PRINCE JEEHA 25

6.5K 367 19
                                    

Terkocoh-kocoh Ros berlari mengekori Kim di belakang bila dia melihat lelaki itu membawa tong sampah menghala ke ruang hadapan istana. Risau pula dia nak memikirkan apa yang bakal berlaku nanti.

"Anong plano ni Sir Prince sa basurahan na iyon?" (Tuan Putra nak buat apa dengan tong sampah tu?) Sempat Ros menyoal.

Kim ukir senyum. Dia berdiri di sebalik dinding tepi pintu masuk ke dapur dan mengintai di situ. Melihat Dewi yang nampak senang hati, dia ketap gigi rapat.  Seronok kau ya bergelak ketawa lepas dah perdajalkan Bilanggo aku tadi. Kau tunggu kejap lagi. Kim mengangkat tong sampah itu tinggi. Bersedia untuk bertindak. 

"Gusto kong tumulong sa pagtatapon ng basura" (Saya nak tolong buang sampah ni) Balas Kim selamba.

Ros garu kepala yang tidak gatal sambil memandang Kim yang tersenyum penuh makna di situ. Entah apa yang tuan Putra tu nak buat agaknya. Dia kemudian melihat ke arah Permaisuri Zurin dan Dewi yang berjalan menghala ke dapur.

"Ros, kenapa berdiri kat sini?" Tegur Permaisuri Zurin bila dia melihat Ros tercegat di situ. 

"Ha, err.. saya buat kerja dulu tuanku" Ros terus beredar dari situ dan menyambung semula kerja nya yang tergendala tadi. 

Dewi pula mengekori di belakang dengan lenggang lenggok nya yang mengada-ngada. Mengalahkan lenggang lenggok itik saja gayanya. Kim yang bersembunyi di situ tadi, terus saja keluar. Penutup tong sampah dibuka dan dia terus meluru ke arah Dewi dan sekelip mata isi sampah di tuang ke atas kepala Dewi menyebabkan langkah Dewi terus terkaku di situ dengan mata terkebil-kebil.

"Argghhhhhhhh!!!!! Uwerrkkkkk!!! Uwerrkkkkkk!!!!" Tak semena-mena jeritan Dewi bergema di ruang dapur menyebabkan Permaisuri Zurin terkejut.

Bukan setakat terkejut, dia turut terkedu melihat kepala Dewi yang sudah dipenuhi dengan sampah. Bau busuk sampah sudah menyengat hingga ke rongga hidung. Pandangan Permasuri Zurin terus beralih ke arah Kim yang berdiri di situ dengan tong sampah di tangannya.

Ros juga turut terkejut sampai terlopong mulutnya melihat kepala Dewi yang sudah dipenuhi oleh sampah. Dia benar-benar tidak sangka ini rupa-rupanya yang hendak dibuat oleh Kim. Namun lambat-lambat dia ketawa geli hati di situ. Padan muka kau Dewi!

"Putra, what is going in here?" Soal Permaisuri Zurin tidak faham.

"Hei Kim! Apa kena dengan you ni hah!!!" Dewi sudah geli geleman di situ membuang sisa-sisa sampah yang melekat di rambutnya. Sumpah dia hendak termuntah di situ sekarang ini. 

"Bonda tanyalah dengan perempuan ni dia buat apa tadi" Balas Kim dengan senyuman sinisnya.

"Dewi buat apa pula?" Permaisuri Zurin jadi keliru dan tidak faham.

"I buat apa Kim? How could you do this to me!" Dewi membentak kasar. Kaki dihentak tanda protes.

"Perangai kau tu jangan nak berlagak sangat lain kali"

"I tak faham lah apa yang you cakap ni Kim!!" Dewi masih terjerit-jerit di situ. Rasa nak termuntah sudah dia sekarang. Dia benar-benar geli dan merasa jijik. 

"Putra, Dewi, apa yang berlaku ni?" Permaisuri Zurin masih lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya.

"Bonda tolong sekolahkan sikit telinga dan kepala otak dia ni nanti. Saya minta maaf kalau berlaku agak keterlaluan dengan anak saudara bonda ni. Tapi saya tak boleh nak berdiam diri bila dia berlaku biadap dengan Najeeha"

"You jangan nak main tuduh lah!"

"Aku tak tuduh. Kau nak menafikan lagi? Jangan sampai aku sumbat sampah tu dalam mulut kau pulak!"

MR PRINCE'S PRISONER [complete]Where stories live. Discover now