"Kenapa kau tolong aku? Aku tak perlukan bantuan kaulah!" Tengking gadis itu tepat di wajah jejaka itu.
"Bunuh diri? Dah cukup sangat ke amalan you tu?"
"Kereta tadi hampir nak langgar aku. Kenapa kau tarik aku?! Aku nak mati! Aku taknak hidup,"
"You mati sekalipun tak akan ubah apa-apa. Rela masuk neraka?" Soalnya dengan senyuman sinis.
"Kau tak faham. Kau tak ada ditempat aku. Kau tak faham situasi aku,"
"Dihina kawan baik sendiri sebab tubuh you gempal? Dibenci saudara mara sendiri sebab bunuh pakcik Idlan? Which one? Which part?"
Yasmin angkat kepala dengan mata membulat. Bagaimana lelaki itu boleh mengetahui tentang keadaan yang melandanya?
"Terkejut? You tak sepatutnya ambil hati dengan apa yang orang cakap tentang you. Kalau betul you tak bunuh pakcik Idlan, you sepatutnya pertahankan diri you. Adakah you rasa dengan cara bunuh diri akan membantu you?"
"Aku dah cakap, kau tak duduk ditempat aku. Kau orang luar. Kau tak sepatutnya campur urusan aku!" Tengkingnya kuat.
"I tahu you tak salah. Orang sekarang lebih percayakan mulut orang luar yang entah datang dari mana. Kemudian sebarkan pada semua orang kampung. Kalau you perlukan tempat untuk mengadu, I ada. I boleh jadi pendengar setia you,"
Yasmin angkat kepala menatap anak mata lelaki itu. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya jatuh mengena pipi tembamnya.
"I...
"Aku taknak kau campur urusan aku. Kau boleh berambus dari sini. Aku tak perlukan orang luar macam kau," Cantas Yasmin laju.
"Kalau you ada masalah beritahu I. I akan selalu bantu you,"
"Kau tak faham bahasa ke?! Aku kata yang aku tak nak kau campur urusan aku lagi!" Suara naik satu oktaf.
"I pernah janji dengan you yang I akan sentiasa ada untuk you. You lupa?"
"Pergi mati dengan semua janji kau tu! Aku nak kau tinggalkan aku. Jangan pernah hadir dalam hidup aku lagi,"
"It's okay, teddy bear. I faham you tertekan. I tak akan ganggu you. Tapi I tak janji untuk tinggalkan you,"
"Susah bercakap dengan orang tak faham bahasa ni," Ujar Yasmin sebelum berlalu pergi.
"Aku minta maaf,"
"You perempuan selfish. Lepas apa yang you idamkan selama ni tercapai, you buang I macam anjing kurap,"
I'm beggin you. I need you. Aku tahu kau masih sayangkan aku. Tolong, aku betul-betul sayang kau. Kembali pada aku," Rayu gadis itu.
Luth sekadar memerhati tanpa ada rasa mahu membalas.
"Kau pernah janji dengan aku dulu, kau lupa? Kau pernah janji akan selalu ada dengan aku. Kau juga ada janji kau akan kahwini aku. Mana semua janji yang kau taburkan sebelum ni?"
Jejaka itu hela nafas kasar. Tidak mahu termakan dengan pujukan gadis dihadapannya itu.
"You sendiri yang hancurkan semuanya. I got to go," balas jejaka itu tanpa nada. Dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu bersendirian.