Kedengaran bunyi deruan angin sejuk menusuk rawan bertiup dari pendingin hawa bilik. Bilik itu keadaannya sungguh sunyi, bahkan bunyi deruan angin pendingin hawa yang sayup-sayup bertiup sepatutnya hanyalah menjadi bunyi latar, namun ia telah menjadi satu-satunya bunyi yang kedengaran dalam suasana di situ. Ami sedang tertidur lena, tenang diselubungi kelembutan dan kehangatan fabrik selimut dan cadar katilnya. Tiba-tiba, muncul sebuah bunyi baru, kedengaran dari luar pintu bilik. Bunyi itu pada awalnya sayup-sayup kedengaran, beransur jelas, mengelabui bunyi pendingin hawa itu tadi. Bunyi itu kemudiannya berhenti seketika, sebelum tombol pintu bilik dibuka. Bunyi pintu dibuka, membuatkan tidur Ami sedikit terganggu.
"Sayang, bangun sayang, mari makan... Dah malam ni..." kejut Mama, sambil mengusap pipi Ami.
Ami yang dikejutkan pun terjaga, matanya masih berkedip kecil, masih cuba menghilangkan rasa pening setelah baru sahaja bangun tidur. Dia kemudian membuka kecil matanya, menampakkan matanya yang ayu melihat Mama.
"Ma- mama... Uhmm... baik, mama..."
Mama pun membantu Ami duduk tegak di bucu katil. Dia pun memimpin tangan Ami keluar bilik, menuruni tangga, sambil Ami di belakang masih menggosok-gosok matanya.
"Pergi basuh muka dulu ya sayang, lepas tu duduk di meja, kejap lagi mama datang..." bilang Mama.
"Baik ma, mama nak pergi mana?"
"Mama nak ambil air untuk sayang la, sayang pergi duduk dulu, nanti mama bawakan air, lepas tu kita makan sama-sama, okay?"
"Ouhh, okay mama."
Ami pun pergi ke bilik air untuk membasuh mukanya. Dia membuka suis lampu dan memasuki bilik air. Dia membuka paip air, menadah air di tangannya, dan menyapunya pada mukanya. Pandangannya terus menjadi jelas dan segar. Kini, dia dapat melihat dengan jelas setiap perincian yang kelihatan. Namun begitu, benda-benda yang jauh masih kabur dalam pandangannya kerana sudah tentu dengan menyapu air pada mukanya sahaja tidak dapat menyembuhkan rabun jauhnya. Dia mengangkat wajahnya untuk melihatnya di cermin yang tergantung di hadapannya.
Ami kemudian kembali ke meja makan dan duduk di situ. Pada masa yang sama, Puan Azura keluar dari dapur dan menuju ke meja, membawa segelas air kosong. Dia senyum melihat Ami berjalan menuju ke meja.
"Macam mana, segar dah sayang mama ni? Nah sayang, minum air ni, mesti dahaga kan baru bangun tidur..."
"Terima kasih, mama..."
Ami meneguk air itu sedikit demi sedikit. Kali ini, dia sudah sangat segar, tiada lagi perasaan seperti terhuyung-hayang yang selalu dialami ketika baru bangun dari tidur. Dia meneliti meja dan mendapati bahawa terdapat dua pinggan berisi nasi putih, dengan semangkuk ayam masak kicap didampingi sepinggan telur dadar. Hanya dengan menyedari kewujudan makanan tersebut, barulah Ami dapat menghidu aroma masakan lazat Mama.
"Mama dah makan?"
"Belum, ni nak makan sekali la ni..."
"Haa, okay juga tu mama... Adelah orang nak teman Ami makan, takdelah Ami makan sorang-sorang, tak best..."
"Aww sayang mama ni... Okay, okay, jom makan..." Mama kemudian duduk bertentangan dengan Ami dan menceduk lauk.
Mereka pun makan dengan tenang. Ami kelihatan seperti sedang menikmati masakan ibu angkatnya.
"Macam mana? Sedap tak, sayang?"
"Mmm, sedapnya! Sebab ni la kami sayang mama!"
"Hehehe, makan kenyang-kenyang tau..."
"Macam mana application kamu? Ada dapat respon apa-apa tak?" soal Mama.
Ami merungut sedikit. "Takde ma, dah 3 uni Ami try apply overseas, tapi semua tak balas... Ni Ami rasa Ami nak try apply local jelah..."
YOU ARE READING
Diari Riri.
Romance--ONGOING-- Kisah tentang hidup seorang penuntut universiti lelaki yang berpewatakan feminin bernama Riri (once known as Ami) dalam perjalanannya bersama rakan-rakan dalam menelusuri pahit manis kehidupan. "Eee dia nii!! Tahu la kita ni omell, tapi...