chapter 10

443 14 1
                                    

PA kepada encik patrick berlari pantas menuju ke bilik pejabat encik patrick.

"dah kenapa ni tasya?", soal encik patrick yang masih bersambil lewa didalam pejabatnya.

"irfawani dah kena tahan dengan black agent!!", ujar tasya dengan cemas.

mata encik patrick terbuntang. dia menghentak mejanya.

"irfa ni degil tanak dengar cakap aku", ujar encik patrick.

dia teringat akan perbualannya bersama dengan satu satunya anak perempuannya itu beberapa hari yang lepas.

wani menghentak mejanya dengan kasar membuatkan encik patrick terkejut dengan kelakuan anaknya itu. dia segera menuju ke bilik anaknya untuk memeriksa keadaan anaknya itu.

"irfa, apa jadi ni? kenapa sampai hentak hentak ni?", soal encik patrick.

"daddy, arissa taknak getback dengan irfa. pastu, dia ada girlfriend baru, amni", ujar wani sambil merengus geram.

"amni? budak mawar tu?", soal encik patrick.

"sape lagi kalau bukan budak budak mawar tu, irfa geram lah daddy. irfa tak kisah, irfa nak jugak si arisaa tu", bentak wani.

"irfa jangan buat benda macam macam eh dekat dia, ingat si arissa tu rapat dengan budak budak mawar", encik patrick memberi amaran.

"irfa tak kisah. irfa nak juga buat sampailah arissa dalam genggaman irfa. irfa-".

"irfawani, dengar cakap daddy kalini. kalau irfa tertangkap kalini, takde jalan keluar dah untuk irfa", potong encik patrick lalu keluar dari bilik irfa.

"um encik patrick? hello??", tegur tasya sambil memetik jarinya kearah encik patrick.

dia kembali ke alam nyata. dia memandang wajah tasya yang cemas itu.

"cari tempat persembunyian mawar secepat mungkin dan sediakan apa yang patut, nak tanak, kita kena selamatkan irfa dalam apa jua keadaan dan dapatkan si arissa demi irfa. selagi irfa tak dapat apa dia nak, selagi tu dia buat hal", ujar encik patrick.





izzah duduk berhadapan dengan wani. tidak dia sangka dia akan berhadapan dengan seorang jpk yang seharusnya menjadi penjaga dan tempat selamat untuk penghuni di kolej kediaman.

"irfawani, dah lama ke jadi pengikut patrick?", soal izzah.

wani hanya tersenyum memandang kearah izzah.

"aku tanya ni, jawablah", ujar izzah lagi.

mawar, arissa dan amni hanya melihat dari screen tv sahaja. dia hendak mendengar sendiri penjelasan daripada wani tentang kejadian serangan keatas arissa dan juga dia sebagai pengikut patrick.

"taknak menjawab? okay. soalan baru, amni cakap kau nak bunuh arissa macam mana kau buat dekat medina. so, kau ke pembunuh medina? apa kau buat?", soal izzah. dia memandang kearah wani dengan pandangan mautnya.

"kes medina tu?", soal wani sambil tersenyum.

"haah, ada apa apa nak spill ke? ", soal izzah.

"aku takkan bersuara selagi daddy aku tak datang menyelamatkan aku dari neraka ni", ujar wani.

"ooo patrick tu bapak kau? haa padanlah perangai bapak dengan anak serupa beghuk", jelas izzah sambil tertawa.

wani mendiamkan dirinya. masih taknak berkata apa apa kerana dia risau rahsianya akan terbongkar. begitu juga dengan rahsia ayahnya.

"okay, we have no choice instead of baca fikiran kau", ujar izzah lalu mendekati wani.

kepala wani dipegang dan dia pun mula masuk kedalam fikiran wani.

Somebody Else [gxg]✅Where stories live. Discover now