Bab 14

27 4 0
                                    

*di cafe Café Florian, tempat mawar kerja*

Di cafe ini mawar hanya menjaga kaunter kerana dia sendiri juga tahu dia tiada bakat untuk membuat coffee 🤭. Hehehe

Mawar ralit mengemas meja kaunter yang agak bersepah, semua angkara pasangan suami isteri yang bergaduh tadi, habis semua tumpah. Haih

Ehem.

Mawar masih tidak menyedari ada seorang jejaka di depan nya

Ehem! Buat kali kedua nya.

Mawar tersedar

"Maaf encik.." belum sempat dia menghabiskan kata nya kening nya bersatu

Dareeq??

"Emm awak buat apa kat sini?" Tanya mawar

"Kenapa lah kau selalu tanya soalan bodoh macam tu mawar? Aku datang nak minum air lah.. kenapa buat kerja part time pulak ni?" Hish Dareeq ni.. kadang² dia akan jadi sawit gila, kadang² boleh jadi sesejuk peti ais

"Salah ke" aku hanya melihat nya sekilas, dan sambung kembali kerja ku

"Ada aku cakap salah ke? Hmm bagi aku cappuccino. And one more thing.. jangan nakal², aku jumpa kau dengan jantan lain.. tahu lah nasib kau" ucap Dareeq, mata nya menatap ku dengan tajam. Dah kenapa marah² ni? Baru lepas demam ke?

"Takutnya saya.. duduk lah sana dulu.." aku hanya membuat riak tidak takut .

"Tak boleh ke aku duduk sini dengan kau?"

"Buang tabiat ke?" Aku seraya menghalaunya dari meja kaunter. Dia ingat dia VVIP ke aku kena melayan 24 jam

Dia menghiraukan ku dan berlalu pergi

Setelah selesai kemas pesanan Dareeq sudah siap tapi bila aku lihat sekeliling, aik mana Arif ni..Arif ialah waiter di cafe ini

"Kak su..mana Arif?" Tanya ku pada kak su yang ralit membuat coffee.

"Arif? Arif pergi toilet jap..emm Mawar hantar kan sekejap Cappuccino ni boleh?" Ucap kak su. Aduh! Kenapa lah Arif waktu² ni dia nak pergi toilet.

Aku hanya akur..takut juga dipotong gaji nanti

"Baik kak.."

Sampai sampai saja di meja 23 iaitu meja si putera katak ,aku letakkan air nya perlahan Lahan

Selepas itu aku pun seraya pergi namun ada tangan yang sangat² gatal pergi memegang lengan ku. Nasib berlapik.. kalau tak Capuccino ni naik ke muka

"Jap." Dareeq seraya melepaskan lengan ku apabila melihat ku berhenti langkah

"Apa lagi..saya ada banyak kerja ni.." ucap ku bermalasan

"Kau duduk Mawar Zulaikha.. susah sangat ke nak tengok muka aku yang hensem ni?" Dareeq menarik lengan mawar sampai kan badan nya terhempas di bangku sebelah Dareeq

"At least bagi lah saya duduk elok².. takkan nak duduk sebelah awak kut.. bukan muka awak je saya tak nampak, bahu awak pun belum tentu.." ucap mawar menjeling sekilas

"Tu lah pendek sangat. Duduk lah depan tu"

Aku pun seraya duduk berhadapan dengan jejaka itu

"Kenapa awak panggil saya?" Tanya ku, sudahlah mood Dareeq teruk harini..aku-kau saja diguna kan.. mana honey? Sayang? Erghhh

"Macam mana? Dah bersedia?" Tanya Dareeq. Bersedia apa pulak?

"Bersedia untuk apa??"

Dareeq menghembus nafas nya perlahan² , tak mau pula dia memarahi budak terlebih nerd didepan nya ini.

"Untuk kahwin."

Gulp.

What? Untuk itu je kau panggil aku duduk depan kau ni. What the fish.. cakap jelah kau rindu aku Dareeq ruiz..

"Saya dah kira..semua nya 101 kali awak dah tanya kat saya benda tu..awak tak bosan ke?"
Ucap ku.

"Tak . Dah lah kau.. pergi sambung kerja". Dareeq menghalau ku. Tadi dia juga yang suruh duduk.

Sudah waktu nya balikkk.. mawar bersiap siap untuk balik kerumah nya.. sebelum melangkah keluar dari cafe itu dia sempat memesan grab.

Langkah saja keluar..

"Aku hantar "

Kedengaran suara Dareeq di sebelah nya. Aduhai.. apa lagi dia nak!!

"Mr Arang..please jangan kacau saya..saya tahu lah awak tunang saya tapi tak perlu lah buat macam ni.."
Ucap ku.

"Kalau aku tak risau pasal kau, siapa lagi? Tu lah degil.. Abi cakap suruh duduk rumah..kau pergi buat kerja part time pulak." Dareeq membebel .

"Jap.. awak ni dah kenapa? Buang tabiat ke? Selalu nya awak takkan ambik berat dekat saya." Aku terus terang saja apa yang didalam fikiran ku ini

"Aku kan tunang kau"

"Tu bukan tiket untuk awak buat semua benda ni.." ucap ku melihat nya sekilas

"Why not? Bukan aku buat benda yang tak elok pun..and nanti kita tak boleh jumpa 40 hari sebelum kawin."

"Bagus lah" ucap ku perlahan. Riak muka Dareeq yang tersenyum sinis tadi pudar.

"What?" Dareeq membuat muka tidak percaya. Baguslah tak jumpa..tak da buat maksiat, macam sekarang ni

"Tu grab saya dah sampai. Bye bye.." ucap ku berlalu pergi.

Dareeq hanya tersenyum , suka pula dia pada gadis kecil + pendek itu.

*Di sisi lain*

"Hadi..aku nak kau berlakon jadi grab nanti.."

"Hah? Kenapa tuan? Tuan nak pecat saya ke?"

"Kau jangan banyak tanya boleh tak? Kau cuma jadi grab kepada tunang aku."

"Baik bos"

Dareeq terus meletakkan panggilan itu.

*Butik tempat kerja Awina

"Puan..saya dah kira stok baju yang baru sampai tadi" ucap Awina tersenyum manis

"Thanks Awina.. emm kalau awak tak keberatan, boleh panggil saya mommy?" Puan Hayati pula tersenyum kali ini, puan Hayati hanya mempunyai seorang anak lelaki jadi dia teringin juga mempunyai anak perempuan..

"M-mommy? Boleh. Kenapa tiba-tiba?" Tanya Awina, sebab rakan sekerja nya tiada pula yang memanggil bosnya ini dengan panggilan mommy

"Saya takda anak perempuan.. jadi saya anggap Wina anak perempuan saya.. wina ok ke?" Tanya pula puan Hayati kepada Wina

"Ok je mommy.."

"Esok anak lelaki mommy nak singgah sini.. boleh lah berkenalan dengan dia" ucap puan Hayati, bersinar pula mata nya.. Wina pula segan silu.. entah kenapa dia boleh pulak rapat dengan bos nya daripada rakan sekerja.

Rakan sekerja Wina sangat lah sombong, kadangkala mereka juga ponteng kerja semenjak Wina masuk, mungkin kerana puan Hayati sangat rapat dengan Wina.

"Emm kalau macam tu Wina sambung kerja dulu, mommy.." ucap Awina meminta diri.

𝐌𝐫 𝐀𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐨𝐝𝐨𝐡𝐤𝐮?Where stories live. Discover now