𝐁𝐀𝐁 19

3.1K 120 9
                                    

7.3.2024, hari yang paling gembira buat Sakinah dan hari yang paling bala buat Haidar. Menikah dengan wanita lain selain Hilda tidak pernah sekalipun terlintas didalam fikirannya, apalagi wanita itu berstatus sepupu dengan isterinya.

Haidar masih terduduk dikatil  tidak berbaju dan hanya berseluar baju melayu putih yang dipakainya sewaktu dia menikahi Hilda, hari ini dia akan memakai lagi sekali baju ini buat menikahi wanita lain selain isterinya.

Pintu yang dibuka itu ditatap, Hilda yang memakai abaya berwarna biru cair itu ditatap penuh rasa marah. Dia dah Hilda sudah tidak bercakap sejak dua minggu lepas kerana hal yang terjadi antara dia dan Sakinah.

Mata Hilda menatap wajah kacak suaminya, pipi Haidar diusap-usap lembut namun tangan Haidar naik menjauhkan tangan Hilda darinya. Tangan Haidar digenggam erat oleh Hilda.

"Lambat dah ni abang..kenapa tak pakai baju lagi?" Tanya Hilda, Haidar hanya berdiam tidak bersuara. Baju Haidar yang terletak di atas katil itu diambil sebelum dihulurkan kepala Haidar.

"Cepat pakai, kesian Kinah tunggu lama" Haidar merampas baju yang berada ditangan Hilda lalu disarung ke badan, perlahan Hilda menghampiri Haidar lalu sampin yang tersangkut diraih sebelum Hilda memakaikan sampin itu pada suaminya.

"Hilda dah tengok dah Sakinah tadi.. cantik sangat dia, abang.." Ujar Hilda perlahan, sambil tersenyum dan membetulkan sampin suaminya. Mata Haidar tidak berhenti menatap wajah cantik isterinya yang berselendang hari ini.

"Tak secantik kau." Sengaja Haidar menggunakan 'kau aku' menunjukkan dia sedang marah, senyuman Hilda membuat dia lebih sakit. Hilda bahagia atas perkahwinan dia dan Sakinah?

Tangan Haidar tiba-tiba naik menyentuh lembut pipi Hilda, pipi lembut Hilda diusap lembut. Mata Hilda naik menatap mata Haidar yang menatapnya dengan pandangan dingin.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau siksa aku macam ni, Hilda? Kenapa kau serahkan aku pada perempuan lain?" Sebak Haidar bertanya kepada Hilda, matanya sudah mula berair.

Sakit, sakit sangat melihat isterinya yang paling dia cintai menyerahkannya pada wanita lain seolah-olah dia barang.

"No..Hilda tak serahkan abang pada wanita lain, Hilda cuma-"

"Kau paksa aku kahwin dengan Sakinah, kau gembira atas kesengsaraan aku..itu kau cakap kau tak serahkan aku pada wanita lain?" Laju Haidar memotong ayat Hilda, kesabarannya sudah berada di bahagian teratas.

"Abang, Hilda.." Air mata Hilda sudah berjuraian, sebak dengan apa yang dikatakan suaminya. Dia sayang akan suaminya, tak mungkin dia akan serahkan suaminya kepada wanita lain sesuka hati. Ini semua tentang maruah.

"Aku dah lambat, cepat keluar. Aku nak kau ada sebelah aku waktu aku lafazkan akad pada Sakinah." Haidar berjalan keluar dari biliknya meninggalkan Hilda sendirian. Hilda terduduk ke lantai, pecah tangisannya.

Sedih? Perkataan itu tidak cukup menerangkan perasaan Hilda saat ini. Dia sedih, kecewa, sebak, semuanya menjadi satu.

Perutnya yang tiba-tiba sakit disentuh perlahan, senyuman terukir dibibir Hilda. Perutnya yang sudah kelihatan sedikit membesar itu diusap lembut.

"Anak mama sedih juga ya? Jangan sedih, nanti sayang dapat ibu baru.." Bergetar bibir Hilda menyebut ayat itu sambil mengusap perutnya. Hilda bangun dari duduknya lalu air matanya diusap laju sebelum dia keluar dari biliknya itu.

Haidar yang sudah terduduk dihadapan Ghani itu ditatap dengan senyuman, Hilda mengambil tempat disamping Sakinah. Sakinah tersenyum manis pada Haidar dan juga Hilda, gembira dia akan menjadi isteri kepada Haidar.

Ghani menghulurkan tangan lalu disambut oleh Haidar, Hilda memejam mata tidak sanggup melihat suaminya yang akan menikahi wanita lain dihadapannya. Ghani mengucapkan akad kepada Haidar lalu dibalas oleh Haidar.

"Aku terima nikahnya Sakinah Ameera binti Abdul Ghani dengan mas kahwinnya RM200 tunai.." Jatuh air mata Hilda mendengar jawapan akad itu, pantas Hilda bangun menuju ke beranda rumahnya dan turun ke lama rumah.

Hilda duduk dipondok kecil dihadapan rumahnya, air matanya tidak berhenti mengalir. Sakit mengetahui dia akan berkongsi kasih selepas ini dengan sepupunya sendiri.

...

Malam menjelma, Hilda sudah bertukar memakai baju T-shirtnya bersiap sedia untuk tidur. Baru sahaja Hilda ingin masuk ke bilik suara Aini kedengaran.

"Eh Hilda? Mahu kemana kamu?" Tanya Aini, Hilda menunjukkan ke arah bilik sebelum menjawab.

"Masuk bilik, Mak Ngah" Jawab Hilda dengan senyuman.

"Kamu tidur bilik belakang aje lah ye? Yang kat bahagian dapur tu..malam ini kan malam Sakinah dan Haidar" Kata Aini tanpa rasa bersalah, belum sempat Hilda menjawab Haidar yang entah datang dari mana tiba-tiba menyampuk.

"Bilik tu bilik stor, berhabuk lagi..kau nak suruh isteri aku tidur tempat berhabuk dengan sempit macam tu? Kau tak nampak ke dia mengandung?" Jawab Haidar kasar, matanya merenung Aini tajam.

Sakinah yang terdengar semua itu cepat memeluk lengan Haidar dengan senyuman.

"Abang..kan ini malam pertama kita, biarlah Hilda tidur dekat bilik tu satu malam ni..ataupun tidur ajelah kat ruang tamu. Hilda tak kisahkan?" Sakinah menatap Hilda, Hilda bagaikan terkejut dengan perubahan watak Sakinah dan Mak Ngahnya.

Setahu dia Sakinah pemalu, tetapi kini dia bagaikan tiada rasa malu langsung mengatakan tentang malam pertama dia dan Haidar. Haidar menatap wajah Hilda menunggu jawapan, dia tahu Haidar mengharapankan dia mengatakan tidak.

"Takpe..Hilda tak kisah pun.., Hilda boleh tidur luar jangan risau" Jawab Hilda perlahan dengan senyuman kelat. Haidar hanya menggelengkan kepalanya menatap Hilda benggang, pantas Haidar menarik tangannya dari pelukan Sakinah dan berlalu ke biliknya, Sakinah pula mengikut Haidar ke dalam bilik.

Aini menatap Hilda sebelum dia berlalu pergi, Hilda menarik nafas panjang sebelum dia mengambil bantal kusyen lalu diletakkan ke lantai rumahnya. Badannya dibaringkan disitu, beralaskan tikar anyam.

Bohonglah jika dia katakan yang badannya tidak sakit, apalagi dia sekarang berbadan dua tetapi dia memang tidak boleh dengan habuk.

Baru setengah jam Hilda melelapkan mata, tubuhnya tiba-tiba terasa badannya diangkat. Hilda membuka mata apabila dia berasa badannya kembali dibaringkan.

Hilda melihat Haidar yang sedang memasang ubat nyamuk, Haidar rupanya yang mengangkatnya dan meletakkannya ke atas toto. Senyuman terbit dibibir Hilda, suaminya masih memikirkan dirinya.

Haidar tersenyum sambil mendekati Hilda sebelum dia berbaring disamping Hilda, pudar terus senyuman Hilda.

"Abang..kenapa baring sini? Pergilah tidur dalam bilik.." Kata Hilda perlahan, wajah Haidar ditatap.

"Aku nak tidur dengan kau." Jawab Haidar ringkas, berkerut dahi Hilda dengan jawapan Haidar.

"Abang, ini kan malam pertama abang..abang pergilah biarkan Sakinah jalankan-"

"Tanggungjawab dia? Tanggungjawab kau macam mana? Aku tak tuntut pun dari dia so tak wajib pun dia tunaikan, kau nak aku minta dengan kau?" Hilda gigit bibir sendiri mendengar jawapan Haidar.

Tangan Haidar menarik tangan Hilda lalu Hilda dibawa ke dakapan, rambut Hilda diusap-usap perlahan. Hilda yang sudah mula berair mata, memeluk erat tubuh suaminya.

Dahi licin Hilda dikucup lembut lalu perut Hilda pula dikucup.

"Abang sayang Hilda..abang sayang anak kita..you are my only love, Dear." Bisik Haidar sebelum dia memejamkan matanya sambil memeluk erat tubuh Hilda.

TBC.

𝐂 | 𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now