Bab 15

3.8K 137 0
                                    

"ABANG?"

Tiada sahutan dari Noah. Sebelum dia turun tadi, lelaki itu sudah siap mandi. Atau suara Ayra yang terlalu perlahan sampai suaminya tak dengar?

"Abang, Ayra nak pergi kerja dah ni." Laung Ayra sekali lagi dari ruang tamu. Malas pula dia ingin naik ke bilik.

Kedua belah tangan Ayra mencapai beg sandang dan beg tangan di atas sofa. Bersedia untuk pergi ke tempat kerja.

Berlari Noah keluar dari bilik bila terdengar akan suara isterinya. Ayra ketawa kecil melihat penampilan lelaki itu. Dengan baju kemeja putih yang tidak dibutang dan masih lagi memakai tuala separas pinggang. Dah rupa macam kena tinggal isteri.

"Take care, sayang." Noah melambai dari tingkat atas.

"I love you. Jumpa abang petang nanti." Balas Ayra. Noah mengangguk saja sebelum dia melangkah masuk semula ke dalam bilik tidur.

——

AYRA tiba di bangunan JM Corporation 15 minit awal sebelum waktu kerjanya bermula. Keluar saja dari perut kereta, dia tersenyum sendirian sambil mendongak memandang bangunan sepuluh tingkat itu.

Baru cuti kahwin selama seminggu, Ayra sudah rindu pada rakan sekerja dan juga kerja hakikinya.

"Morning, Puan Ayra." Sapa Zack mesra sebaik saja dia nampak kelibat Ayra di pintu masuk pejabat.

Zack mengikuti setiap langkah kaki Ayra sehingga ke meja kerja wanita itu. Kedua tangan Zack disangkut pada kubikel sambil memandang wajah cantik rakan sekerjanya.

"Good morning, Mr. Zack. You nak apa dengan I hah?" Ayra pura-pura menyoal lalu menjeling sekilas wajah Zack. Lelaki itu menyeringai sengih, siap hulur kedua tangan lagi.

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang manusia datang mengerumuni meja kerja Ayra. Ini semua pasti gara-gara mulut becok si Zack.

"Ah Tan cakap kau pergi honeymoon sampai ke Belgium. Takkan balik melenggang aje. Tak ada ke buah tangan untuk kawan-kawan kau ni?" Tanya Faiz tanpa segan silu.

"Betul, aku siap cover kerja kau seminggu tau. Dapat coklat dua tiga biji pun cukuplah." Tambah Krish pula.

"Ceh, masing-masing buat kerja tak ikhlas. Ada hati pula tu minta buah tangan." Ayra mencebik bibir.

Beg kertas yang disorokkan di bawah meja dikeluarkan. Kuat bunyi sorakan kegembiraan mereka semua. Tanpa perlu Ayra bersuara, elok saja masing-masing beratur dalam satu barisan. Dah macam budak sekolah nak masuk perhimpunan pagi.

"Woi, woi. Apa you orang bising pagi-pagi ni?" Tegur Mr. Tan, pengurus syarikat mereka yang baru saja sampai.

Mukanya sengaja diseriuskan. Bersepah masing-masing berlari ke tempat duduk sendiri. Hanya Zack saja yang masih kekal di tempat yang sama. Dengan penuh gaya Mr. Tan melangkah mendekati Ayra.

"You beli apa untuk I?" Soal lelaki itu perlahan mengundang tawa Ayra sebelum Ayra hulur beg kertas kecil pada Mr. Tan. Tadi beria macam nak marah orang.

"Amoi, sekejap lagi ikut you punya abang pergi site ha. Tolong check itu mesh ada cukup atau tak." Mr. Tan beri arahan.

"B16 reinforcing mesh with ribbed?" Soal Ayra, merujuk kepada saiz besi tersebut. Lelaki itu jatuhkan kepala.

"Kalau dia orang tak ada bend itu besi, you minta worker buat."

𝐋𝐨𝐯𝐞'𝐬 𝐑𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃]Where stories live. Discover now