chapter 8

410 18 1
                                    

"berani kau datang sini?", soal mawar.

"saja, nak tengok pejabat baru kau", balas encik patrick sambil melihat sekeliling.

"ke kau ada sesuatu? mustahil kau datang dengan tangan yang kosong", balas mawar. dia memandang gerak geri encik patrick tanpa berkelip mata sekali pun.

"patutnya aku perlu tanya kau soalan tu, kau ada sesuatu ke sampai ada dekat dunia nyata ni? bukan ke dunia kau kat tempat lain ke?", soal encik patrick. dia melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berhadapan dengan mawar.

"saja nak ikut penjenayah yang nak lari dari kesalahan dia", balas mawar sambil tersenyum sinis.

"tapi sampai sekarang tak tertangkap kan? kenapa eh?", soal encik patrick.

"sebab ni bukan dunia kau, dorang tak kenal kau pun", balas mawar.

"so aku tak dapat ditangkap lah kat sini?", soal encik patrick.

"tak, tapi yang pastinya, aku akan bunuh kau dengan kejam", tegas mawar. matanya menatap tajam mata patrick.

"lets see, kau yang bunuh aku, ataupun budak budak kau yang meninggal macam nadia", ujar patrick sambil tertawa.

"kau jangan nak apa apakan budak aku", tegas mawar lagi.

"ouh ya, tengoklah siapa dalam bahaya kalini", ujar encik patrick lalu beredar dari situ.

mawar berasa tidak sedap hati. dia segera menelefon amni.





amni berjalan menuju ke block B dimana arissa duduk. harini, dia nak berjumpa dengan arissa kerana arissa tidak membalas atau menjawab satu pun panggilan daripadanya. dia agak risau akan keadaan arissa. kelas pun dia tak pergi harini. gigih amni cari jadual kelas dia sampai menjenguk ke kelas dia.

tiba tiba phonennya berdering dan dia pun menjawab panggilan daripada mawar.

"hello kak, kenapa?", soalnya sambil memanjat anak tangga.

"amni okay ke? kakak risau kalau amni tak okay", ujar mawar dengan gelisah.

"amni okay je, kenapa akak tetiba tanya?", soal amni lagi.

"nothing, mana izzah?", soal mawar.

"izzah kelas, ni amni nak gi jumpa arissa-".

tiba tiba, bunyi kaca pecah membuatkan amni tersentak. dia segera mematikan panggilannya dan berlari menuju ke aras 2.

sebaik sahaja sampai dihadapan pintu aras 2, dia nampak serpihan kaca berselerak dihadapan pintu tandas itu. orang pun ramai berkerumun dekat situ namun dia tak mengendahkannya memandangkan arissa ada didalam bilik.

dia pun mengetuk pintu bilik arissa.

"arissa ada kat dalam?", soal amni dengan cemas. pintu biliknya dipulas perlahan. namun, arissa tiada dibiliknya.

amni pun segera berlari menuju ke tandas tersebut. beberapa orang pelajar ditolak ketepi bagi memberi laluan kepadanya.

"stop it wani!!", jerit arissa sambil menolak kasar tubuh wani kebelakang.

amni terkedu melihat keadaan arissa yang berlumuran dengan darah itu. and yes, itulah perempuan yang semalam tu dekat foodcourt. ada apa pula kalini?

"kau memang sengaja kan arissa?", soal wani sambil tersenyum. dia mencapai serpihan kaca yang ada pada lantai itu lalu menghampiri arissa.

amni segera mendekati arissa dengan pantas lalu memeluk erat tubuh arissa. dia terkedu saat serpihan kaca itu menusuk pada tangannya.

"amnii", ujar arissa dengan gelabah.

Somebody Else [gxg]✅Where stories live. Discover now