"ish Meerah! Kau dah gila ke apa? Kau tau tak kau boleh dibuang universiti kalau Tengku Iskandar tau?!" Marah Nadia.
"Ala lek ah gelabah apa?" Ayat iconic Ameerah dikeluarkan lagi skali.
Nadia hanya mengeluh. Ameerah ni memang tak reti takut ke apa ha?
"Btw, kau sukan apa dowh Nadia?"
"Aku player badminton. Kau?"
"Hehe aku pemain rugby!"
Riak wajah Nadia terkejut.
"Kau? Rugby?! Serius ah?? Bertudung lagi beb!"
Aku tersengih kerana aku sendiri kagum ngan diri sendiri.
"Muahaha! Gempak en aku? Ye aku tau jangan puji nanti malu."
"Gempak tu memang gempak tapi.. kau kene siapkan mental kau la Meerah."
Muka ku menjadi bingung. "Ha? Apasal?"
"Aku dengar, kat sini senior-senior ni toxic namampus! Kalau kau perasan.. dekat sini jarang ada athlete chubby kecuali kau athlete angkat berat!" Bisik Nadia kerana tidak ingin suaranya didengari orang lain.
"Ohhh begitu.. ala rilek , aku boleh handle la mulut puaka macam tu. Kalau tak jalan gak, aku patahkan tulang diaorang hahahaha!" Aku tergelak dengan kata ku sendiri.
"Tapi..-" Ayat Nadia dipotong oleh aku.
"Issokey Nadia. I can take care of myself! Kalau ada apa-apa aku roger kau? You're my second friend here though. Kau duduk dorm mana?" Ucap ku tidak mahu Nadia bimbang kan ku.
"Hmmm okay la macam tu , i trust you. Ha aku dorm 3B."
"Lah! Sebelah aku je?? HAHAHAHA aku 3A!" Aku secara tidak langsung peluk bahu Nadia sekilas.
"Senang la aku nak bantai kau kalau kau buat hal!" Nadia turut gelak atas sebab kebetulan yang sangat kebetulan.
______________________________________
"Kak Aimi! Meerah keluar kejap okay? Nak pergi jogging kat taman jap!" Gegas ku ikat tali kasut favorite aku yang berwarna hijau neon sebelum melangkah keluar dorm.
"Ha okay! Jangan lama sangat! Dah nak maghrib terus balik tau!" Pesan Akak Aimi.
"Okay sip boss!"
Nafasku tercungap-cungap setelah melakukan satu larian jogging di taman universiti itu.
"Hu.. ha... Hu... Ha.. ni taman ke padang siak besar gila bapak! Ni buat kenduri pun boleh ni dowh!" Aku cakap dengan diri sendiri.
Aku tengok jam tangan ku. 5.30pm. sempat lagi ni nak buat lagi satu round! Haha nasib laa sesi orientasi tu sekejap je. Sempat lah aku nak training sikit untuk esok sebelum jumpa coach. Ieeekkkk!! Tak sabarnyaa!!
Aku meneruskan larian jogging ku tetapi dengan kelajuan yang slow sedikit. Ye la member dah semput.
"Argh! Sakit lah! Lepaskan aku!" Jeritan seorang wanita yang berambut toncang ditarik oleh seseorang.
Aku terdengar jeritan itu dan tidak teragak- agak untuk segera pergi ke tempat jeritan itu dengan pecutan larian ku.
"Eh kenapa ni?!" Jeritan ku sambil tercungap.
"Eh fatty kau boleh blah? Ew busuk la bau peluh kau! Geli!" Kata seorang perempuan tu yang sedang lagi menarik rambut toncang perempuan yang jatuh terduduk.
Aku yang melihat kejadian tu terus menarik tangan perempuan itu daripada mencengkam rambut yang di buli nya itu.
"Kau apasal main rambut orang? Takde rambut ke apa?!" Tengking aku sambil mencengkam pergelangannya dengan kasar kemudian ditolak jauh.
YOU ARE READING
Lah? Kau Jodoh Aku?!
RomanceDi dalam kisah ini, menceritakan seseorang perempuan yg berukuran body chubby tapi boleh dikatakan agak fit kerana... dia adalah seorang pemain RUGBY 🏉 perempuan. Ameerah Najwatif bin Saiful mempunyai kriteria sendiri yg menyebabkan dia seorang per...