Bab 4

3.8K 139 9
                                    

Dum!

Dengan tidak disengajakan kaki kanan Atilla tertekan pedal minyak lantas kereta itu meluncur laju ke hadapan. Berdebar-debar jantung mereka tatkala melihat pintu kereta bahagian pemandu itu terbuka.

"Tilla! kau berangan apa sampai langgar belakang kereta orang hah?! Kereta mahal pula tu." Meninggi suara Farah menyoal kawan baiknya.

"Kecohlah kau ni. Bukan teruk sangat pun. Kau tengok tu, calar sikit je." Jari runcing Atilla terhala pada tempat yang dilanggar tadi. Mengecil mata Atilla cuba mengamati wajah pemilik kereta itu.

Farah berdecit geram dengan riak muka selamba Atilla. Senang saja jawapan yang keluar dari mulut gadis itu. Walaupun calar sedikit sudah tentu tinggi kos untuk membaiki semula.

"What the heck!"

Lelaki itu mendengus kasar apabila jelas kelihatan kesan calar halus dan sedikit kemik di belakang keretanya. Langkah panjang diatur ke arah sebuah Volkswagen Passat sebelum pintu kereta itu dibuka kasar dari luar.

"Kau?!" Gigi diketap kuat sehingga jelas bergerak-gerak rahang Noah. Wajahnya juga mula bertukar merah padam menahan marah.

"Babe... bila you balik Malaysia? Rindunya I dekat you." Disebabkan oleh rasa teruja tanpa segan silu tangan Atilla melingkar ditubuh lelaki itu. Manakala Farah yang berdiri di sebelahnya tercengang melihat tindakan berani Atilla.

Ini merupakan pertemuan pertama antara mereka berdua selepas 3 tahun berpisah. Bermacam cara telah Atilla lakukan untuk meraih kembali cinta Noah tetapi lelaki itu sering kali mengelak untuk bertemu. Noah turut menyekat Atilla di semua aplikasi media sosial yang ada.

"Bugger off, will you?" Bahu gadis itu ditolak kuat sehingga terlerai pelukan Atilla di pinggangnya. Mata biru Noah garang menikam anak mata Atilla membuatkan senyuman gadis itu pudar serta merta.

"Bayar ganti rugi atau kau nak settle balai?" Kaki melangkah beberapa tapak ke belakang menjauhi Atilla.

"J-janganlah sampai pergi balai." Tutur Atilla hampir gagap. Dia agak takut juga jika perkara ini sampai ke pengetahuan Arif kelak.

"Okay, aku tuntut ganti rugi. Nanti budak aku akan cari kau untuk settle tentang kos baiki kereta aku." Ujar Noah dengan pandangan kosong melihat seraut gadis yang pernah berada di dalam hatinya suatu ketika dahulu.

Sebelah tangan menyeluk poket seluar mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Kemudian kamera dibuka untuk mengambil gambar keseluruhan kereta Atilla sebelum beransur semula ke keretanya.

"Kau kenal ke dengan lelaki tu? Siap boleh peluk lagi." Soal Farah menyentuh lembut lengan Atilla yang masih berdiri tegak di tepi pintu kereta.

"Ex-boyfriend aku." Mendatar nada Atilla menjawab pertanyaan Farah. Matanya setia menghantar pemergian kereta lelaki itu sehingga hilang dari pandangan.

Ingatan Atilla kembali menjangkau ketika mereka berdua masih bergelar pasangan bercinta sewaktu belajar di University of Sydney, 4 tahun lalu. Noah merupakan pelajar tahun akhir manakala Atilla baru memulakan pengajian di sana.

"Hoi. Dah sampai mana kau berangan?" Sergah Farah melenyapkan terus ingatan Atilla tentang Noah.

"Aku hantar kau balik sekarang. Tak ada mood nak lepak." Ringkas bicara Atilla. Pertemuan singkat bersama Noah tadi mematikan rasa ingin berseronok bersama rakan-rakan kolejnya. Atilla mula memandu pulang tanpa melihat keadaan hadapan kereta itu terlebih dahulu.

Kereta diparkir elok di garaj bersebelahan kereta milik Atif sebelum dia mendengus kasar melihat Atif dan Ayra sedang duduk berbual di pondok luar rumah.

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐑𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃]Where stories live. Discover now