Aku memasamkan muka,bosan mendengar gelak tawa kakak dengan seorang lelaki asing yang langsung aku tak kenal. Mereka bergelak-tawa, bermesra di taman Bunga Mawar di belakang rumah. Seperti lupa bahawa aku juga ada di dalam rumah ini.
"Kak."
Panggil aku. Tidak menayangkan apa-apa reaksi di mukaku. Aku sudah muak dengan kelibat lelaki ini yang selalu berlegar di dalam kawasan rumah, yang tak tahu asal-usulnya ini.
"Ha Elly ,nak apa panggil aku?" Tanyanya. Aku mengerling kearah lelaki asing itu,dapat di lihat sepertinya lelaki ini ialah teman lelaki kakakku.
Lelaki itu memberiku sebuah senyuman,tetapi senyuman yang sulit diertikan.
"Elly nak keluar sekejap, Elly balik pun mungkin lewat sikit." Ucapku.
Kakak mengangkat keningnya seolah-olah bertanya kenapa.
"Elly nak pergi kedai ,lepas itu Elly nak pergi rumah Bihah. Nak borak-borak." Kata aku. Ya sememangnya aku ingin pergi ke rumah Bihah, sudah lama tidak berjumpa dengan sahabatku itu.
"Elly, kau tengok jam ke tak? Dah pukul 11 malam ni. Kau tu anak dara tak elok keluar lewat-lewat macam ni."
Aku mengeluh berat, sebenarnya niat aku untuk keluar ini hanya karna Aku tidak mahu melihat lelaki ini.
"Biarlah, lagipun duduk dalam rumah ni bukan boleh buat apa-apa pun. Hadap akak dengan jantan ni ,menyakitkan mata je." Balas aku dengan lancang.
Terus kakak berdecit tanda tidak suka dengan kelakuan aku yang biadap itu.
"Elly! aku tak ajar kau untuk jadi biadap macam ni depan orang. Aku ni kakak kau tau!" Tengkingnya sambil memandangku tajam.
"Lantak lah kak, Elly keluar dulu." Aku terus berjalan kearah pintu utama tanpa menunggu persetujuan kakakku.
"Elly, abang rasa lebih baik kalau Elly duduk rumah je, dah lewat ni. Abang risau." Akhirnya lelaki itu buka mulut setelah lama melihat pertengkaran kami.
Aku yang sedang berjalan menunju kearah pintu lantas berbalik badan dan melihat kearah lelaki itu.
"Kau siapa nak bahasakan diri tu abang? Aku tak ada abang dan kau tu orang luar!" Tempikku padanya.
Dia lantas terkedu dengan jawapan aku dan hanya mampu tenung aku tanpa sebarang kata.
"Elly!"
"Dah la, tak payah nak berlakon sangat, tak payah nak risau sangat. Aku bukan budak sekolah. Jantan semua sama!" Balas aku. Aku terus melangkah kearah pintu utama kembali tanpa menghiraukan panggilan kakakku.
•FATTAH X ZAHIRAH•
Aku sampai di sebuah rumah yang berada jauh di kawasan perdalaman. Rumah kecil yang dipenuhi dengan pelbagai memori.
Sebelum aku datang kesini ,sempatlah aku behenti membeli beberapa jenis buah-buahan sebagai buah tangan. Tak elok pulak kan kalau datang tangan kosong.
"Assalammualaikum." Sapa aku bila sampai betul-betul berhadapan pintu rumah itu.
Selang beberapa minit pintu itu terbuka ,terlihat lah wajah tokwan yang sepertinya baru bangun tidur.
Alahai aku ganggu tokwan ke ni.
"Waalaikumsallam." Ucap tokwan sambil tersenyum kearah aku. Aku masuk ke dalam rumah dan melihat-lihat sekitar. Sama, semuanya sama tidak berubah.
"Ho ira, guane pulok buleh mari malam-malam gini rumoh wan nih?" Tanya tokwan. Loghat negeri Terengganu tokwan sememangnya pekat kerana tokwan memang berasal orang Terengganu.
"Ahhaha, ira rindu tokwan la. Sebab tu ira mari, ke wan dok suka ira mari sini." Balas aku seolah-olah merajuk dengan nya.
Terus tergelak tokwan melihat tindakan aku sebegitu.
"Doh-dohh ira pergi mandi pastu masuk bilik rehat,lewat do'oh dah ni." Ujar Tokwan sambil berjalan ke dapur membawa buah-buahan itu.
Aku mengerling jam di dinding. Ya sudah lewat, jarum jam menunjukkan sekarang tepat jam satu empat puluh minit pagi.
Aku melangkah menuju ke bilik tetamu. Bersih. Bilik ini bersih daripada sebarang habuk, Tokwan sejenis yang rajin mengemas walaupon umurnya sudah tua.
Setelah siap bersihkan diri, Aku mulai diulik rasa mengantuk.
"Aku harap hari esok lebih baik dari hari ini."
Aku terus menutup mata dan tidur, mungkin aku kepenatan memandu. Ya boleh dikatakan jauh juga aku memandu, dari Kota Bharu Kelantan ke Marang Terengganu.
Dengan kesesakkan lalu lintas, sememangnya sangat menguji hatinya yang mendidih bagaikan gunung berapi ingin meletup sebentar tadi.
Aku tidak sempat berjumpa Bihah seperti yang aku rancang, semuanya menjadi huru-hara hanya kerana jantan jahanam itu. Hidup pun tak terurus, ada hati nak jaga kakak aku.
•FATTAH X ZAHIRAH•
"Ira! bangun-bangun la. Anak dara mende bangun lewat-lewat gini, haish budok bertuoh ni lah!" Sambil di ketuknya pintu bilik bak nak roboh.
Terus terbangun aku dari lena. Apa lah nasib, begini lah jika tinggal bersama orang-orang tua seperti Tokwan. Ada saja yang tak kena,marah tanda sayang kan.
"Ya! Ira bangun dah ni." Laung aku kembali. Terus aku capai tuala dan bergegas ke bilik mandi.
Setelah siap makan sarapan pagi, aku mengutip pinggan-pinggan kotor untuk di cuci.
"Ira, tokwan nok tanya , boleh?" Tanya Tokwan meminta izin kepadaku.
" Bakpe Tokwan? Nak tanya tentang mende? Kalau tentang kawin,ira memang tak dok calon lagi."
"Aishhh. Bukan lah. Kakak mu tu bakpe dok ikut mu balik sekali?" Tanya nya.
Ya sememangnya hanya aku lah yang selalu balik ke sini berjumpa Tokwan, manakala kakakku pula memang liat kalau di suruh balik ke kampung.
"Ira pun tak tahu lah kenapa akak tu taknak balik ,Tokwan" balas aku sambil membasuh pinggan kotor yang terakhir sebelum mengelap pinggan-pinggan itu kering.
Sesudah mengelap kesemua pinggan itu, aku susun lah seperti sedia-kala di rak pinggan. Sebelum mengambil tempat di tepi Tokwan.
"Nanti ira call akak suruh dia balik sini." Pujuk aku. Aku tahu Tokwan mesti rasa kecil hati cucu sulungnya tak datang pun menjenguk nya.
I pening ii ,muntah ii .. pergi kat doktor,doktor cakap kena dapat banyak vote baru sihat 😜. EHHEEHE
HER ALPHA HUSBAND
TELLAWONG_
CHAPTER 1 : 28 /1/2024
YOU ARE READING
Tengku Fattah Al Rayyan : Her Alpha Husband (OG)
RomanceTengku Fattah Al Rayyan | Ellyna Zahirah "Aku tak dapat kau maksudnya takkan ada mana-mana jantan akan dapat kau!" - Tengku Fattah Al Rayyan. "Jangan ganggu saya, saya tak kenal awak." - Ellyna Zahirah. Sebuah kisah yang berawal dari pertemuan yan...