×4×

119 10 19
                                    

Sosok misteri itu terus mengeluarkan senjatanya dan menyerang kumpulan lelaki itu tanpa belas kasihan, darah terpercik sana sini. Dia menyerang mereka semua dengan kesemua tenaga yang dia ada. Habis bergelimpangan kumpulan lelaki itu terbaring di atas tanah dengan kesan luka dan lebam manakala sosok misteri itu sekadar memandang mereka dengan pandangan sinis.

"Si.. Siapa kau sebenarnya?" soal lelaki berbadan besar itu dengan lemah.

Sosok misteri itu bercangkung di sebelah lelaki itu. "Adakah kau pernah dengar tentang Charlatans?" Sosok misteri itu melontarkan soalan pula dan lelaki berbadan besar itu menerbeliakkan matanya.

"Na..Nanti! Kau adalah salah satu daripada mereka?!"

"Jadi kau tahu. Aku kata aku nak ke Genesis Cafe tetapi kau halang aku, sekarang biar kau rasa. Sampah macam kau ni memang patut baring kat sini," kata sosok misteri itu dan dia menyumbat rokok yang belum menyala ke dalam mulut lelaki berbadan besar itu secara paksa.

Lelaki berbadan besar itu cuba untuk melawan tetapi tenaga sosok misteri itu jauh lebih kuat.

"Kunyah. Makan. Aku akan bunuh kau kalau tak makan," ugut sosok misteri itu membuatkan lelaki berbadan besar itu pasrah.

"Bagus." Sosok misteri itu mengeluarkan satu botol alkohol dari beg pinggangnya dan menuangkan cecair ke dalam mulut lelaki itu.

Sosok misteri itu mengambil pemetik api yang diberikannya tadi manakala lelaki berbadan besar itu menjerit ketakutan sambil menggelengkan kepalanya tetapi satu patah perkataan tidak dapat difahami kerana sisa rokok yang masih memenuhi mulut dia berserta alkohol.

"Kalau kau berjaya hidup, kau kira bertuah dan ini amaran pertama aku jika kau berani halang sesiapa lagi. Biar kau tahu siapa yang lebih berkuasa di sini," kata sosok misteri itu lalu menyalakan pemetik apinya itu sebelum membakar mulut lelaki itu.

Lelaki itu menjerit kesakitan kerana mulutnya yang terbakar, sosok misteri itu berdiri dan berjalan meninggalkan lelaki itu terseksa.

"Menyusahkan orang," rungut sosok misteri itu, dia meneruskan perjalanannya ke sebuah kafe yang berada tersorok di dalam lorong itu.

Kedengaran lagu dan suara bergema di dalam kafe itu, lampu disko dan spotlight terpancar dari tingkap kafe tersebut.

Sosok misteri itu berjalan masuk ke dalam kafe tersebut dan terserlah beberapa pengunjung sedang berseronok dan menari tetapi kesemua pengunjung di situ memakai topeng masquerade berwarna hitam.

"Macam biasa," kata sosok misteri itu lalu menghulurkan kad kepada bartender yang berdiri disebalik kaunter minuman.

Bartender yang memakai topeng berbentuk anjing jackal memandang kad itu. "Silakan masuk, Osiris sedang menunggu."

Sosok misteri itu menganggukkan kepalanya dan mengambil semula kad itu, bartender itu menekan butang di bawah kaunter dan pintu rahsia terbuka disebalik rak minuman. Sosok misteri itu berjalan ke belakang kaunter dan memasuki pintu rahsia itu, menuruni tangga yang menuju sebuah pejabat.

Di dalam pejabat itu, terdapat seorang lelaki yang memakai topeng masquerade berwarna putih menghisap rokok. Pejabatnya mempunyai satu aura misteri  dan lampu merah yang menyinari pejabatnya menambahkan lagi keseramannya.

"Osiris," sapa sosok misteri itu.

"Ah, Seth. Akhirnya kau tiba." Osiris menoleh dan tersenyum sinis, tangannya memadamkan rokok di dalam bekas abu rokok. Mata Osiris menatap tangan Seth yang berdarah.

"Apa jadi dengan tangan kau?"

"Itu tidak penting. Kau ada maklumat yang aku nak?" soal Seth sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja Osiris.

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now