"Asy jumpa sapa?
"Asy jumpa mak ayah Tengku Ryann!"
"Biar betul Asy ni? Diorang nak masuk minang Aisy ke?"
"Apa lah Nurin ni. Mana ada diorang nak masuk minang Asy. Kalau diorang masuk minang Asy, Asy lah orang yang paling bahagia kat dunia ni tauuu."
"Habistu, diorang datang sini buat apa?"
"Diorang tu kawan baik papa. Diorang saje jer datang sini. Nurin, Nurin tahu tak apa perasaan Asy bila Asy dapat tahu yang diorang tu mak ayah Tengku Ryann?"
"Apa yang Asy rasa?"
"Asy rasa bahagia sangat. Rasa yang jodoh Asy dah nak sampai.😁😁"
"Gatal lah Asy ni. Tak padan dengan pendek, dia punya angan ii tu sampai ke langit, dah macam tak boleh turun dah tu."
"Ishhh, apa Nurin ni? Main pendek kat sini! Biarlah kalau Asy nak angan ii sampai ke langit pun. Asy tak kacau orang pun kan!😡😡"
"Alah alah, yang ni pun. Cakap pendek sentap cakap pendek merajuk. Gurau jelah Asy. Yelah, Asy tak pendek cuma rendah. Hahaha 😂."
"Nurin ni jahatlah! Benci! Hmph!😤"
"Dah ii, Nurin minta maaf. Nurin tak janji tak cakap Asy pendek lagi.🤭" Terus Nurin bangun dan mencubit peha kanan Asy. Balas dendam. Sapa suruh tangan tu macam sepit ketam.
"Nurin!!! Sakitlah!!!"
Bunyi gelak ketawa Nurin membuat Asy berasa semakin geram dengan Nurin.
"Aku akan cuba untuk ambik hati mak ayah Tengku Ryann. Sebelum dapat hati anak kenalah pandai ambik hati mak ayah dia dulu, baru senang kerja." bisik Nur dalam hati.
______________________________________________________
POV RYANN
"Mana Kyle ni?! Lambat lah! Ni lah janji melayu, janji pukul 8, ni dah pukul 9 pun tak sampai lagi. Ni kejap lagi tak sampai lagi memang aku bagi penumbuk sebijik. Haduiiihhh."
Selepas 10 minit menunggu, akhirnya susuk tubuh Kyle pun muncul jua.
"Hah, sampai pun. Aku ingatkan tak ingat dah janji kau!"
"Weh! Sorry bro, aku lambat. Tadi kucing aku nak beranak, jadi aku sebagai abah kepada kucing aku, aku kenalah jadi bidan terjun."
"Buto kau, hah!" Tengku Ryann terus menghemput kepala Kyle dengan tapak tangannya. "Aku tengah shaking ni! Kau kalau tak melalut memang tak sah kan?! Bencilah ada kawan cam kau ni. Boleh mental tahu tak!"
"Aduh, sakitlah bodoh! Kau pahal nak moody malam ii buta ni. Relaks ah, aku lambat sejam jer bukannya tak datang terus. Tengok kan dah benjol kepala aku. Haduiiihhh..."
"Tak delah. Kau tulah. Lambat. Aku ni dah lah tengah sakit hati tambah pula dengan kau, macam mana aku tak moody. Huhh..."bunyi keluhan Ryann membuat Kyle tahu apa yang terbuku di dalam hati Ryann
"Ni pasal Atasya kan? Kenapa? Apa lagi yang si Atasya tu buat sampai kau jadi cam ni?"
"Atasya nak kahwinnn..." Perlahan saja perkataan kahwin itu keluar dari mulut Ryann.
"Biarlah kalau dia nak kahwin. Korang kan dah putus tunang, jadi apa masalahnya kalau dia nak kahwin? Dah jodoh dia dengan mamat tu."
"Tak, aku cuma tak boleh nakk..."belum sempat Ryann menghabiskan katanya, Kyle terus menyampuk.
"Tak boleh nak lupakan Atasya tu? Cam tu ke Ryann? Kau ni dah kenapa, hah? Kau ni nak kata tak handsome, handsome, berharta, kerja pun pensyarah. Terjamin masa depan.Apa lagi yang tak ada kat kau, hah? Semua lengkap bro. Cuma si Atasya tu. Buta, tak tahu nak menilai yang mana permata yang mana kaca. Dah dia yang buat keputusan untuk putus tunang dengan kau dan pilih untuk pergi kat mamat tuh, kau kena terima lah. Mungkin dia tu bukan jodoh kau. Yelah, sekarang ni kau boleh lah cakap kau boleh terima semua kekurangan dia, tapi masa akan datang, kau boleh ke terima kekurangan dia? Aku bukan apa lah bro, aku cuma tak nak kawan baik aku ni patah hati sekali lagi disebabkan wanita yang sama." Sudah lama Kyle memendam luahannya itu dan malam ni, dia meluahkan semuanya kepada Ryann.
"Aku cuma nak kau bahagia, Ryann. Aku taknak kau sedih dan masih ada perasan lagi kat Atasya tu. Aku taknak kau lemah! Kau kena kuat Ryann! Masih banyak perempuan kat luar sana! Bunga bukan sekuntum. Faham, Ryann??"
"Ye, faham. Aku sedar yang aku dengan Atasya tu tak der jodoh, tapi aku cuma nak tahu, kenapa dia nak putuskan hubungan kitorang sedangkan sebelum ni kitorang tak pernah pun ade masalah? Bergaduh? Tak pernah. Kalau nak cakap aku ni ade perempuan lain, tak der. Aku cuma sayang, cinta dia sorang jer. Dia cinta pertama aku. Tak der perempuan lain boleh rebut aku dari dia. Tapi, dia rela putus tunang dengan aku semata-mata kerana nak kahwin dengan mamat tu, padahal kitorang tinggal lagi 2 bulan nak kahwin!" Luahan hati Ryann membuatnya menangis. Ryann tak pernah menangis untuk mana mana perempuan tetapi wanita yang bernama Atasya itu telah membuat seorang lelaki menangis kecewa kerana perbuatannya.
"Dahlah Ryann. Allah tak kan bagi hambanya sedih, luka bila masa akan datang. Mungkin Allah bagi ujian ni kat kau sekarang. Kau merana, kecewa, sedih tapi kita tak tahu masa akan datang Allah akan bagi kau harapan baru. Jadi kita sebagai hamba Allah kena selalu reda dengan apa pun ketentuan dari-Nya. Stay strong, okay? Dan kau mesti maafkan dia."
"Thanks Kyle sebab malam ni kau dah menyedarkan aku betapa hebatnya ujian Allah dekat aku. Aku maafkan dia tapi untuk aku lupakan dia mungkin tak sebab kitaorang dah bercinta dari tingkatan 5 lagi. Dan aku tetap akan menunggu dia."
"Ikut suka hati kau lah Ryann. Aku taknak kau makan hati dengan Atasya lagi. Dia bahagia. Kau kat sini asyik kata 'aku akan tunggu dia', pastu bilalah kau nak bahagia?"
"Entahlah. Eh, dahlah. Order. Malam ni aku belanja kau. Kau order je apa yang kau nak."
"Ni yang best ni. Kau moody sikit, belanja aku. Ni kalau hari hari macam ni, memang selalu aku buat kau moody. HAHAAHAH."
"Dasar mat pisang!"
"Eh, kau. Mulut! Hmphhhhh!!!!" Kyle membuat muncung itik yang membuat Ryann ketawa...
Itu saja untuk bab ni. Kalau best sila komen ye. Nanti flower buat bab Ryann dengan Nur pulak. Bye ❤️🫶