×8×

112 13 45
                                    

Beberapa minit sebelum itu..

"Berapa lama kita nak sampai?" soal Boboiboy.

"Dalam 20 minit lagi," balas Fang.

"Baiklah, aku nak pergi ke bilik jap. Nanti dah sampai, aku keluar." Boboiboy membuka tali pinggang keselamatan dan terus berjalan ke biliknya yang disediakan di dalam kapal itu.

Boboiboy memandang kiri dan kanan sebelum masuk dan mengunci bilik itu, Boboiboy menanggalkan topi dan jaket orennya dan letaknya di atas katil.

"Boboiboy kuasa dua." Boboiboy memutarkan jam kuasanya dan berpecah menjadi dua iaitu Gempa dan Halilintar.

"Hah, kenapa aku juga kau pilih?" soal Halilintar.

"Haha, bukan selalu aku dapat tengok kau berlakon. Kau tahu kerja kau, kan?" arah Gempa.

"Ya, aku tahu." Halilintar memakai jaket oren milik Boboiboy dan pergi ke bilik mandi untuk memakai kanta lekap.

Gempa tersenyum sinis, dia menarik keluar beg pakaian yang diletakkan di bawah katil. Dia mengeluarkan jaket hoodie dan topeng dari beg tersebut.

"It's show time," kata Gempa sambil memakai jaket hoodie itu.

Dia melabuhkan punggungnya di atas tilam dan mengambil telefon yang tersorok di dalam beg itu, menelefon seseorang.

"Helo, Osiris. Ini aku, Seth. Mereka nak datang, lebih baik kau bersiap sedia dengan apa yang aku nak." Gempa memberi arahan, suaranya kedengaran tegas.

"Aik? Bukan ke kau kata kau tak nak siapa-siapa bantu kau?" seloroh Osiris.

"Buat sahaja atau kau nak bisnes kau mati?" ugut Gempa.

"Haha! Okey, okey. Aku ikut arahan kau, aku tahu kau bakal tunjuk sebuah pertunjukkan yang menarik sebentar nanti. Aku ingin melihatnya," kata Osiris.

"Lebih baik kau tengok," kata Gempa sebelum mematikan panggilan itu.

"Aku dah sedia," celah Halilintar yang sudah bersiap menyamar sebagai Boboiboy.

"Bagus, kita boleh lakukan kerja kita." Gempa terus memakai topeng itu.

Halilintar dengan selambanya keluar dari bilik itu dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sepanjang perjalanan itu dan serangan Seth, Halilintar melakonkan sebagai diri pemiliknya seperti seorang pakar dan Osiris menonton pertunjukkan yang dilakukan oleh anak buahnya itu.

"Aku bangga dengan kau, aku tahu kau boleh buat." Gempa mengusap kepala Halilintar.

"Apa-apa sahajalah, kau tahu sakit aku kena tumbuk dengan kau!" marah Halilintar.

"Haha, maafkan aku."

"Boboiboy? Kau dah siap ke?" Tiba-tiba Yaya mengetuk pintu.

"Lebih baik bergabung sekarang. Aku tak mahu kita tertangkap," kata Halilintar lalu mereka berdua bergabung menjadi Boboiboy semula.

Boboiboy mengeluarkan keluhan dan meregangkan lehernya, dia menyembunyikan kanta lekap itu.

"Sekejap! Aku dah nak siap!" sahut Boboiboy, dia cepat-cepat memakai topinya dan berjalan keluar.

"Kenapa, Yaya?" soal Boboiboy.

"Oh, kami bincang tadi ingat nak bertapak di sini buat sementara. Tidak mengapa ke?" soal Yaya pula.

"Eh? Bukan ke tadi kita kena serang ke? Kenapa kita perlu bertapak di sini?" Boboiboy menerbeliakkan matanya.

"Kami bawa Stelthbot, mungkin Seth takkan perasan kapal kita ada di sini." Yaya membalas.

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now