"Adik! Dah pukul berapa dah ni tak turun-turun! Ayah dah tunggu tu!
"Ye ibu!! Kejapp!!"
Ameerah bergegas turun tangga apabila mendengar nyahutan ibunya. Maklumlah ibunya garang macam singa kalau buat hal!
"Ni makan sikit breakfast ni, kang tak pasal-pasal gastrik pastu masuk hospital!"
Ibu Ameerah masih memarahinya kerana siap lambat. Jam menunjukkan pukul 6.40am . Hm tidurlah lewat lagi Ameerah oii.
"Ala ibu lek ah gelabah apa"
Ameerah tergelak mengeluarkan nada jenakanya itu tetapi terus senyap apabila melihat tatapan jelingan maut ibunya.
"Ehem hehe adik pergi dulu la ye ibu. Mwah sayang ibu!"
Ameerah bergerak untuk menyalam ibunya selepas sempat cekut 2 lagi keping roti bakar sebelum melangkah keluar rumah.
Dia punya lambat tu sampai kasut dan stokin terpaksa pakai di dalam kereta sambil mendengar lagu hariannya. Apa lagi? Bebelan bapaknya lah!
"Ni, dah pikir masak-masak dah nak join univerisiti tu dik?"
Soal ayahnya
"Hm ye ayah, adik tekad. Adik suka sukan rugby! Walaupun sukan ni sungguh lasak untuk dimainkan oleh seorang perempuan tapi adik tak kisah. Kalau lelaki boleh, kenapa perempuan tak boleh kan ayah? Ingat lelaki je ke boleh sado? Eleh perempuan pun boleh lah! HAHAHAHA"
Ayahnya membuat muka menyampah apabila mendengar kata-kata anak perempuan bongsunya satu ini. Tetapi dari isi lubuk hati seorang ayah, siapa je tak risaukan anaknya. Betul tak? Nampak je garang tapi lembut bagaikan tisu bila diperkenakan dengan anak perempuannya.
"Hmm.. ye lah.... Dah jaga diri baik-baik. Nanti balik ayah ambil okay?"
Ameerah mengganguk dan salam ayahnya sebelum langkah keluar dari kereta Alphard berwarna putih milik ibu dan ayahnya.
______________________________________
"Weh Meerah! Kau serius lah nak masuk universiti tu?!"
Ujar Ain, bestfriend Ameerah yang paling rapat. Sehingga orang ramai ingat diaorang ni adik beradik kerana selalu berkepit kalau pegi mana-mana. Satu kepala? Hm jangan cakap lah! Dua-dua masuk air.
"Serius ah! Lagipun kau taukan aku ni asyik tergila kan sukan ni. Prestasi aku dalam sukan ni sewaktu sekolah menengah sekarang ni pun tip top apa."
Respon Ameerah dengan muka bersemangatnya. Nak tunjuk cool la tu mentang-mentang la nama gelarannya adalah 'Ace' di dalam team sukan rugby perempuan atas sebab sangat handal tackle pihak lawan dan lincah mendapatkan gol.
"Ceyhh budak dapat tawaran ni acah pulak eh kau! Gila ke Ain kau ingat dia taknak accept? Memang big yes la siak! Kau tengok muka dia tu macam orang apa dah! Kahwin je la kau dengan suka Rugby tu lol!"
Bicara Marina selaku kawan yang paling sewel yang Ameerah pernah ada. Bukan takat sewel, Mulut dia tu.. Ya Allah! Hari-hari kurang pahala dia!
Ameerah mencebik dan buat muka menyampah
"Ni Meerah, nanti kat sana jangan lupa call kitaorang. Kau ingat kitaorang tak tau ke kau kene masuk awal Universiti tu?"
University of League Sports Malaysia.
( Hehe sorry buat sendiri je ni)
Sebut lah nama univerisiti tu, semua orang tau. Ramai orang memanggil nama Universiti ini dengan ungkapan 'universiti premium' sebab mostly yang masuk, semuanya anak dato' belaka! Universiti yang terkenal akan Para Athletes yang berperingkat antarabangsa menjadi pilihan ramai remaja yang masih mentah ingin mendalami bidang Sukan. Mendapat tawaran daripada universiti tersebut merupakan hal yang agak 'rare' ye guys. Ameerah pun buntu kenapa dia boleh dapat tawaran lumayan sebegini. Mungkin ini kerana kebetulan sewaktu Perlawanan Akhir Peringkat Kebangsaan bagi Remaja Perempuan 17 yang menjadi Juara di tangan Ameerah, salah seorang coach rugby yang cukup nampak professional melihat perlawanan tersebut. Ameerah beranggapan mungkin coach yang dia nampak itu adalah dari Univerisiti tersebut."Alamak korang tau eh.."
Ameerah menatap rakan-rakannya Ain, Marina, dan Iris dengan muka acah innocent
"Tumbuk kau kang biar lebam pipi kau yang suka merah-merah tu"
Tegas Iris. Ha ni pulak kawan paling akademik on top beb. Luar nampak cold tapi percayalah dia punya joke tu hm masuk air jugak la weh.
"Ala sorry korang.. aku tak ready nak bagitau ni kat korang, nanti aku nangis huaaaa! Aku janji sampai je kat sanaa aku terus call korang"
Ameerah mengenyit matanya sambil buat muka kelako depan rakannya membuatkan mereka tergelak sakan dan mereka sambung borak ke membawang? Terpulanglah.
"Oi Ameerah, Cikgu Rah panggil kau!"
Ameerah angguk dengan panggilan diberi oleh Alysha, classmates jugak. Haha maaf lah, Ameerah ni serius banyak kawan. Cakap je dari kelas mana, confirm Ameerah berkawan jugak nok!Ameerah menyahut Alysha kembali tanda 'ok' dan bergegas keluar dari kelas untuk pergi ke bilik guru.
______________________________________
"Hai Meerah, ni cikgu nak bagi borang ni ha."
Cikgu Rah menghulur sehelai kertas kepada Ameerah. 'Borang kemasukan University of League Sports Malaysia!'
Bisikan Ameerah teruja dan ambil kertas tersebut dari tangan cikgunya."Hahaha amboi muka tuu.. cikgu macam tak sangka awak main rugby sebab tengok lah awak ni putih- putih kuning langsat dan mulus tau! Jeles cikgu!"
Ameerah tersipu malu mendengar pujian dari Cikgu Rah. Adoii cikgu jangan puji-puji lah kembang hidung saya ni! Sukan lasak elit, jaga muka pun kene elit. Rahsia Ameerah disebalik pujian tu adalah semua skincare nya branded dan harga boleh mencecah ratusan. Entah berapa lapis laa Meerah letak sunscreen dia tu.
"So saya kene buat apa ni cikgu dengan borang ni?"
"Cikgu nak awak tulis apa yang perlu dekat borang tu berserta dokumen kelahiran awak. Esok hantar letak atas meja saya."
*Hai guys. This is for the beginning. I hope okay2 je la sebb ni first time ni buat story kat wattpad. Kita pon masih mentah dalam berbahasa seeloknya dalam BM ni..😔
YOU ARE READING
Lah? Kau Jodoh Aku?!
RomanceDi dalam kisah ini, menceritakan seseorang perempuan yg berukuran body chubby tapi boleh dikatakan agak fit kerana... dia adalah seorang pemain RUGBY 🏉 perempuan. Ameerah Najwatif bin Saiful mempunyai kriteria sendiri yg menyebabkan dia seorang per...