01

160 10 3
                                    

Saya update chapter 1 je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya update chapter 1 je.
Yang lain stay tuned.
_____

Syah's

Aku rebahkan badan di atas katil sambil tangan berada di atas dahi. Siling putih dipandang lama sehingga fikiran aku melayang memikirkan perkara yang berlaku semalam.

Aleena Sofea.

Entah kenapa nama gadis itu bermain dalam fikiran. Setiap kali aku menyebut nama Sofea hati ini bagai dipagut sesuatu. Susah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata kerana sepanjang hidup aku sudah biasa memendam rasa. Bagi aku bercakap itu tidak penting, kerana tiada faham melainkan tuhan.

Tuk Tuk!

"Masuk" balasku dari dalam bilik.

"Syah, mak dah siapkan makan malam, nanti makan ye."

Aku kerling ke arah mak atau lebih tepat lagi Mak Cik Milah iaitu pembantu rumahku.

"Nanti Syah makan, Terima Kasih."

"Sama-sama. Mak balik dulu ye."

Aku tidak membalas malah membiarkan wanita separuh abad itu pulang tanpa mengucap selamat tinggal. Aku tahu Mak Cik Milah tidak kecil hati kerana dia sudah masak dengan perangai aku. Sejak aku kecil, dialah yang menjaga aku seperti seorang ibu. Sebab itulah dia membahasakan diri sebagai mak. Aku juga tidak kisah kerana aku sudah anggap Mak Cik Milah seperti ibu kandung aku sendiri.

Aku turun dari katil kemudian berjala keluar dari bilik. Kaki aku melangkah menuju ke dapur. Belum sempat tangan aku membuka tudung saji loceng rumah berbunyi. Aku membiarkan loceng rumah itu berbunyi banyak kali sehinggalah telefon berbunyi.

"Hello"

"Woi, kau memang tak nak bukak pintu ke?"

"Bukaklah sendiri. Macamlah kau tak tahu passcode rumah aku" balasku dengan nada malas lalu letak panggilan.

Tidak sampai sesaat pintu rumah aku sudah terbuka dari luar.

"Hi member."

"Kau buat apa datang sini?"

William tersenyum sinis lalu berjalan ke dapur.

"Jom."

"Jom ke mana?" soalku hairan sambil meneguk segelas air putih.

"Alah kau ni. Penat aku datang dari Selangor ke KL, tapi kau tak layan aku."

Aku menjeling William. Bertuah punya kawan. Dia fikir aku kesah kalau dia merajuk.

"Kau cakap macam duduk dekat Sabah padahal rumah kau dengan rumah aku sejam je dah sampai, tak payah nak over sangat."

"Emo ah kau ni.. Jom lah teman aku. Aku bosan duduk rumah sorang-sorang." William tarik tangan aku sambil tayang muka kesian. Berhadap aku terhasut dengan permintaannya.

"Benda kau ni? Nak kena sepak ke?"

"Kalau kau tak nak pergi tak apa, aku boleh pergi sorang" balasnya kemudian berjalan menuju ke pintu rumah aku. Acah mahu pulang.

"Bagitahu detail boleh tak. Kau nak pergi mana mangkuk?"

William berhenti berjalan lalu pusing badan menghadap aku. Segaris senyuman terpancar di bibirnya.

"Pergi rumah kedua kau"

Dengar saja William berkata sebegitu aku lepaskan keluhan. Mahu atau tidak. Aku tetap pergi. Seperti yang William katakan, tempat itu rumah kedua aku.

_____

Sofea's

Aku berjalan ke hulu ke hilir sambil berdoa. Dalam hati ini tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku ketika ini. Aku berharap semoga diri aku terselamat walaupun perkara itu agak mustahil.

"Woi perempuan."

Aku dongak kepala memandang Bob. Nampak saja mukanya terus peluh di dahi mula mercik. Perasaan gementar menyelubungi diri.

"Ya saya." balasku perlahan. Jantung aku bagai nak pecah mendengar suara Bob.

"Nah, kau pakai baju ni." balas Bob lalu mencampak sehelai baju tepat ke mukaku.

Aku memandang baju itu. Macam tak cukup kain! Terdedah sana sini, mestilah aku tidak mahu pakai.

"Kau termenung apa lagi. Pergilah pakai!"

"Boss keluarlah dulu. Saya nak tukar pakaian."

Bob memandang aku atas bawah. Bibirnya menayang senyuman sinis sebelum keluar dari bilik.

Aku lepaskan nafas berat. Nasiblah Bob keluar, kalau tidak mati aku dekat sini.

"Aku kena cari jalan keluar." kataku sendirian sambil menggigit kuku. Fikiran aku buntu.

Aku membuka pintu sambil memandang sekeliling. Sebaik sahaja aku pastikan tiada orang lalu lalang kakiku melangkah keluar dari bilik. Aku berjalan tanpa arah tuju, asalkan aku rasa jalan itu selamat aku lalu saja tanpa berfikir panjang.

"Hi Cantik."

Tubuhku mengeras apabila seorang lelaki datang menahan tubuhku.

"Hi..."

Sesiapa tolonglah datang selamatkan aku!

"Awak free?" soalnya sambil bermain dengan rambut aku.

"Maaf, saya ada urusan." aku cuba berjalan melepasi dia namun dia tolak tubuhku tersandar ke dinding.

"Kau ingat aku tak tahu kau kerja kau. Berapa kau nak? Aku sanggup bayar."

Aku geleng kepala sambil menahan air mata. Aku tidak sanggup!

"Saya tak nak duit awak."

Wajah lelaki itu berubah merah. Marah sungguh kerana aku menolak permintaannya. Dia meraup wajah kasar lalu mendekati aku setapak demi setapak.

"Terima hakikat kau tu seorang pelacur, tak payah nak jual mahal sangat."

Aku cuba menolak tubuhnya namun tidak boleh. Siapalah aku mahu melawan kudrat seorang lelaki.

"Encik, saya merayu jangan buat saya macam ni."

"Tutup mulut kau. Ikut aku sekarang." balasnya lalu menarik tangan aku kasar.

Aku sedaya upaya memberontak supaya terlepas daripada lelaki itu.

"Lepaskan saya!"

"Kau diamlah." belum sempat lelaki itu naik tangan ingin menampar pipi aku mukanya ditumbuk terlebih dahulu.

"Jangan sentuh perempuan aku!"

Masa seakan terhenti. Aku memandang gerangan manusia yang datang selamatkan aku. Seluruh tubuhku terus tertaku. Tidak sangka apa yang aku lihat ini ialah nyata.

Lagi sekali dia datang selamatkan aku daripada dunia gelap ini.

"Tuan..."

SACRIFICE : HIS SILENT TEARS Where stories live. Discover now