✧˚ ༘ CHAPTER 05⋆。♡˚

356 65 8
                                    

Seperti yang dirancang, hari ini Fahnaz akan bertolak ke bumi Itali bersama ahli Red Blood yang masih ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti yang dirancang, hari ini Fahnaz akan bertolak ke bumi Itali bersama ahli Red Blood yang masih ada. Tak lupa juga pada Fiona. Gadis itu pun pulang sekali.

Kini mereka sama-sama sudah berada di dalam kapal terbang. Kalau diikutkan, Fahnaz yang perlu pandu kapal. Tetapi disebabkan Fiona asyik menempel di belakang tubuh, Fahnaz terpaksa menyuruh anak buah lain yang bawa.

Fahnaz melihat Fiona di sebelah. Dari tadi dia hanya duduk tegak seolah-olah sedang bersama dengan cikgu disiplin. Padahal, sebelahnya adalah Fiona. Gadis naif yang perlu dijaga. Bukannya dengan gangster! Tapi apa boleh buat? Fahnaz bukan pernah duduk dengan perempuan serapat ini. Mirza aje yang pernah sebab itu adik dia. Haih.

Sedang Fahnaz ralit termenung, ada satu cuitan halus dibahunya. Langsung dia tersedar dan berpaling kesebelah. Fahnaz melihat Fiona dengan kening terjongket. "Kamu nak apa, Fiona?" Soalnya.

Fiona tidak menjawab. Sebaliknya, tangan dibawa ke perut lalu diusap lembut disitu. Dengan wajah yang beriak biasa membuatkan Fahnaz sembunyi senyum. Dalam hatinya menahan sengih suka. Kenapa comel sangat perempuan ni? Macam kanak-kanak minta makan je.

"Fiona lapar?" Fahnaz bertanya dengan gerakan tangan yang membawa masuk makan. Alah, dia bukan tahu sangat bahasa isyarat. Asal Fiona faham sudah. Lagipun, dia tak tahu sama ada Fiona betul-betul bisu atau dia takut nak keluarkan suara.

Soalan dari Fahnaz tadi dibalas dengan anggukan. Terus itu, Fahnaz bangun dan pergi mendapatkan makanan di bahagian ruangan dapur kapal terbang. Ada sedikit kudap-kudap. Boleh lah buat lapik perut Fiona sementara sampai ke bumi Itali.

Fahnaz kembali semula ke tempat duduk bersama makanan ringan yang dibawa. Lalu, dia serahkan pada Fiona yang menatapnya tanpa kelip. Semerta, Fahnaz canggung. Air liur diteguk berkali-kali. Sungguh dia katakan, dia tak boleh pandang mata Fiona. Matanya cantik seakan memukau. Aisy!

"Ambilah. Makanan ni je ada. Nanti sampai Itali, kita pergi makan benda berat," ujar Fahnaz lembut. Makanan itu tadi dia letak atas meja kecil di depan Fiona. Tak tunggu lama, Fahnaz berura-ura mahu pergi ke tempat kosong yang lain. Ada kerja Sir Han yang perlu diselesaikan.

Namun belum sempat Fahnaz mahu pergi, hujung bajunya ditarik kuat oleh Fiona. Sekali lagi Fahnaz hairan. Dia angkat kening pada gadis itu. "Kenapa?"

Mulut Fiona terbuka sedikit. Keningnya juga turut terangkat mahu bertanya. Dalam keadaan Fiona tidak bisa berbicara itu, Fahnaz mengerti apa soalan yang diajukan. Semestinya dia bertanya kemana Fahnaz ingin pergi.

Fahnaz hembus nafas berat. Dia tunduk sedikit merapati Fiona. "Saya nak pergi buat kerja saya dekat sana. Fiona duduk sini dan makan. Okey?" Perbualan tanpa bunyi itu diakhir dengan tanda thumbs up dari Fahnaz. Menyuruh gadis itu diam-diam saja di tempat duduk sehingga sampai ke bumi Itali.

Tanpa menunggu respon Fiona, Fahnaz langsung pergi ke kerusinya. Dilabuhkan punggung dan bersandar dengan penuh tenang. Laptop dan tab berjenama dia letak atas meja yang sudah tersedia dihadapan. Banyak lagi hal yang perlu diuruskan berkenaan dengan kes pemerdagangan ini.

CUSTODIAN Where stories live. Discover now