Kalau kata Mama dulu, tidak ada istilahnya orang yang tepat, tetapi pada waktu yang salah. Kerana kalau orangnya tepat, waktunya akan ikut membimbing dan berjalan seiring dengan memori dan kenangan. Namun, tidak dapat dinafikan, istilah orang yang salah di waktu yang tepat itu benar benar ada. Kerana apakah gunanya kalaupun seribu waktu dan detik, tetapi bersama sosok yang tidak menghargai dan berasa beruntung di sisimu?"Ah, konyol."
Dia menatap ke arahku sembari tersenyum kecil. Aku yang barusan bercerita tentang teori kecil sahihku itu terbungkam saat ada yang menidakkannya. Baru sahaja aku ingin membantah, dia lagi lagi membuatkan bibirku kembali terkatup.
"Ibumu mungkin mempunyai segala waktu yang ada di dunia untuk mencintai ayahmu. Oleh itu, beliau telah menemui orang yang tepat, pada waktu yang tepat. Ibumu mungkin pernah melalui fasa fasa mencintai di hujung waktu, tetapi sekali lagi, seluruh hidupnya telah didedikasikan untuk mencintai lelaki itu. Dengan izin Tuhan, ibumu diberikan kesihatan yang sempurna dan kasih sayang yang tidak terbatas sebelum ia pergi."
"Tetap saja." sambungku. "jikalau orangnya benar, waktu tak pernah salah." tegasku.
Sosok itu memandangku, sangat dalam, menerusi mata cantiknya. Aku sangat menyukai mata lelaki ini. Lembut dan selalu tenang.
"Ya?" soalnya.
"Kalau sekarang?"Dua perkataan yang berhasil membuatkan aku beralih dari terus merenung matanya. Lidahku terasa kering, mindaku gelap. Tidak mampu ingin membalas dan berkata apa apa. Hanya sepi yang menemani ruang gelap di sekeliling kami.
Bunyi pecah sesuatu membuatkan kami lagi lagi dibawa perasaan takut. Dengan sepantas kilat, dia menggandeng tanganku, lalu kami berlari sepantas yang mungkin menuju ke ruangan yang lebih selamat.
Di sana, dia menangkup mulutku. Memohon untuk aku tidak menjerit atau menangis. Aku diam, sesekali aku menatapnya yang masih cuba mengatur nafas setelah berlari tadi. Suasana yang diam dan menyesakkan itu membuatkan aku berasa terhimpit dengan jutaan perasaan yang tak mampu diungkap.
"Ah, sial. Terlepas lagi."
"Cari mereka sampai dapat! Kalau tidak, kamu semua yang kubunuh."
Aku tersedu, pola mataku bergerak tidak menentu. Aku cuba merenungnya lagi, menyampaikan rasa takut yang tidak terbayang. Dia menunduk, tidak ingin melihatku, sama ada ia takut, atau sebenarnya dirinya sendiri telahpun terlalu lelah dengan semua yang berlaku ini.
Setelah memastikan mereka benar benar hilang, dia jatuh tersungkur di sebelahku. Kakinya terasa lemah, degupan jantungya berpacu dengan laju. Aku duduk bersimpuh, cuba mengenggam tangannya, menggeleng-gelengkan kepalaku tanda tidak apa apa.
Di waktu waktu begini, aku sangat membenci ketidakmampuan aku untuk berbicara. Kerana aku tidak mampu membisikkan kata kata penenang, atau memujuknya bahawa semuanya akan berlalu dengan pantas. Aku hanya mampu terus mengenggam, menyalurkan kekuatan yang semakin memudar dalamku kepadanya.
Biar cuma aku yang hilang,
biar dia sentiasa kuat.Diam menjadi perantaraan kami sebelum dia membuat keputusan untuk berdiri. Membawaku dalam tangannya sambil berjalan keluar. Memerhati sekeliling dengan hati hati, lalu menghela nafasnya perlahan.
"Tak ada." katanya kepadaku. Aku tidak membalas, cuma turut mengikutinya dari belakang.
Kami berjalan, terus berjalan, sehinggalah kami tiba di sebuah taman kecil yang terbiar. Alat mainan seperti buaian, gelongsor, kekuda, telahpun reput dan ada yang kotor dihiasi habuk dan tanah. Aku mengetap bibir, mengatur langkah sebelum mengambil tempat di salah satu buaian.