"Sya, duduk sini kejap" aeryna Aleesya melabuhkan punggung di sofa "kenapa ma?" soalnya kepada wanita separuh abad itu "semalam, ada orang masuk meminang kamu" aeryna terdiam
"A-apa ma?, Sya rasa sya salah dengar lah" aeryna inginkan kepastian "semalam ada orang masuk meminang kamu"
"Sya tak nak" bersahaja nada suaranya "mama dah terima dah pinangan diorang" aeryna terkejut "mama terima? Kenapa mama tak tanya sya dulu" soal aeryna tak puas hati
"Sya nak mama cakap diorang yang sya tak nak" aeryna menyilangkan kedua tangannya di dada "mama takkan buat dan mama nak sya kahwin juga, lagipun mama tengok lelaki tu hansome"
Mata yang berwarna hazel Brown itu diputar ke atas "sya tak nak" bantah aeryna "mama tak kisah kamu setuju atau tak kamu kena kahwin jugak dengan lelaki tu, keputusan mama muktamad"
Aeryna mengeluh 'kalau aku tolak nanti jadi anak derhaka pulak, terima je lah' aeryna mengeluh sekali lagi "okey sya terima tapi..." aeryna mengangkat jari telunjuknya
"Tapi?" wanita separuh abad itu bertanya "tapi sya tak nak majlis besar-besaran, jemput saudara mara dengan jiran terdekat je" lantas puan Asyikin menganggukkan kepala
"Nanti mama bincang dengan pihak sana" aeryna hanya diam "sya pergi dulu" aeryna menyalam tangan puan Asyikin kemudian berlalu keluar dari rumah banglo tiga tingkat tersebut dan masuk ke dalam perut kereta Honda Civic miliknya
---------
"Sorry guys, aku lambat" aeryna menarik kerusi kosong sebelum melabuhkan punggung "rileks lah, kitorang pun baru sampai" ucap seorang perempuan
"Sya, kenapa muka kau muram je ni? Kau ada masalah ke? Kalau ada share lah dengan kita orang" aeryna memandang ke empat-empat kawannya "ada orang masuk meminang aku"
"Ouh" seperti sudah biasa mendengar berita tersebut "dah tu?, kau selalu tolak pinangan dorang kan" aeryna menggeleng "tak, kali ni mama aku terima pinangan tu" arisa medina sahabat aeryna yang sedang minum air itu tersedak
"Kau biar betul sya!?" soal Arisya izara terkejut "aku suruh mama aku cakap dekat pihak sana aku tak nak, tapi mama tak nak, dia paksa aku kahwin jugak" Aisy Nasiha mengusap bahu aeryna
"Hmm, bersabarlah eh? Mungkin dah sampai jodoh engkau" kata Aifah atau Radiya Aifah "aku takut, aku takut kalau dia kahwin dengan aku bukan sebab cinta dan kitorang tak bahagia"
"Ala sya janganlah sedih, apa kata kau buat solat istikharah minta jawapan dari allah" cadang arisa, aeryna hanya menganggukan kepalanya
"Dah dah dah, sekarang ni jom kita enjoy" aeryna tersenyum sebelum bangun dan berlaku keluar dari kedai tersebut bersama rakannya "kita nak pergi mana dulu?" soal risya iaitu Arisya izara
"Kita pergi main bowling nak tak?" aeryna memandang kawan-kawannya "boleh juga, jom!" aeryna dan kawan-kawannya bergerak menuju ke tempat bowling
Sesampainya di tempat bermain bowling mereka mendaftar masuk "so, siapa nak start dulu?" Aifah memandang ke arah Aisy "Aisy, kau mula dulu"
Aisy terus mengambil bola bowling tersebut sebelum membaling (membaling ke? Kalau salah tolong betulkan) bola bowling tersebut
"kalau yang dua tu jatuh, mesti aku dah dapat strike" aeryna menepuk bahu Aisy "boleh baling lagi tu" Aisy terus mengambil bola bowling dan membuat balingan kedua...
"Strike!"
----------
Malamnya....
"Sya, jom turun makan" aeryna yang sedang bermain telefon di atas katil terus bangun dan berlalu keluar dari biliknya dan turun ke dapur
"Mari makan" aeryna hanya tersenyum sebelum menarik kerusi dan duduk "ma, majlis nikah tu bila?" soal aeryna "lagi dua minggu" aeryna terkejut mendengar jawapan tersebut "dua minggu!?, cepatnya"
"Benda baik, lagi cepat lebih bagus" aeryna hanya diam sebelum mengambil pinggan yang berisi nasi yang dihulurkan oleh Puan Asyikin
"Mama dah bincang dah dengan pihak sana pasal permintaan Sya tu, tapi pihak lelaki tolak, diorang nak buat jugak majlis besar-besaran" aeryna memandang mamanya "kenapa dia orang nak sangat buat majlis besar-besaran?" Soalnya dengan dahi yang berkerut
"Katanya, Sya menantu pertama, jadi nak buat majlis besar-besaran" aeryna menghela nafas berat sebelum menjatuhkan kepalanya, aeryna memandang semula ke arah mamanya
"Ma, papa mana?" soal aeryna apabila tak melihat kelibat papanya "papa kamu biasalah" aeryna hanya menganggukkan kepala kerana faham akan papanya yang workaholic
"Dah makan cepat" aeryna kembali diam dan menyuap nasi ke dalam mulutnya, selesai makan aeryna membawa pinggannya yang kotor ke dapur
"Mama letak je, biar sya basuh" ucap aeryna "hmm, ye lah" puan Asyikin berlalu meninggalkan aeryna di dapur
"Haih, kenapalah mama paksa aku kahwin" aeryna berbicara sendiri "tapi siapa bakal suami aku, aku kenal dia ke?" aeryna mengeluh sebelum menyambung basuh pinggan dan mangkuk
Selesai membasuh dan menyusun pinggan dan mangkuk aeryna naik ke bilik "daripada aku fikir pasal bakal suami aku baik aku baca novel" aeryna pergi ke rak buku yang berada di dalam biliknya, Novel Dheo's menjadi pilihannya
"I miss my Dheo" aeryna mula membuka halaman pertama buku tersebut "Walaupun dah baca banyak kali, tapi tak pernah bosan"
----------
Keesokan harinya....
"Sya kamu dah bangun belum?, kalau dah cepat turun sarapan" laung puan Asyikin "ye ma, kejap"
Aeryna yang sedang baring di atas katil sambil membaca novel itu terus bangun dan menutup novel yang dibacanya
Kemudian berlalu keluar dari bilik, di meja makan terlihat seorang lelaki separuh abad sedang duduk sambil memegang iPad di tangannya
"Good Morning pa" sapa aeryna "good morning princess" encik Halim tersenyum memandang anak perempuannya
"Sya, mari duduk makan" aeryna memandang puan Asyikin yang baru keluar dari dapur, aeryna kemudian myamenjatuhkan punggungnya di kerusi sebelum mengambil pinggan berisi nasi yang dihulurkan oleh puan Asyikin
Usai menjamu selera, aeryna bangkit dan membawa pinggan kotor ke dapur dan mula membasuhnya, aeryna kembali ke biliknya selepas selesai membasuh pinggan mangkuk
Laptop yang berada di atas meja di capai sebelum dihidupkan, jari jemarinya mula bermain di papan kekunci laptop tersebut, matanya ralit memandang skrin laptop tersebut
YOU ARE READING
Rafael Ridzwan : Blood Love's
General FictionAeryna Aleesya seorang yang baik dan penuh misteri, aeryn terkejut apabila ibu bapanya beritahu bahawa ada orang yang masuk meminangnya, dia mahu menolak pinangan tersebut namun ibu bapa nya membantah Malah dia dipaksa untuk kahwin dengan Jejaka itu...