Dalam sentuhan hangat mentari pagi setelah ribut kencang melanda pulau Arcane semalam, cuaca yang tenang memberikan kesan penyembuhan pada keindahan pulau ini. Namun, di antara sinar matahari yang menyinari, ada kegelisahan yang merayap di hati Ara dan Adrian.
" Dari semalam kita tak nampak Laila. Dia kemana?" tanya Adrian, matanya menelusuri file di tangannya dengan kekhawatiran yang tergambar jelas.
Ara menghela nafas, "Dia seperti menghilang. Mesej dan panggilan tidak dijawab sama sekali."
Andrew mencuba meredakan ketegangan, "Mungkin dia terlalu sibuk dengan persiapan majlis."
Namun, ketidakpastian mereka segera terpecahkan dengan kedatangan seorang staf, mengguncang ketenangan yang tersisa.
"Tuan Williams dan Cik Williams?" desis wanita itu, ekspresinya penuh serius
Ara menjawab, "Ya, kami. Ada apa?" rasa penasaran mencuat di wajahnya.
"Saya Choi Jiwon. Cik Laila memanggil Tuan dan Cik untuk jumpa di ballroom," ujar jiwon ketua pelayan hotel
" kakak dan abang pergilah, Andrew akan tunggu di sini" ucap Andrew sambil sambung main game di telefonnya
Ara dan Adrian saling pandang, penasaran dengan pertemuan yang diatur oleh Laila. Dengan langkah berat, mereka melangkah menuju ballroom
Sampai di ballroom, mereka disambut oleh Laila yang terlihat cemas namun mencuba menyembunyikan perasaannya di balik senyuman.
"Terima kasih kerana datang sini," sambut Laila, suaranya terdengar serak.
"Apa yang terjadi, Laila?" tanya Ara dengan khawatir.
Laila menghela nafas sejenak sebelum berbicara, "aku nak beritahu sesuatu kat korang, subuh tadi aku ada jumpa sesuatu yang menakutkan"
Adik beradik williams memandang pelik kearah liala, di hati mereka tertanya-tanya apa yang liala jumpa subuh tadi
"Aku jumpa surat ancaman. Ada yang mengancam akan merusak majlis ini dan membahayakan nyawa kita semua," ujar Laila dengan wajah serius.
"Mana biar aku tengok" ucap ara sambil meminta surat ancaman itu
Surat ancaman itu terlihat seperti karya seseorang yang ingin menjaga identiti Tulisannya rapi dan menggunakan potongan huruf dari berbagai sumber untuk menghindari pelacakan. Surat itu tersusun dengan kata-kata yang tajam dan mengandung ancaman serius.
---
"Kepada Liala Madison dan Semua tetamu majlis ini
Pesta mewah kau akan berakhir dalam ketakutan dan kehancuran. Aku akan bongkar segala rahsia kotor yang kau sembunyikan di balik semua kemegahan ini. Bersiaplah menghadapi malam yang tak terlupakan, malam di mana kau akan kehilangan ssmua benda termasuk nyawa kau.
Setiap langkah kau akan aku awasi, dan setiap rahsia kau akan aku dedahkan. Tidak ada tempat yang selamat, dan tidak ada yang boleh menyelamatkan kau dari takdir yang sudah tertulis.
Ketamakan dan kepalsuan kau akan menjadi senjata pembunuh. Malam ini, pulau ini akan menjadi saksi bisu atas kehancuran kau.
Love
DC"---
"Apa yang kita nak buat ni?" tanya Adrian, mencuba mencari solusi di tengah ketegangan.
Laila menatap mereka dengan tegas, "Kita harus tetap tenang dan berusaha mencari tahu siapa yang berada di balik ini. Aku tidak boleh membiarkan ancaman ini merusak majlis ni dan membahayakan siapa pun di pulau ini."
"Laila, pastikan kau berhati-hati. Aku yakin pembunuh berada di antara kita semua," ucap Ara sambil memeluk Laila dengan kekhawatiran yang mendalam.
"Aku akan cuba, Ara," balas Laila dengan nada penuh tekad.
YOU ARE READING
"Laila Madison's Lament: A Murder Mystery Unveiled"
Mystery / ThrillerLaila Madison, seorang wanita muda dengan kehidupan yang tampaknya sempurna, mendapati dirinya terperangkap dalam pusaran misteri pembunuhan yang mengguncang kehidupannya. Ketika malam pesta mewah di pulau eksotis berubah menjadi tragedi, Laila menj...