BAB 2

6 0 0
                                    

Dua hari kemudian....

Aeryna masuk ke dalam kedai roti yang berada di dalam AEON Mall, masuk sahaja ke dalam kedai tersebut aeryna mengambil dulang dan penyepit

Aeryna mengambil tiga roti burn dan lima tart telur kemudian berjalan ke arah kaunter "ini sahajakah?" soal perempuan yang bertugas sebagai cashier di situ, aeryna hanya mengangguk "ini sahaja"

"Total semua RM23.50 sen" aeryna mengeluarkan kan sekeping not 20 ringgit dan not 5 ringgit, "ini bakinya" cashier tersebut menghulurkan baki duit itu kepada aeryna

Keluar Sahaja dari kedai tersebut aeryna berjalan keluar ke pintu utama AEON Mall tersebut dan menuju ke tempat parking kereta

Masuk sahaja ke dalam perut kereta aeryna terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak keluar dari kawasan AEON Mall tersebut

Sampai sahaja di rumah aeryna terus keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat tersebut

"Assalamualaikum" ucap aeryna sebelum menyalam tangan puan Asyikin yang sedang duduk di ruang tamu rumah tersebut

"Baru balik?" aeryna menganggukkan kepalanya "sya, minggu depan kamu busy tak?" soal puan Asyikin "tak, kenapa?" aeryna memandang ke arah puan Asyikin

"Takdelah minggu depan, mama nak bawa kamu pergi fitting baju pengantin" aeryna terdiam sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepalanya

"Mak majlis nanti dibuat dekat mana?" Soalnya "akad nikah dekat masjid, resepsi dekat hotel" aeryna menganggukkan kepalanya

"Okeylah Ma, Sya naik dulu" aeryna mengambil plastik makanannya tadi dan bergerak naik ke bilik, masuk sahaja ke dalam bilik aeryna meletakkan plastik makanan itu ke atas meja

----------

Seminggu kemudian...

"Sya, kamu dah pilih belum?" aeryna memandang sekeliling mencari baju pengantin yang dia inginkan, mata nya tertancap pada satu baju yang simple tapi cantik

"Sya nak baju yang tu" jari telunjuknya menunjuk baju pengantin yang menarik minat nya "yang itu?, cantik pandai sya pilih" puan Asyikin memanggil staf yang bertugas di butik tersebut

"Kami nak baju yang ini" ucap puan Asyikin kepada staf tersebut "baik puan, tunggu sekejap ya" staf tersebut menggambil baju yang dipilih oleh aeryna tadi sebelum berjalan ke arah kaunter untuk membuat pembayaran

Selesai membuat pembayaran aeryna dan puan Asyikin terus sahaja keluar dari butik pengantin tersebut "ma, barang hantaran macam mana?" soal aeryna "pasal barang hantaran sya tak perlu risau, mama dah beli dah barang hantaran tu, mama pun dah upah orang untuk gubah hantaran tu"

Aeryna menjatuhkan kepalanya sebelum menggosok lengannya, matanya meliar ke sekeliling, terasa seperti dirinya diperhatikan 'kenapa, aku rasa macam ada orang perhatikan aku'

"Sya! Kamu dengar tak apa yang mama cakap ni" aeryna kembali memandang wajah mamanya "ah, mama kata apa tadi?" soal aeryna "mama kata jom lah kita balik, papa kamu hari ni makan tengah hari dekat rumah"

Aeryna menganggukkan kepalanya sebelum melangkah pergi dari sana

Sampai sahaja di rumah aeryna terus naik ke bilik dan menukar pakaian sebelum kembali turun ke dapur untuk mambantu puan Asyikin memasak

"Mama nak masak apa?" soal aeryna "mama nak masak ayam masak lemak cili api" aeryna menganggukkan kepalanya sebelum mula membantu puan Asyikin memasak

Selesai memasak puan Asyikin dan aeryna menghidangkan makanan tersebut ke atas meja makan "assalamualaikum!" aeryna memandang puan Asyikin

"Sya kamu tolong letakkan ni dekat meja makan, mama nak pergi sambut papa kamu" tanpa banyak tanya aeryna terus sahaja membawa mangkuk yang berisi air itu ke meja makan

"Wau sedapnya bau" aeryna hanya tersenyum sebelum mengambil tempat duduk di sebelah encik Halim "mama yang masak mestilah sedap"

Puan Asyikin tergelak kecil "ada-ada aje lah kamu ni" aeryna tersenyum "alah betul lah tu apa yang sya kata, masakan sayang tak pernah tak sedap" kini encik Halim pula yang bersuara

Aeryna dan encik Halim tergelak melihat muka puan Asyikin yang sudah merah kerana dipuji

"Ish dah-dah, makan cepat" puan Asyikin mengambil tempat di hadapan aeryna bersebalahan dengan suaminya "alah sayang ni, macam tak biasa" aeryna tersenyum melihat ibu bapanya 'aku harap suami aku nanti macam papa, sweet' ujarnya dalam hati

----------

tak terasa sekarang tinggal lagi beberapa hari sahaja sebelum aeryna bergelar isteri orang

Dan itu yang membuat aeryna risau kerana dia takut, takut kalau perkahwinan mereka nanti tak bahagia

Aeryna temenung di balkoni biliknya matanya memandang jari nya yang tak lama lagi akan tersarung cincin

"Mampukah aku untuk mencintai dia?" soalnya bersendirian, aeryna terdiam seketika, aeryna memandang sekeliling kerana dia terasa seperti ada orang yang memperhatikannya

Aeryna memeluk tubuhnya sebelum masuk ke dalam dan mengunci sliding door balkoni biliknya dan berlaku keluar ke ruang tamu

"Sya, kenapa kamu ni?" soal puan Irma mak ngah nya "ah, takdelah mak ngah" aeryna tersenyum mengambil tempat di sebelah mak ngah nya

Rumah nya kini heboh saudara-mara yang datang untuk majlisnya nanti. "Kamu jangan nak macam-macam ye Sya, majlis lagi beberapa hari je lagi"

"Ish mak ngah ni, mana ada lah, Sya just, nervous" terang Aeryna "biasalah tu, mak ngah dulu pun macam tu jugak" aeryna hanya diam "nanti kalau kamu nak tips boleh tanya mak ngah" muka aeryna terasa membahang "Ish mak ngah ni!"

Rafael Ridzwan : Blood Love'sWhere stories live. Discover now