel in distress. I can speak for myself," ujar Naura senada sebelum dia melangkah keluar. Senyuman yang terukir tadi, hilang terus. Naura kembali menjadi gadis dengan lahar membara.

Kening Jebat berkerut seribu. "Aih, kita nak back-up dia pun salah ke?" Dia menggeleng sendiri sebelum melangkah keluar, menuju ke bilik mesyuarat.

"It's gonna be a long day," keluh Jebat.

***

Meja di dalam bilik mesyuarat itu besar juga. Sekarang, Jebat perhatikan hampir 15 orang ada di dalam bilik itu. Masing-masing terdiri daripada arkitek, kontraktor, jurutera, juruukur, dan seperti dirinya, pereka dalaman. Tidak dilupakan juga, Tan Sri Yusuf, si pemberi modal merangkap klien mereka semua, dan pembantu peribadinya.

Ruang Antara Kita [ONGOING]Where stories live. Discover now