🎵Feby Putri: -Halu-🎵
❗️disclaimer ❗️
•100 % FANFICTION.
•Nama-nama dan gambar yg diguna tiada kaitan dengan yg masih hidup atau yg sudah tiada, hanya imaginasi author sahaja ya babe☁️Only you☁️
di pagi hari yang cerah, memang dah menjadi rutin Ayora sebelum turun kerja iaitu memasak, mencuci pinggan kotor dan yang pastinya memastikan suami kecil dia pergi ke kolej dengan sihat, kemas dan perut yang sudah terisi dengan sarapan pagi.
tapi tak macam biasa, Ayora rasa ada yang pelik dengan pagi ni. Ya, Gabriel belum bangun atau menunjukkan tanda tanda yang dia dah bangun. Tak seperti biasa, pukul 7 lebih Gabriel mesti dah menanti Ayora dekat meja dapur untuk makan.
mereka dah jadi lebih dekat sebab duduk satu rumah dan mestilah Ayora pun dah mula mengenal Gabriel dari segi apapun.
"eh? Gabriel belum bangun ke?" Ayora hairan sebab jarum jam dah menunjuk pukul 7:30, dan biasanya Gabriel dah turun kolej dah jam ni.
takut ada apa- apa yang dah jadi kat dalam bilik tanpa sepengetahuan Ayora, bergegas gadis muda tu berjalan kearah bilik tidur.
dibukanya pintu bilik tidur dengan perlahan, dari penglihatan Ayora, hanya ada Gabriel yang masih ada dekat di alam bawah mimpi. Ya, lelaki tu masih tidur dengan peluh yang membasahi muka tampan jejaka itu.
supaya tak membuat bunyi yang dapat menganggu Gabriel, Ayora melangkah seperlahan mungkin supaya tak membangunkan Gabriel.
Ayora yang sekarang tengah berada dekat depan Gabriel dengan lembut menapakkan tapak tangannya ke dahi Gabriel.
"sh, panasnya." gumam Ayora.
"demam lah budak ni" kata Ayora dekat dirinya sendiri.
dengan cepat Ayora keluar dari bilik tidur untuk sediakan air panas, bubur panas dengan ubat panadol untuk Gabriel.
bubur dah siap masak, air panas pun dah di campur dengan air sejuk supaya tak terlalu panas dan sapu tangan pun dah diletakkan kat dalam talam, dengan hati-hati Ayora bawa barang yang sudah disediakan kedalam bilik.
Ayora ambil keputusan untuk ambil cuti selama beberapa hari untuk menjaga Gabriel yang tengah demam.
☁️Only you ☁️
rasa sakit, pening, berdenyut, gelisah dan letih itu yang Gabriel rasakan sekarang. Nak bangun dari tidur tapi mata rasa sangat berat untuk dibuka. Dengan terpaksa, Gabriel menggerakkan anggota badannya dengan perlahan untuk mencari kedudukan yang dirasanya agak selesa.
Ayora yang berada kat sebelah Gabriel pun sedar akan pergerakkan kecil yang dibuat oleh lelaki tersebut. Dengan perlahan Ayora menggerakkan bahu Gabriel supaya lelaki tu sedar dari tidurnya.
"eungh" erangan kecil yang keluar dari bibir Gabriel yang bermaksud dia merasa terganggu dari tidurnya.
"Gabi, sakit ke?" tanya Ayora dekat Gabriel sambil diusapnya pipi lembut milik lelaki itu untuk menenangkan sikit rasa sakit yang dirasa olehnya.
perlahan demi perlahan Gabriel membuka matanya setelah nyawanya terasa balik masuk kedalam badan dan tuan badan baru sedar bahawa harini bukan hari cuti melainkan hari biasa dan dirinya dah lambat nak turun kolej.
"lah kakak kenapa tak kejutkan Gabi!" dengan panik Gabriel cuba untuk bangun dari katil tapi sempat ditahan oleh Ayora.
"Gabi tenang dulu! duduk balik!" kali ni untuk pertama kali Ayora menaikkan nada suaranya terhadap Gabriel, kecut juga keberanian lelaki tu nak melawan.
"kakak tanya, sekarang Gabi pening tak?" tanya Ayora dengan lembut.
"sikit."
"harini Gabi ambil cuti, kakak dah minta izin dekat mama Sera"
"kawan Gabi pun kakak dah bagitahu diaorang untuk tolong tanda kehadiran awak, lepastu katanya balik tengah hari nanti diaorang lawat Gabi." jelas Ayora.
"kalau nak sembuh cepat, pergi bilik mandi, mandi guna air panas, pakai baju nipis sikit lepastu duduk sini balik, makan bubur." lepas dengar penjelasan dari isteri manis dia tu, terus Gabriel pergi bilik mandi dah lakukan apa yang disuruh oleh Ayora sebentar tadi.
tak lama lepas tu, sekarang Gabriel dah berada dekat atas katil berhadapan dengan Ayora dekat tepi katil dengan rambut yang separa basah habis mandi.
awal mula Gabriel nak melawan Ayora yang meminta untuk menyuapi dirinya sebab Gabriel bukanlah budak kecil yang hanya disebabkan demam sedikit terus lemah semangat nak makan sendiri, tapi lama-lama pun dia kalah melawan Ayora dan berakhir diri dia disuap oleh Ayora.
selepas habis bubur buatan Ayora yang dimakan oleh Gabriel, Ayora terus mengemas mangkuk bubur untuk dibawa keluar dari bilik dan dicuci.
sewaktu Gabriel buka telefon bimbit miliknya, skrin depan telefonnya dah dipenuhi oleh notif dari Mamanya, kawan-kawannya dan Wana.
hp Gabriel:
"haish, macam tak biasa je diaorang ni kalau aku sakit." tak pernah hilang bersyukur Gabriel bila dia dapat kawan yang terlalu baik macam ni.terleka dengan gurauan kawan nya didalam chat, Gabrie tak sedar akan kehadiran Ayora.
"Gabriel, ada orang datang lawat awak."
"siapa kak?"
☁️Only you☁️
author notes 📝
• haii bebehh, ce teka sape yg datang melawat Gabriel? Maybe kawan die or Mama sera and papa Harith or Wana?
Tunggu lah kat next chap! byee AHAHAHAH👺
YOU ARE READING
-Only you | Park Gunwook |
Fanfictionpark gunwook fanfic story. "kalau boleh putar balik masa, Gabi nak kembali di waktu pertama kali kita berdua berjumpa." "kak, Gabi rindu.." -warn- • some bad words. • bahasa baku/non baku. • age changes. • wrote in malay/eng. • short chapter (100-10...