Setahun yang lalu.....
"Woi!" mata yang berwarna hazel Brown itu menatap tajam dua orang lelaki yang baru sahaja merampas duit seorang wanita tua yang menjual keropok di laluan kaki lima
keropok yang dijual oleh wanita tua itu juga turut dipijak dan di hancurkan "Pulangkan balik duit tu" arah perempuan itu dingin
"Kau siapa?" salah seorang lelaki itu bertanya "tak perlu tahu aku siapa, sekarang ni aku nak kau pulangkan balik duit tu dekat mak cik tu"
"Kalau kitorang tak nak macam mana" kini lelaki yang seorang lagi bersuara, lidah perempuan itu menolak pipinya "haih, rumah kata pergi, kubur kata mari, kalau kau tak bagi, wa kasi mati" sinis aku
"Heh tak apa yah nak tunjuk hebatlah dekat sini, kau tu perempuan mampu ke nak kalahkan kitorang ni"
Cih' perempuan itu menggenggam penumbuk sebelum berjalan ke arah lelaki yang bersuara tadi dan...
Buk'
Buk'
Dua tumbukan melayang ke arah lelaki tersebut, lelaki yang ditumbuk di bahagian perut dan muka nya terbaring sambil memegang perut nya sakit akibat ditumbuk tadi
"Kau!" lelaki itu yang melihat kawannya terbaring terus melayangkan penumbuk ke arah perempuan itu
Namun berjaya ditahan, matanya menatap lelaki itu tajam setajam helang sebelum tangan lelaki itu dipusingkan ke belakang dan menendang kaki lelaki tersebut sehingga lelaki itu melutut lalu mengetuk kepala lelaki itu dengan kuat
Duit yang berada di dalam poket jaket dua orang lelaki tersebut di ambil sebelum dipulang kan semula kepada mak cik yang menjual keropok tadi
"Nah makcik" mak cik itu memegang tangan perempuan itu "terima kasih lah nak" perempuan tersebut hanya tersenyum sebelum melangkah pergi dari situ
Tanpa dia sadari ada sepasang mata yang melihat kejadian tadi
YOU ARE READING
Rafael Ridzwan : Blood Love's
General FictionAeryna Aleesya seorang yang baik dan penuh misteri, aeryn terkejut apabila ibu bapanya beritahu bahawa ada orang yang masuk meminangnya, dia mahu menolak pinangan tersebut namun ibu bapa nya membantah Malah dia dipaksa untuk kahwin dengan Jejaka itu...