POV NURINA
"Papa? Sebelum hantar Asy, boleh tak kita pergi kedai buku jap? Asy nak beli buku nota. Buku nota Asy dah habis. Banyak nota kena salin nanti."
"Tak pe ke Asy lewat masuk kelas? Dah pukul berapa dah ni? Kan marah pulak pensyarah nanti."risau kalau-kalau anak bongsunya kena marah. Tuan Kamarul Ali memang pantang kalau anaknya kena marah. Hanya dia sahaja boleh memarahi anak-anaknya.
"Tak pelah, papa. Sempat lagi kalau nak berhenti kejap. Kelas tak start lagi." Kata Nur, menyakinkan Tuan Kamarul.
"Yelah Asy. Nanti kita berhenti kejap."
"Thank you papa!!!"riang Nur seperti budak kecil.
"You are welcome. Anything for you."
_______________________________________________________
POV ASMA
"Mana Nur ni?! Dah pukul berapa ni. Batang hidung pun tak nampak lagi. Kelas dah nak start ni. Kalau Sir Ryann masuk dulu, habislah kau Nur! Aku memang tak boleh tolong!"
Semua pelajar di universiti ni tahu dengan sikap pensyarah mereka, Sir Ryann atau Tengku Ryann Adamsyah yang amat mementingkan waktu. Kelmarin, seorang pelajar perempuan disuruh keluar dari kelas kerana lewat lima minit masuk ke kelasnya. Tidak kira perempuan atau lelaki, jika lambat masuk ke kelasnya, memang keluar lah jawabnya.
"Eh, Nur mana? Kenapa lewat harini? Kejap lagi kelas dah mula. Cuba call ke, mesej ke?"
"Aku dah try call dia. Mesej pun dah, Mina. Tapi tak angkat. Aku risau ni takut nanti dia kena marah dengan Sir!"
"Eh Sir dah datang."
"Habislah kau, Nur!"
_______________________________________________________
POV NURINA
"Aduh, aku dah lambat ni! Ni semua salah papa! Kalau papa tak tinggal aku tadi mesti tak lambat!"
'Helo papa. Papa kat mana? Asy dah siap beli buku ni.'
'Sorry Asy. Papa kena pergi hospital. Kawan papa masuk wad, kemalangan.'
'HAHH! Papa tinggal Asy?! Pa! Asy nak pergi uni naik apa?! Dah lewat ni!'
'Asy naik grab ye. Papa dah order grab untuk Asy. Nanti Asy balik rumah kita jumpa eh. Bye Asy, assalamuailaikum.'
' Yelah. Okey,bye. Waalaikumsalam.'
"Mesti aku kena marah dengan Sir ni!"
Sesampai di kelas....
"Assalamualaikum,Sir." tunduk Asy kerana Sir Ryann merenung wajahnya dengan renungan tajam.
"Kenapa awak baru masuk kelas saya?! Saya dah cakap banyak kalikan?! Kalau time kelas saya, tidak boleh ada yang lewat, terlewat ataupun melewatkan waktu kelas saya! Berapa juta kali saya nak cakap?!"
"Saya minta maaf. Tadi sayaaa...."
"Takde maaf²! Saya tak terima mana mana alasan dari awak! Salah tetap salah! Keluar dari kelas saya sekarang!"
" Tapi, Sirrr..."
"KELUAR!!!" terdiam semua pelajar termasuk Nur. Nur terkejut kerana dijerkah oleh Sir. Papa dan mama dia pun tak pernah memarahi dia.Nur terus keluar dari kelas.
"Lain kali jangan ada siapa siapa yang lewat atau lambat ke kelas saya. Jadikan ini satu pengajaran!"
"Baik, Sir." serentak semua pelajar.
_______________________________________________________
POV RYANN
Setamatnya kelas tadi, Ryann terus pergi ke biliknya.
"Kenapa aku rasa lain nih? Kenapa aku rasa bersalah sebab marah dia tadi? Ke aku terlalu over sebab jerkah dia tadi? Haduiiihhh, benganglah!"
"Assalamualaikum, Sir."
"Waalaikumsalam, Nurina. Ye, boleh saya bantu?" perlahan Ryann. Melihat bawah mata Nur yang agak lebam, sah Nur baru lepas menangis.
"Saya datang sini sebab nak hantar borang perkhemahan. Saya letak atas meja ni ye?" Tanya Nur, takut Sirnya itu memarahinya lagi.
"Letaklah kat situ "
"Terima kasih, sir. Saya keluar dulu, Assalamualaikum."
"NURINA!" tersentak Nur apabila Ryann memanggilnya.
Ryann bangun dari tempat duduknya,dan terus melangkah pergi ke Asy. Jarak antara mereka sangat dekat.
"Sir nak buat apa nih?" tanya Asy ketakutan.
"Saya nak mintak maaf sebab marah awak tadi. Saya tak sengaja nak jerkah awak depan orang. Saya tahu saya tak sepatutnya marah awak awak macam tu. Sorry?"
"Takpelah, Sir. Itu memang salah saya. Saya yang lambat masuk kelas Sir. Padahal Sir dah bagi warning jangan lambat masuk kelas Sir, tapi saya degil. Tetap je langgar arahan Sir."
Terdiam Ryann apabila Nur berkata begitu.
"Takpelah, Sir. Saya keluar dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam"
Geram pulak dengan si Ryann nih... Sambung bab 5!!!!💓💓