_____
Lampu berwarna warna mengganggu pandangan Syah. Lelaki itu lepaskan keluhan. Semak dengan suasana bising di kelab malam.
Kakinya melangkah mendekati kaunter sambil membawa segelas arak di tangannya.
"Syah, kau okay tak? Murung je aku tengok"
"Entahlah Bob. Aku penat layan kerenah bapak aku. Semua benda dia nak tentukan sampai calon isteri pun dia pilih untuk aku"
Bob ketawa halus lalu mendekati Syah sambil berbisik sesuatu.
"Kau gila ke? Aku memang jahil tapi tak pernah terfikir nak buat kerja gila macam ni.. Aku masih tahulah dosa pahala"
"Kalau kau tahu dosa pahala. Kau tak minum arak, tak pergi kelab, tak main judi" perli Bob
Syah menghentak tangannya kasar di atas meja. Dadanya berombak menahan geram. Paling pantang kalau orang cuba cabar dirinya.
"Kau nak sangat kan. Okay fine, aku sewa untuk satu malam. Pastikan perempuan tu tak pernah kena sentuh lagi"
"Wahhh pandai kau pilih. Aku baru je dapat orang baru pagi tadi. Jangan risau, budak tu masih mentah. Kau akan jadi orang-"
"Dah tak payah membebel. Tunjuk aku bilik tu" balas Syah geram.
"Jom ikut aku" balas Bob lalu berjalan ke depan.
Syah hanya mengikuti langkah Bob. Wajahnya mendatar walaupun dalam hatinya sudah berdegup kencang. Pertama kali dalam hidupnya buat kerja sebegini. Gila!
"Sweet dreams" ujar Bob sambil ketawa sinis. Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan Syah sendirian di hadapan sebuah bilik tidur.
Tanpa membuang masa Syah terus membuka pintu bilik tersebut. Hampir terbeliak matanya melihat seorang gadis sedang melutut di hadapan pintu itu sambil menangis teresak esak.
"Tuan, jangan buat saya macam ni. Saya masih suci. Saya janji akan ikut semua cakap tuan asalkan tuan tak tidur dengan saya." pinta gadis itu sambil memegang kaki Syah.
"Sudahlah tak payah menangis. Aku bukan nak tidur dengan kau pun. Buatlah hal kau, aku nak rehat." balas Syah lalu berjalan ke katil. Tanpa kerling ke arah perempuan itu Syah terus rebahkan badan di atas katil sambil memejam mata.
Jujur, Syah pelik dengan perempuan itu. Seorang pelacur melutut sambil menangis teresak esak agar tidak dituduri. Pelik sungguh.
Walaupun Syah tidak pernah terlibat dengan kerja gila seperti ini tetapi tipulah kalau dirinya tidak tahu tingkah laku seorang pelacur. Sungguh murah.
"Tuan"
"Ishh aku nak tidurlah. Jangan kacau"
Gadis itu mengetap bibir lalu mendekati Syah. Bahu Syah dicuit lembut.
"Kau nak apa?"
"Tuan tak marahkan saya ke?"
"Kenapa aku nak marahkan kau pulak?" soal Syah hairan
"Sebab saya tak layan tuan" balas gadis itu polos.
"Kau nak sangat ke aku tidur dengan kau?"
Gadis itu geleng kepalanya laju. Dia menjauhi Syah. Tiba tiba rasa seram.
"Tak nak.. Tuan tidurlah, saya tak nak ganggu"
Syah mendiamkan diri. Rasa bersalah pulak sebab berkasar dengan kaum hawa.
"Nama kau apa?"
"Boss tak bagi saya reveal nama sebenar.. Tapi tuan nak tahu ke nama saya?"
Syah garu kepalanya. Alahai kenapa polos sangat perempuan ni. Baru habis spm kah.
"Suka hati kaulah"
"Nama saya Aleena Sofea. Aleena bermaksud lembut, Sofea pula bermaksud bersih dan jujur. Sedapkan nama saya."
Hampir cair Syah mendengar nama Sofea. Sungguh sesuai dengan tuan badan kerana susuk tubuh Sofea yang kecil, kulitnya yang putih melepak tetapi kemerahan, mata bulat persih anak kucing, dihiasi pula bibir yang agak munggil. Sungguh menarik perhatian.
"Tuan?" panggil Sofea apabila Syah daripada tadi tidak berpaling ke arah lain.
"Maaf." Syah berpaling ke arah lain. Air liur ditelan kesat. Rasa bersalah kerana melihat Sofea terlalu lama.
"Tuan okay?"
"'Macam mana kau boleh kerja dekat sini? Kau nampak muda lagi. Kenapa gadaikan masa depan kau semata-mata mahu jadi pelacur?" soal Syah cuba untuk mengubah topik.
Sofea tersenyum nipis lalu memeluk tubuhnya erat. Perasaan pilu mula menyerbu diri. Masih segar dalam ingatannya kejadian pagi tadi.
"Sebab saya nak duit. Saya nak kaya"
"Banyak lagi cara nak jadi kaya. Kenapa mesti pelacur?" soal Syah hairan
"Sebab jadi pelacur cepat kaya"
"Haihhh, murahnya harga diri kau"
Tersentap Sofea dibuatnya. Tajam betul kata kata Syah. Tapi apa yang Syah katakan itu memang benar belaka.
"Nah ambil duit ni.. Aku nak balik"
Lama anak mata Sofea memandang duit tangan tangan Syah.
Jujur, Sofea terasa dirinya sangatlah murah ketika ini. Terasa maruahnya berada di bawah tapak kaki Syah.
"Saya tak nak" balas Sofea lembut lalu menolak tangan Syah.
"Kau nak kaya kan. Ambiklah duit ni"
"Saya tak nak! Saya bukan pelacur, saya buat semua ni tanpa kerelaan saya! Saya tak murah!" jerit Sofea secara tiba-tiba. Air matanya kembali membasahi pipi. Hari ini saja sudah berapa kali dia menangis.
Tersentak Syah melihat keadaan Sofea yang tiba-tiba saja seperti di rasuk hantu.
"Aku tak cakap pun kau murah. Aku cuma nak bagi duit ni dekat kau tanpa makna. Kau anggaplah, duit ni hadiah birthday kau"
"Tuan, saya tak nak buat kerja ni. Saya sayang masa depan saya. Saya masih suci.. Saya tak nak kotorkan diri saya. Sa- saya takut"
Pilu hanti Syah melihat keadaan Sofea sebegini. Hatinya meronta ingin menolong Sofea walaupun mereka baru saja berjumpa.
"Tuan, saya sanggup jadi pelanggan tuan seumur hidup daripada berjumpa dengan lelaki yang saya tak kenal setiap malam.. Saya sanggup buat apa saja asalkan Tuan selamatkan saya. Tolong bebaskan saya dari sini"
Anak mata Sofea bergetar memandang Syah. Lelaki itu satu satunya harapan Sofea.
Sofea yakin Syah seorang yang baik. Kalau jahat, sudah lama lelaki itu lakukan perkara tidak senonoh terhadapnya.
"Aku, tiada jaminan untuk kau"
Gelap. Dunia Sofea gelap sepenuhnya. Masa depannya hancur serta merta.
_____
Reminder : 13+
Self harm, abused, languageSelamat membaca!
Siri terakhir fate series
YOU ARE READING
SACRIFICE : HIS SILENT TEARS
Fanfiction[FATE SERIES : SEVEN] [CS] Pelacur. Itulah gelaran terhadap Aleena Sofea walaupun dia tidak pernah terlintas untuk gadaikan maruahnya. Kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya membuatkan Sofea sedar bahawa dirinya masih mempunyai maruah. Malah harga...