𝐁𝐀𝐁 4

3.3K 138 3
                                    


PLASTIK ais ditangannya dituam ke kaki, Hilda meringis perlahan menahan sakit. Haidar menjeling Hilda yang sedang menahan sakit sebelum matanya kembali fokus ke pemanduannya.

"Macam mana boleh jatuh?" tanya Haidar, wajah Hilda tidak ditatap matanya masih fokus ke pemanduannya.

Hilda mengangkat muka menatap Haidar, perasaan takut mula ada didalam dirinya. Pasti dia bakal dimarahi jika Haidar tahu yang dia memeluk Shazril tadi.

"Hilda jatuh sendiri" bohong Hilda, dia tidak mahu dimarahi cukuplah tadi Shazril memarahinya sehingga dia menangis.

"Dah lah ketot, lepastu cuai pulak tu. Apa lagi eh hidden talent kau?" kata-kata Haidar mengundang jelingan dari Hilda, namun Hilda hanya membiarkan sahaja Haidar tangannya fokus menuam ais ke kakinya.

Hilda mendengar bunyi notifikasi di telefon bimbitnya, pantas tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar mencapai telefon bimbit. Wajah Shazril dan Hilda terlihat apabila Hilda menekan butang untuk menghidupkan telefon bimbitnya.

Haidar yang melihat foto mesra Shazril dan Hilda mengenggam kuat stereng kereta miliknya, menahan dirinya dari bertindak mengikut emosi. Hanya satu langkah dia salah dan dia akan kehilangan Hilda buat selamanya.

Notifikasi yang merupakan notifikasi dari group telegram universitinya itu dibuka, sebuah poster menghiasi matanya. 'Malam Layar Cinta ', bibirnya terjungkit senyum mungkin dengan cara ini dia boleh dapatkan hati Shazril kembali.

Dia dan Shazril selalu mengikuti festival ini untuk meluangkan masa berdua, mungkin dengan cara ini dia dapat memujuk Shazril.

"Yang kau ni tersenyum macam kerang busuk kenapa?" pelik Haidar melihat Hilda, Hilda hanya menggeleng perlahan telefon bimbitnya di letakkan ketepi. Senyuman masih mekar dibibirnya.




"Assalammualaikum, Atin! huwaa buka lah pintu woi!" Fatin yang berada di dapur terkejut dengan ketukan pintu yang bertalu-talu itu, pantas kakinya mengorak langkah menuju ke pintu utama rumah teres dua tingkat itu.

Terkejut dia melihat Hilda yang berada didalam dukungan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Haidar masuk ke rumah itu lalu baringkan Hilda di atas sofa yang berada ruang tamu, Fatin masih menatap Haidar dengan wajah terkejut dan binggung.

"Ouh, saya Haidar..tun-"

"Kawan. Kawan aku" Haidar menatap Hilda dengan satu keningnya dinaikkan, Hilda hanya menatap Haidar tak bersalah.

"Ooo saya Fatin, kawan si Hilda ni..tunggu lah kejap kita makan malam sama-sama. Saya tinggal nak angkat lauk aje ni" ujar Fatin, mata Hilda menjeling Haidar yang sudah tersenyum ke arahnya.

"Awak masak lauk apa Fatin? macam tahu-tahu aje saya lapar" sengaja Haidar ingin menyakitkan hati Hilda, wajah Hilda ditatap.

"Masak biasa-biasa  aje, sekejap eh saya siapkan makanan" Fatin berlalu ke dapur, Haidar duduk disamping Hilda wajah Hilda ditatap puas hati.

"Tak malu eh?"

"Haah, kalau malu lapar lah" jawab Haidar selamba, Hilda menjulingkan mata mendengar jawapan Haidar. Fatin yang berjalan ke meja makan membawa sebuah mangkuk besar ditegur Hilda.

"Kau masak apa Atin?" Hilda bangun dari sofa pantas Haidar memegang lengan milik Hilda agar Hilda tidak terjatuh, dia mengikut langkah Hilda yang berjalan sedikit demi sedikit ke arah meja makan.

Kerusi dimeja makan ditarik, lalu Haidar menolong Hilda untuk duduk di kerusi itu. Tangan Haidar mencapai getah yang digunakan buat mengikat lauk pauk, rambut Hilda diikat lembut oleh Haidar. Hilda menolak rambut hadapannya ke belakang telinga.

𝐂 | 𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now