SB 6

359 30 2
                                    

Langkah diatur kemas di sepanjang koridor tingkatan 4 itu. Jelingan serta bisikan kutukan memenuhi deria pendengarannya. Namun sikit pun dia tak hirau dengan apa yang dikutuk. Dia dah lali dengan situasi begitu. 

Sehinggalah 2 figura menyapa jalannya menyebabkan dia terhenti melangkah. Agak jauh jugak jaraknya dengan mereka. Terteleng sedikit kepalanya sambil memeluk tubuh. Hairan. Bukan main mesra 2 orang tu. Bergelak ketawa bagai. Timbul rasa lain dalam dirinya. Rasa ingin tahu meninggi.

"Diya, kau dari mana nii?" soal Sha yang muncul dari belakang.

"Toilet" jawabnya datar. Fokusnya tidak lekang dari 2 figura di depan.

"Kau tengok apa...?" Sha pun mengekori mata Diya memandang terus ke depan.

"Eh! Kenapa kak Eliya dekat sini? Kenapa dia cakap dengan Sara? Kenapa dia macam rapat semacam je dengan Sara?" dalam hatinya berterima kasih kepada Sha kerana melontarkan segala persoalan dari dalam otaknya.

"I think we should ask them" terus dia bergerak ke depan.

"Hm? Asal macam pelik je aura dia nii. Macam ada aura hitam. Sehitam-hitam hati manusia" Sha menggeleng. Melempar segala fikiran peliknya keluar lalu mengbontoti Diya.

"Rasanya kawasan nii sepatutnya ada form 4. Macam mana boleh ada form 5 pulak kat sini" Diya berpeluk tubuh menyindir.

Eliya hanya menggulingkan matanya. Takde cara baik ke dia nii nak tegur.

"Saya nak bagi dia barang. Dia tertinggal dekat saya tadi" jawab Eliya bersahaja.

"Doesn't means you can come here without any valid reason" sambung Diya lagi.

"Fine. Ill go" Eliya terus berlalu pergi. sempat dia beri senyuman manis kepada Sara. Malas nak perang. Dah lah dia tak makan lagi.

"Macam mana kau boleh kenal kak Eliya?" lagi sekali dia berterima kasih dekat Sha sebab tanya soalan yang ada dalam otak dia.

"Oh dia roommate I" jawab Sara mesra. Terbuntang mata Sha dan Diya pandang Sara. Masing-masing kaget dengan apa yang didengari.

"Tak mungkin diaorang akan letak form 4 dengan senior" yes, lagi sekali Sha sangat membantu.

"Err, I don't know either. And I taktahu pun Eliya tu form 5" Sara menggaru tengkoknya yang tak gatal.

"Yes, she is. And you are staying with ketua pelajar tahu tak?" ujar Sha lagi.

Sara kaku. "Si-siapa?" bukannya dia tak tahu ketua pelajar dekat sekolah tu. Paling digeruni. Sekali buat salah better hadap cikgu disiplin dari hadap dia. Kata oranglah, dia pun taktahu cerita sangat.

"Nanti kau tahu lah sendiri" sampuk Diya lalu masuk ke dalam kelas.

"Eh, kenapa nak rahsia?" ujar Sara terdesak.

"Kalau belanja aku roti sosej aku bagitahu" Sha tersenyum mengambil kesempatan.

"Sha! Jangan ngade" ujar Diya dari dalam bilik darjah.

"Gurau je" Sha masuk ke dalam kelas diikuti Sara.

Sara mengambil tempat di hadapan Sha dan Diya. "Siapa?"

Diya mengecilkan matanya. Apa yang si sara ni nak tahu sangat pasal nii.

Sha pula senyap-senyap mencapai air kotak susu strawberry di laci meja Diya "Nanti kau tahu lah sendiri. Nak?" Diya jeling Sha yang ambik airnya sesuka hati. Tapi Sha hiraukan saja.

Sara menggeleng. "Taklah kalau betul ada ketua pelajar dalam tu, I nak pindah bilik" ujar Sara yang menyebabkan Sha berhenti menyedut air kotaknya. Diya pun memerhatinya lama.

Beats [gxg]Where stories live. Discover now