Hari demi hari, Nur semakin pening untuk memikirkan kedegilan Tengku Ryann yang susah untuk membuka hatinya untuk Nur.
"Kenapalah degil sangat Tengku Ryann ni? Makanlah sikit bihun sup tu. Sedap tau. Sup tu Nur yang masak."-Nur
"Jangan paksa aku boleh tak?! Kalau aku lapar, aku boleh cari makan sendiri. Kau tak payah nak susah-susah masakkan untuk aku bagai."-Ryann
Tetapi itu tidak mematahkan semangat Nur untuk mencuri hati Tengku Ryann.
"Nur sanggup tunggu Ryann walau apapun yang tejadi! "-Nur
"Aku dah tak larat nak buka pintu hati aku untuk mana-mana perempuan lepas apa yang dah jadi." -Ryann
"Tak boleh ke Ryann buka pintu hati Ryann dan bagi peluang kepada Nur untuk buktikan bahawa Nur boleh jadi yang terbaik untuk Ryann?!"-Nur
------
Kedegilan Tengku Ryann telah membuat Nur berputus asa dan menyebabkan Nur jatuh sakit akibat terlalu berharap kepadanya.
"Nur dah penat berharap dekat Ryann. Penat sangat. Walau apapun yang Nur buat, sikit pun Ryann tak pandang. Asma, apa yang tak ada dekat Nur tapi ada kat bekas kekasih dia tu? Tak cukup lagi ke apa yang Nur dah buat dekat dia selama ni sampai Nur sakit pun dia masih taknak pandang Nur?!"-Nur
"Nur, Nur kena sabar. Berdoa banyak-banyak dekat Allah. Mungkin Allah nak uji Nur. Putus cinta ni Asma pun pernah rasa. Jadi Nur kena kuat. Mana tahukan Allah akan tunjukkan jalan untuk Nur. Mungkin Nur boleh dapat lelaki yang lebih baik dari Tengku Ryann."-Asma
-------
Selepas Nur hampir menutup pintu hatinya untuk Tengku Ryann, Allah telah membuka pintu hati Tengku Ryann untuk Nurina Asyrin, gadis yang selalu membuat hidupnya tidak terteram.
"Aku akan kahwin dengan kau tapi dengan syarat kau kena cepat sembuh. Boleh?"-Ryann
"Ryann janjikan takkan bagi Nur harapan palsu?" -Nur
"Aku janji yang aku takkan bagi kau harapan palsu dan aku janji yang aku akan jaga kau dan sayangkan kau lebih dari aku sayangkan diri aku."-Ryann
Nur dan Ryann telah disatukan selepas sahaja Nur sembuh, namun sesuatu telah berlaku menyebabkan kebahagian mereka dalam keadaan tergugat.
Tujer yang boleh Flower tulis dulu sebab ni karya pertama Flower. Jangan lupa vote. SELAMAT MEMBACA!!!❤️😘