BAB 14

276 17 0
                                    


Isaac duduk di bangku di taman hospital itu matanya menerawang ke sekelilingnya.
Lay kemudiannya muncul dengan berlari anak.

" Tuan nak jumpa saya?" Tanya lay. Isaac senyap.

"Nah, tuan. Saya ada beli air nih tadi" kata lay lalu menghulurkan sebotol air.

" Ada aku suruh beli air ke?" Kata isaac dengan nada mendatar. Tapi botol air yang dihulurkan oleh lay, isaac ambil.

" Duduk" kata isaac. Serentak itu lay duduk diatas tanah.

" Bukan situ! Sebelah aku! " Kata isaac.

" Oh okey okey" kata lay. Lalu mengambil tempat duduk disebelah isaac. Sesungguhnya situasi tersebut sungguh janggal bagi lay. Sepanjang 11 tahun dia bersama isaac lelaki itu yang selalu menjarakkan dan mengasingkan diri darinya.

" Kau rasa aku-" kata isaac terpotong oleh kata lay.

" Saya minta maaf tuan isaac! Saya pun tak pasti kenapa cik reina kata macam tuh. Saya tak cakap apa apa yang buruk pun pasal tuan. Sumpah tak ada! " Ucap lay dengam satu nafas. Isaac tersentak dengan pengakuan lay yang tiba-tiba.

" Aku bukan nak cakap pasal tuh. Lagipun, aku dah dengar dari awal dah apa yang kau sembang dengan reina" kata isaac.

' eihh? Bukan aku suruh dia pergi tengokkan kertas kerja kat office ke? Tak pergi rupanya budak nih' bisik hati lay.

"Oh.. tuan nak kata apa tadi?"tanya lay. Isaac pandang wajah lay sebentar. Bila diamati wajah itu sedikit berubah dari memorinya. Kerana dalam memorinya adalah wajah lay semasa dia berumur 17 tahun. Dalam erti kata lain kesan penuaan diwajah lay.

Isaac mengalihkan pandangannya ke hadapan dan tidak lagi melihat lay lalu menyandarkan badannya.

" Pada pandangan kau aku memang orang yang tak hargai jasa ke?" Tanya isaac.

' ehh... Soalan jenis apa nih? Dia nak uji aku ke?'

" Jawab je aku cuma nak tahu" kata isaac menyakinkan lay.

" Saya tak rasa tuan tak hargai jasa orang. Cuma cara tuan hargai jasa tuh tak sama dengan orang lain" kata lay.  Isaac tersengih.

" Kau tak payahlah berlapik sangat. cakap je perkara sebenar" kata isaac.

" Saya betul-betul serius tuan! " Kata lay. Isaac pandang lay seketika dan kembali pandang ke hadapan.

" Kenapa kau cakap macam tuh?"

" Mungkin tuan isaac tak-"

" jap, cuba berhenti panggil aku tuan isaac boleh tak? Sebab tulah orang ingat kau hamba aku. Aku dah lama suruh kau panggil aku isaac je. Kau yang degil. Sebab tuh aku biar je. And tolong drop sekali kesopanan dan kesusilaan kau tuh"

' err... Betul jugak' bisik hati lay.

" Haih... Macam macam kau nih " suara lay mula berubah seiring dengan gaya cakapnya. Isaac berpaling terkejut dengan perubahan lay.

" Kau tak payah terkejut sangat. Kau yang suruhkan?" kata lay yang melihat wajah isaac itu.

" Ah.. ye... Terus kan..." Kata isaac. Lay juga mengikuti posisi isaac yang bersandar.

" Macam aku kata tadi. Kau bukannya tak hargai orang. Cumanya cara kau lain sebab  orang tak nampak" kata lay.

" Contoh nya?" Kata isaac.

" Kalau kau ingatlah adrien, staff bahagian Management operation? Dia tuh anak dia sakit. Selalu datang kerja lambat sebab malam tuh dia jaga anak dia kat hospital. Then, anak dia perlukan penderma jantung. Jadi sebabkan dia nak cari orang yang boleh derma dia ambik cuti sebulan tanpa gaji. Bila kau dapat report, kau suruh aku siasat dia. Lepas tahu dia dah berkerja kat company kita sejak tahun kau baru masuk terus kau suruh aku carikan penderma jantung dan bayar untuk kos perubatan anak dia bawah akaun personal kau. Tapi kau suruh bagitahu dia yang syarikat cover padahal tak pun" kata lay.

" Emm... Tak ingat lah... Ini tahun bila? Lagipun aku tanya kau bukan ambik contoh orang lain" kata isaac.

" Hmm... Well sama je. Macam baru nih kau cengkam kolar baju aku dan nak cucuh rokok ke muka aku. Aku tahu je kau tak akan buat  kat aku betul-betul. It always the same isaac. One moment you burst out of anger and one moment you will take responsible and try to make things better. Macam masa kau suruh budak budak pukul aku sebab aku terbocor maklumat ke reina pasal kereta tuh. The next day, i at hospital and attended with care." kata lay sambil tersenyum.

" Aku buat tuh sebab aku tak nak ada orang mati depan aku je." kata isaac berdalih.

" Really isaac? Kau baru je bunuh 3 orang di tempat yang sama" kata lay. Isaac senyap.

" Anyway. Reina cakap macam tuh sebab dia tak nampak semuanya. Dia cuma nampak sikit je dari kehidupan kau. You doing good so far" kata lay sambil tersenyum lalu menepuk bahu isaac.

" Am i? Aku rasa makin lama aku jadi psyco. Maybe tak lama lagi aku kena admit. Semua benda nih buat mental aku tunggang-langgang" kata isaac.

" Hey, things were much easier then before and trust me it will get better in future" kata lay.

"Ok" balas isaac pendek.lay pandang  isaac seperti pandangan seorang abang. Lay dah lama anggap isaac seperti adiknya. Jadi dia kalau boleh nak selalu ada dalam menyokong gerak geri isaac.

" Tapi, please no violence on me like before. Aku dah tua isaac. One moment you saw me alive. Next moment i will be dead. So, Please..." Kata lay.

" hey, kau baru je 35. Mana ada tua sangat" kata isaac

" Kau tak nampak kedutan kat muka aku nih? Dah le aku bujang sebab kau" kata lay.

" Eh! Aku pulak! Pergilah cari pasangan kau sana. Mana ada aku halang" kata isaac terus tegak posisi duduknya.

" Haih... Itulah masalahnya. My time is too occupy with you. Kejap dengan baran kau. Kejap tak nak buat keje. Nak menghilang pergi mengorat pun susah. So, please sekurang-kurangnya handle me with care" kata lay.

Okey isaac kesian pulak. Yelah memang salahnya banyak onar dan kebanyakan masa, lay terpaksa cover untuknya.

" Yelah. Aku janji no violence towards you anymore" kata isaac.

" Yes!" Isaac tersengih. Lalu mereka berdua ketawa.

Mungkin berterima kasih kepada reina yang menimbulkan situasi itu kalau tak sampai bila bila lay tersakiti oleh isaac psyco version.

Di dalam wad.

Krik...

Krik...

" Aku nak tahu apa dah jadi dengan diorang!" Reina menjerit ingin tahu.

_-_-_--_-_--_-_-

Akhirnya setelah 5 bulan semua bahagian tulangnya yang patah sudah tercantum semula termasuklah bahagian yang paling lama diambil untuk sembuh.

Dan selama reina sakit. Dirinya mendapat berita buruk dimana dia terpaksa diberhentikan kerja oleh kerana sakitnya. Walaupun sudah cuba reina berbincang kembali tentang polisi syarikat yang tidak mahu menerima pekerja yang sakit. Namun, tetap sahaja dengan keputusan yang sama.

Salah dirinya juga. Sebab dia sudah menanda tangani kontrak kerja yang sudah tertakluk syarat itu terlebih dahulu sebelum dia diterima kerja disitu. Manalah dia tahu dia akan sakit yang memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

Haih...

Satu keluhan di lepaskan. Reina menyumbat keropok ikan ke mulutnya sambil matanya melihat TV nya.

Tiba-tiba...
Satu iklan tentang pakej percutian terpamer dan menarik perhatian reina.

" Wahh... Menarik nih. Haah lah. Memandangkan aku dah berhenti kerja. Inilah masanya aku pergi bercuti sebelum aku job hunting balik. Hehehhe. Nak pergi healing!" Kata reina.

Lalu telefon bimbitnya dicapai. Dan dia mula mencari lokasi percutian yang sesuai dengan nya.

Blood Provider ✓Where stories live. Discover now