2

4 1 3
                                    

Petang ni kelab bola jaring ada latihan sampai pukul 5. Parah, dahla cuaca panas tapi apa nak buat. Tak lama lagi ada friendly dengan sekolah lain.

Raihanaa berjalan menuju ke padang setelah menukar pakaiannya. Tiba-tiba, terlanggar pula dengan seseorang. Tiang tnb mana pula muncul tengah-tengah jalan. Rupanya...

"Sorry, awak okey?"
"Oh uh, okey je"
"Lain kali jalan tu focus, bukan termenung. Nasib awak langgar manusia, kalau termasuk longkang macam mana?"

Banyak cakap pula mamat ni. Raihanaa hanya mampu mengangguk kepala.

"Aduh, yela yela. Panjang betul bebel"
"Awak nak kemana ni?"
"Padang, ada latihan bola jaring"
"Oh korang ada friendly kan minggu depan? Goodluck"

Dia hanya mengangguk kepala sekali lagi sebelum keningnya berkerut. Macam mana dia boleh tahu? Dia boleh baca fikiran orang ke?

"Aik, macam mana awak tahu?"
"Saya terdengar cikgu afifah cakap tadi dalam bilik guru"
"Oh... thank you"

Dia terus melangkah kaki dan beredar dari koridor dan akhirnya bertemu dengan Qaseh di padang. Mulalah latihan mereka sampai ke petang. Apabila latihan tamat, Raihanaa terus duduk di bangku luar sekolah menunggu ketibaan ibunya.

Qaseh sudah pulang dahulu, rakan-rakan yang lain juga dah balik tadi. Tinggallah dia berseorangan. Hingga dia terdengar bunyi tapak kaki di sebelahnya. Matanya yang tadi memandang kearah telefon bimbit di tangannya menoleh ke kiri dan dia bertentang mata dengan, siapa lagi, Ashraf.

"Awak tak balik lagi?" Soal Raihanaa
"Belum. Ada kelas tambahan. Awak ni pula cari penyakit ke duduk kat sini sorang-sorang?"
"Saya tunggu mak saya la"
"Yela tapi at least tunggu la kat dalam. Kat luar ni bahaya"

Mereka berdua berdiri di bawah bumbung luar pagar, masing-masing menunggu penjaga untuk datang mengambil. Tiada bunyi dikeluarkan. Senyap, sangatlah senyap, hingga suara garau itu didengari lagi.

"I never asked your name. Do you know mine?"
"Ashraf, Ashraf Hamzi. I think the whole school knows"

Ashraf tergelak kecil dan kepalanya menoleh kearah gadis di sebelahnya.

"Your name?"
"Raihanaa"

Ashraf terdiam, tetapi bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Cantik"

Suara Ashraf perlahan, tetapi cukup kuat untuk mencapai ke telinga Raihanaa. Gadis itu memandang ke arah Ashraf, terkedu.

"Apa yang cantik?"
"You and your name"

Anak mata Raihanaa terus memandang kearah lain, dia terdiam. Tetapi dia dapat merasa telinganya menjadi hangat.

Apa mamat ni. Betul ke ni Ashraf yang pendiam tu? Macam tak betul je, dia ada kembar ke?

Sebuah kereta hitam pun berhenti di hadapan pagar sekolah. Kereta ibu Raihanaa.

"Saya kena balik. Awak okay ke duduk sorang?"
"Okay je. Baliklah dulu"
"Bye Ashraf"
"Ash, call me Ash"

Gadis itu mengangguk kecil dan memasuki kereta. Tidak lama selepas itu, kereta tersebut mula bergerak. Raihanaa menyandar di kerusi dan matanya termenung ke bawah, senyuman kecil muncul di bibirnya apabila memikirkan hal tadi.

Ashraf pula, melihat keretanya hilang dari penglihatan dan kembali masuk ke pagar sekolah dan menaiki basikalnya yang terletak di tepi pagar. Sebenarnya dia balik dengan menunggang basikal tapi apabila dia melihat Raihanaa berseorangan, dia menunggu hingga Raihanaa pulang.

melted Where stories live. Discover now