14

190 17 4
                                    

Harini merupakan hari pernikahan Malik Anaqi dan kekasih hatinya iaitu Suraya Adriana.

Majlis akad nikah telah berlangsung pada pagi tadi dan sekarang hanya kenduri. Semua ahli keluarga, kawan kawan mereka dijemput. Malik ialah anak tunggal kepada mak su Wirfan iaitu Puan Rose, jadi majlis yang berlangsung ini haruslah meriah.

Semua orang berada diluar rumah kecuali Mawar. Dia berada didapur. Sedang Mawar bermain dengan telefonnya, ada satu suara memanggilnya. Dia mengangkat kepalanya lalu kening kanannya diangkat tinggi

"Kenapa Ara?" tanya Mawar lembut.

"Kenapa kau kahwin dengan Wirfan?" Soalan pertama yang diajukan oleh Furziara. Mawar terdiam seketika sebelum kembali bersuara "Dia gantikan tempat kawan baik dia je. Kalau ikutkan saya kahwin dengan Daniel, kawan baik dia tapi ada sebab lain yang membuatkan Wirfan kena ganti tempat Daniel," terang Mawar tenang.

"Sebab lain tu sebab apa? Korang terlanj-" belum sempat ayat itu dihabiskan, satu penampar sudah melekat diwajah.

Pak!

Tangan Furziara naik mengusap pipinya yang ditampar itu. "Sebodoh bodoh saya pun, saya pandailah jaga maruah diri," ujar Mawar lalu melangkah pergi dari situ.

"Shit!" Carut Furziara lalu turut melangkah meninggalkan ruang itu.

**
"Cornflake tak tidur lagi ke?" Tanya Wirfan yang baru masuk kedalam bilik itu. Dia perasan yang isterinya sedang termenung memandang siling. Mawar hanya mendiamkan diri.

Wirfan membaringkan tubuh disebelah isterinya lalu badan menghadap isterinya sambil tangan menongkat kepala.

"Cornflake ada problem ke? Taknak share?" tanya Wirfan. Dia perasan yang isterinya asyik termenung. "Ermm abang. Abang betul ke takde ex? Diorang kata abang ada ex," tanya Mawar. Tersentak Wirfan ditanya begitu. Dia terpaksa jujur ke sekarang?

Perlahan lahan Wirfan mengangguk "Nama dia Airina. Hasrisyah Airina," Beritahu Wirfan. Tergamam Mawar nama itu. Dia kenal!. Namun dia masih belum yakin orang yang dia kenal dengan bekas suaminya itu adalah orang yang sama ataupun tidak

"By the way esok kita balik tau," seraya mengusap pipi tembam isterinya. Nak bagi isterinya lupa pasal Airina itu. "Ouhh okay."

**
Pagi menjelang. Wirfan dan Mawar akan pulang kerumah pada hari ini. Sekarang mereka tengah bersalam salaman. "Irfan bila pulak nak balik sini lagi?" tanya Puan Maryam, mak ngah Wirfan

"InSya Allah ada rezeki raya ni Irfan balik," seraya menghadiahkan senyuman nipis kepada ibu saudaranya. "Nanti sebelum balik sini bagilah dalam ni berisi dulu tau," ujar Puan Maryam sambil menunjuk kearah perut Mawar. Mawar mengangguk perlahan

Mereka melangkah kearah kereta Wirfan sambil berpegang tangan. Mereka masuk kedalam sebelum Wirfan memulakan permanduaannya

Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam membisu tanpa suara sehingga Mawar memecahkan kesunyian. "Abang, War teringin nak ada anaklah," Wirfan mengerling sekilas kearah isterinya

"Jap, sikit lagi nak sampai rumah," Balas Wirfan selamba. Mawar mencubit kuat perut suaminya itu sehingga Wirfan menyerang kesakitan "aww s-sakit cornflake"

"Gatallah abang nih" ujar Mawar. Wirfan tersengih bak kerang busuk.

"Masalahnya War tak ready lagi," lalu menundukkan kepalanya. "Ouhh okayy abang faham," berkerut dahi Mawar.

"Faham apa?" tanya Mawar. "Cornflake nak anak angkat ke?" Laju Mawar mengangguk.

"Tapi boleh ke?" Wirfan mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Wirfan memusingkan stereng kekiri lalu memasuki kawasan rumah anak yatim. Tersenyum lebar Mawar melihat kanak kanak berlari diluar rumah.

Mereka dua melangkah keluar dari kereta lalu melangkah masuk kedalam rumah. "Cornflake duduk sini jap tau. Biar abang uruskan. Sayang nak laki ke perempuan?"

"Perempuan!!" Teruja Mawar menjawab. Dia melabuhkan diri dikerusi kosong yang berada disitu. Wirfan telah berlalu pergi. Mawar membawa keluar telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya lalu dia bermain dengan gajet itu

"Airis Mawardah!" Laju Mawar mengangkat kepala apabila tersedar ada yang memanggilnya. Waktu dia nak main telefon lah ramai nak ganggu. "Akak?" Terkejut kerana kelibat kakaknya yang dah lama tidak muncul, secara tiba tiba boleh ada didepannya.

"Seronok rampas kebahagian orang?" Tangannya memeluk tubuh. Berkerut dahi Mawar mendengar balasan itu. Rampas kebahagian orang? "Sejak bila Airis rampas kebahagian orang, kak?" Tanya Mawar hairan

"Ka-" belum sempat ayat gadis itu dihabiskan sudah dipotong seseorang. "Sayang... Abang dah dapat apa yang sayang nak!!" Suara Wirfan yang baru muncul itu membuatkan dua gadis itu menoleh. Setelah perasan muka Wirfan, gadis yang bercakap dengan Mawar tadi terus melarikan diri.

"Siapa tu?" tanya Wirfan sambil menunjuk kearah gadis tadi. Nada suaranya berbisik. "Tu kakak War," Wirfan mengangguk faham. Malas hendak tanya lebih

"By the way, ni Aureestella Daniellah. Anak angkat kita. Umur dia 4 tahun. Dia kehilangan ibubapanya tahun lepas," Mawar mengangguk faham.

"Haii Ella," ucap Mawar sambil mencubit pipi putih milik Aureestella

"Haii untie," balas gadis kecil itu ramah. "Panggil ibu jee. Ni pulak panggil ayah," Aureestella mengangguk. "Okay ibu"

"Jom balik," mereka berjalan masuk kedalam kereta milik Wirfan
















𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now