Chapter 2

390 20 0
                                    

Tengku Fattah menghempas tubuh ke sofa yang empuk. Mata terpejam. Sempat memicit kuat pelipis kepala Dan berakhir dengan keluhan berat.

Tindakan Tengku Fattah diaamati oleh sang ibu. Tengku Zuhaila hanya mengeleng kepala, sudah penat menasihati anak teruna kesayangannya itu.

"Angah naik la mandi dulu dekat bilik,jangan tidur dekat sini. Sakit badan nanti."

Tengku Fattah. Dari detik mengandung hingga melahirkan kemudian membesarkan Tengku Fattah bukan sesuatu yang mudah bagi Tengku Zuhaila.

Walaupun sekarang Tengku Fattah sudah menjejak usia 30 tahun tetapi sifat degil dan nakal nya tetap ada. Ada saja angkara lelaki itu yang buatkan hati sang ibu tidak tenang.

"Kejap lagi lah angah mandi, alang-alang nanti nak pergi kandang lembu atok."

Ya, semenjak sang atok mengalami kemalangan yang membuatkan sebelah kakinya patah. Tugas-tugas menjaga kebun dan menternak lembu terus beralih kepada Tengku Fattah.

Tengku Fattah lah orang pertama yang akan memarahi atoknya jika dia tahu si atok degil dan melakukan kerja-kerja seperti itu.

"Hmm, ye lah. Kamu tu baru sahaja sampai semalam. Berehat lah dahulu, hilangkan penat tu."

Naik kasihan melihat si anak turut menemaninya berbelanja barang dapur di pagi hari. Walaupun dia sudah melarang tetapi dia tahu bahawa anaknya ini degil. Tak makan saman.

"Angah dah biasa macam ini. Ibu. Tak boleh layan sangat perasaan malas dengan ngantuk ni."

"Ikut kamu lah, ibu nak kemas barang-barang ni. Nak letak dalam peti sejuk."

•FATTAH X ZAHIRAH

Ellyna Zahirah mengukir senyuman manis dan melambaikan tangan kepada salah satu pesakitnya seorang kanak-kanak lelaki di dalam lingkungan usia 4 tahun.

"Bubye kakak."

"Bye, handsome boy. Jangan nangis-nangis dah okay. Tak handsome nanti."

Kanak-kanak lelaki yang bernama Aiman Danish itu lantas menyeka air mata dan kembali tersenyum sebelum berjalan ke arah ibunya.

Memeriksa setiap ruangan, Elly mengemas barang dan alatan yang digunakannya. Setelah semuanya kembali tersusun rapi di tempatnya, kipas dan lampu yang nyala, di matikan.

Jam tangan Elly menunjukkan tepat jam enam petang yang bermakna klinik ini akan tutup. Kesemua jururawat yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih ada di situ.

"Erm... Elly. Balik dengan siapa? Nak saya hantarkan?" Doktor Harris melirik ke langit. Elly jugak menyoroti pandangan.

Benar. Seperti malam ini akan hujan lebat. Sekarang sememangnya musim tengkujuh, hujan tak kira waktu. Maklum lah dah akhir tahun.

"Tak mengapa lah doktor. Saya boleh balik sendiri." Tolak pelawaan doktor Harris dengan hormat. Walaupun sekarang kereta Elly berada di bengkel kereta tetapi dia tak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Kemudian Honda City milik Doktor Harris hilang dari pandangan mata.

"Patut ke tak eh, aku call dia. Takut ganggu dia pulak nanti." Gumam Elly sendirian sementara menunggu jemputannya sampai.

Lebih kurang 40 minit menunggu akhirnya sampai lah kereta yang di tunggu-tunggu nya dari tadi.

"Sayang, sorry lambat. I banyak kerja tadi terlupa tentang sayang. I'm sorry."

Haqim bergegas turun dari kereta. Lantas membukakan pintu penumpang hadapan untuk Elly.

Melihat perlakuan Haqim, hati yang panas tadi bagaikan di siram air. Haqim bukan sengaja datang lambat menjemput dia pulang, kemarahannya kerana menunggu hampir 40 minit itu menghilang begitu sahaja.

"Tak apa, saya pun baru aja keluar. Busy sikit tadi."

Haqim hanya diam. Bertuah kerana dia memiliki teman wanita bak bidadari yang sudi menerima kekurangan dan kelebihannya. Sanggup menunggunya untuk pulang bersama, tak banyak ragam. Senang diurus.

"Erm... Hari dah nak gelap nak hujan kot, jom balik."

Haqim menganguk. Tanpa lengah Elly terus masuk ke dalam kereta dan Haqim terus memandu. Tak banyak cakap pun antara, masing-masing mendiamkan diri.

Dari klinik untuk ke rumah sewa milik Elly hanya mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit.

Tepat jam 7.10 malam, barulah kereta Proton Persona milik Haqim berhenti di hadapan rumah sewa milik Elly. Saat itu hujan mulai turun. Langit tetap galap memandangkan malam mulai menjenguk.

"Sayang..."

"Yer?"

"Kesian dekat awak dapat boyfriend macam saya, maaflah saya tak boleh jadi macam lelaki lain yang sentiasa ada masa dengan awak." Haqim tunduk, menyalahkan diri sendiri.

" Ehh... Kenapa awak cakap macam tu? Kan kita dah janji untuk susah senang sama-sama. Saya tak kisah lah tentang semua tu, janji awak setia pada saya sorang aja."

Elly tak mahu Haqim terus menyalahkan dirinya hanya kerana mereka tak sama seperti pasangan yang lain yang selalu boleh luangkan masa bersama.

"Memanglah janji. Tapi..."

Elly berdecit tak suka.

"Saya tak apa lah,janji saya tetap ada di sisi awak. Saya sayang awak. Awak sayang saya."

Haqim lantas menatap wajah Elly mencari cahaya kepercayaan. Walaupun Elly memberi jaminan tapi jauh di sudut hatinya rasa kesal.

Kesal kerana walaupun sudah dewasa tetapi ia tetap masih tak mampu memanjakan teman wanita sendiri seperti pasangan yang lain.

" Terima kasih, sudi terima saya dalam hidup awak. Sudi untuk susah senang dengan saya."

Tersenyum manis, Elly tertunduk malu.

"Saya tak sabar nak suruh mama masuk meminang awak."

Kalaulah terang sudah tentu Haqim nampak wajahnya sekarang ini yang merah merona seperti buah tomato.

"Awak jangan risau, saya akan tetap tunggu awak. Berapa lama pun. Saya janji."

Sorry sbb late update author demam 🤒
Btw vote please 🌹

HER ALPHA HUSBAND
TELLAWONG_
CHAPTER 2: 6/2/2024

Tengku Fattah Al Rayyan : Her Alpha Husband (OG) Where stories live. Discover now