(06)

22 7 0
                                    

🎵Tiara Andini: -Merasa Indah-🎵

*disc*

author-nim tak buat chap tentang hari pernikahan sebab memang tak pandai buat AHAHHAHAHAHAHAHA, okay sorry tak lucu pun. jadi kita skip terus selepas hari pernikahan mereka.

lagipun ni first fanfic author jadi takut kalau perasaan tu tak sampai ke readers nim kita yang tersayang ni, next time author try buat and enjoy the story.

❗️disclaimer ❗️
•100 % FANFICTION.
•Nama-nama dan gambar yg diguna tiada kaitan dengan yg masih hidup atau yg sudah tiada, hanya imaginasi author sahaja ya babe.

☁️Only you☁️

dua minggu ialah masa yang cukup singkat untuk berkenalan dengan orang yang akan menjadi suami kita pada masa depan, sama macam situasi yang Ayora tengah alami sekarang ni.

pertama kali dalam hidup dirinya ketika bangun pagi dah melihat pemandangan yang menenangkan?

ya, manusia bernama Gabriel yang masih dibawah alam mimpi dengan tenang dan tak terusik sedikit pun yang sekarang berada di sebelah Ayora.

'tengah tidur macam ni kan elok, tenang je rupa dia.' bukan apa tapi Ayora pun mengaku kalau Gabriel ada aura dominan yang kuat.

taknak berlama lama memandang muka anak orang, Ayora pun bergegas turun dari katil terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.


kringggg *anggap ja bunyi alarm*

merasa terganggu dengan bunyi alarm yang berada disebelah atas meja, Gabriel pun bangun untuk menutup alarm lalu merenung sebentar.

'mama, betul ke yang Biel dah jadi laki orang sekarang ni' tanya Gabriel sendiri dalam hati.

'macam baru haritu je aku jalin hubungan dengan Wana, tengok tengok sekarang dah jadi suami orang lain.' sambung nya lagi.

'haish, apa kabar Wana sekarang eh? rindu pula dengan dia.'

lepas dirasa cukup merenung diri sendiri tu, Gabriel terus lari pergi bilik mandi untuk bersihkan diri sebab dah masa agak lambat untuk turun ke kolej nya.

selepas habis mandi dan bersedia untuk turun kolej, Gabriel keluar dari bilik nak menuju kedapur pangsapuri baru mereka.

"eh Gabi dah bangun? nak makan dulu tak?" tanya Ayora dekat Gabriel.

"ye."

dengan cepat Ayora menyediakan sarapan untuk Gabriel sebab taknak lelaki kecil itu kelaparan sebelum turun pergi kolej.

"nah, makan sampai habis tau" pesan Ayora sebelum sambung mencuci piring kotor kat singki dapur.

"hm" balas Gabriel.

Ayora pun mencuci piring dalam keadaan yang tenang dengan Gabriel yang tengah menikmati nasi goreng kicap buatan Ayora.

lelaki tu pun tak menyangka yang bahawa seorang CEO perempuan sangat handal dalam memasak. Gabriel ingatkan yang Ayora itu perempuan workaholic yang gila kerja dan tiada masa untuk mengurus hal rumah tangga.

isi perut Gabriel dah berazam yang dia nak merasa masakan macam ni setiap hari dalam hidupnya mulai sekarang sebab jujur dari hati Gabriel kata yang masakan ni ialah masakan tersedap kedua selepas mama Sera, bahkan masakan Wana pun tak sesedap masakan ni.

tengah terbuai dengan isi otak sendiri tanpa sedar yang masa dah terbuang lama dan dirinya masih menikmati makanan yang tersaji depan mata dengan terpaksa hentikan aktiviti yang dilakukan sebab memang dah lambat nak pergi kolej, kang ada yang kena dimerit.

"kak, tolong Gabi habiskan nasi ni." minta Gabriel dengan tergesa-gesa sebab dah sedar yang dia dah lambat untuk pergi ke kolej.

"ehh taknak habiskan ke?" tanya Ayora.

"Gabi dah lambat nak turun kolej, tolong je habis kan."

selepas Gabriel keluar dari rumah, Ayora rasa sikit kecewa sebab nasi buatan dia untuk Gabriel tak di habiskan oleh tuan badan.

'kenapa dia taknak habiskan, tak sedap ke dekat lidah dia hm?' tanya Ayora dalam fikiran dia.

~dalam kereta~

"adoi, sayanglah nasi tadi aku tak habiskan" rengek Gabriel dengan diri sendiri.

"bodohnya aku, kenapa aku tak minta tolong bekalkan je tadi hm." kata Gabriel mengutuk dirinya sendiri.

"kakakk~, Gabi lapar lah huu~" memang menyesal perasaan Gabriel sekarang ni sebab tak minta untuk bekalkan nasi tu tadi.

-
-

☁️Only you ☁️

-
-

situasi sekarang menggambarkan sembilan orang anak bebek tengah lepak dekat kantin kolej khusus untuk pelajar kolej tersebut sahaja. Sekarang ni panitia Kolej tak suruh melakukan apa apa aktiviti pembelajar sebab sudah hampir hujung tahun dan dah tiba masanya untuk festival sekolah dan majlis konvokesyen untuk pelajar tahun akhir.

btw anak bebek tu nama geng mereka, Theo yang buat sebab dia letih disebut dengan panggilan anak bebek dekat kolej hanya disebabkan mulut nya yang tak pernah berhenti membawa teh yang terjadi dekat kolej.

"kongrets awaknye yang dah ada istri sekarang ni." goda Hazel.

"aku tak sangka lah yang Miss Ayora tu secantik tu, kalau aku tau kan dah lama aku minta papa jodohkan aku ngan Miss Ayora." tambah Reyza untuk mengapi-api kan Gabriel.

"haha lucu sangatlah bang, bini aku tu." perasaan cemburu pun dengan tiba-tiba muncul tak tahu dari arah mana dalam hati Gabriel.

"bini awak memang bini awak, tapi yang kat situ dah putus ke belum?" sampuk Yohan.

"tak tahu lah Han, aku memang dah ada bini tapi dalam masa yang sama aku masih sayang kan Wana." ujar Gabriel.

"sukahati awak lah bang, malas Yohan nak melayan kisah cinta segitiga abang tu."

"baik dating ngan buku daripada melayan kisah cinta abang tu." ni lah salah satu sebab kenapa Yohan terlalu malas untuk bercinta walaupun umurnya sudah layak untuk masuk ke dunia percintaan tetapi lelaki cerdas itu hanya menumpukan minatnya dekat buku sahaja.

"sudahlah tu, jom pergi dewan." sela Mikhael.

"haah lah jom! aku dengar ada banyak awek cantik yang baru masuk kolej." Hazel kalau Mikhael pergi mana mana, dia dengan Theo wajib ikut sekali.

"heleh kau, kalau dengar pasal perempuan je laju kau." marah Harris.

"hehe."

selepas puas lepak dekat kantin, geng anak bebek pun berjalan menuju ke arah dewan kuliah untuk melihat-lihat awek cantik katanya. Tapi kenyataannya mereka tak main perempuan pun, itu semua hanya gurauan sahaja.

☁️Only you☁️

author notes 📝
•hii bby, author nim belum letak anything konflik bec we need to enjoy the flow dulu, jadi nanti bila suasana cerita tengah aman tentram baru kita push konflik AHAH, okay sorry tak lucu pun. okay lah tu dulu, byee✌🏻.

-Only you | Park Gunwook |Where stories live. Discover now