Bunyi alarm berjaya membuatkan dia terjaga dari lena. Jarinya meraba-raba mencari telefon pintarnya dan setelah itu dia pantas menolak ke tepi ikon stop di skrin telefonnya. Dia kembali lena.
Tidak lama kemudian, pintu diketuk berulang kali.
"Cik Leia, dah pukul 11 pagi ni. Bangun cik Leia."
Dia yang sedang diulit lena kembali terjaga buat kali kedua. Mendengarkan suara itu, dia merengus kuat.
"Ye lah, I bangun dah ni!" Jawabnya.
Terpisat-pisat matanya menahan kantuk. Mana tidaknya, dia pulang ke rumah semalam hampir jam 3.30 pagi. Semuanya akibat dia pergi ke kelab untuk ber-party.
Dia membuka pintu. Terpampang sosok tubuh pembantu rumahnya di depan pintu bilik.
"Baju cik saya dah sediakan. Cik Ain tadi bagitau yang cik ada lunch sama puan Mariam hari ini."
"Tak habis-habis nak ajak makan sekali. Dia tak tau ke hari ni hari minggu? Bagilah I tidur lama sikit." Bentaknya seraya turun ke dapur.
Air susu yang sudah sedia terhidang di atas meja diambil lalu diminumnya hingga habis. Dia kemudian menikmati yougurt buah berry sambil melihat berita terkini melalui tabletnya.
"Cik hari ni mahu makan malam di sini atau di luar?" Soal kak Sari, pembantu rumahnya.
"Luar. Kak Sari boleh balik awal hari ni."
Pembantu rumahnya mengangguk. Itulah rutin hariannya setiap hari. Jika majikannya makan di luar, maka dia tak perlulah bersusah payah untuk memasak dan dia juga dapat pulang awal ke rumah. Begitu juga pembantu-pembantunya yang lain.
Selain kak Sari yang bertugas untuk memasak dan menyediakan pakaian untuk majikannya, ada juga kak Rianti yang bertugas untuk membersihkan kawasan rumah. Walaupun rumah dua tingkat, tetapi hanya Leia dan kak Rianti sahaja yang berada di rumah. Kak Sari pula akan pulang ke rumahnya selepas selesai semua kerja.
"Nanti kalau si Ain tu dah sampai, suruh dia tunggu kat luar macam biasa. Aku bersiap kejap." Ujar Leia kemudian berlalu naik semula ke kamarnya.
"Baik, cik Leia."
Ain atau nama penuhnya, Nur Ainna merupakan setiausaha merangkap sahabat baiknya sejak zaman mereka di universiti lagi. Disebabkan Ain datang daripada keluarga yang susah, Leia lah yang banyak membantu Ain sehingga dia dapat sambung belajar di luar negara bersamanya.
Selepas bersiap, dia turun ke bawah menuju ke kereta. Tepat sangkaan dia, sahabat baiknya sudah terpacak di tepi keretanya.
"Kau balik pukul berapa semalam, cik Leia Arissa?" Soal Ain.
Leia mencemik. Nak membebel lah tu!
"Jangan nak membebel lah. Kau pun ada sama jugak malam tadi kan. Mana kereta kau? Naik grab?" Soalnya lagi.
"Ha'ah kereta aku rosak. Jadi terpaksalah naik grab untuk sementara waktu ni."
Leia memakai kasut tingginya. Kemudian dia menyerahkan kunci ke tapak tangan Ain.
"You can use my car for now. Rumah kau kan jauh daripada MRT. Takkan tiap hari pergi balik naik grab." Kata Leia lalu berlalu masuk ke dalam kereta. Tanpa menunggu Ain, dia terus memandu keluar dari perkarangan rumah banglo dua tingkat miliknya itu.
"Haih..bestnya jadi orang kaya. Bagi pinjam kereta macam bagi pinjam baju. Ni dia tinggalnya aku kat sini sorang-sorang. Dia jugak yang ajak teman jumpa puan Mariam." Gumam Ain.
*
*
*
*
YOU ARE READING
Renjana Arjuna (on going)
Fantasy"Nama saya bukan Leya tapi LEIA!! L.E.I.A!!! LEIA ARISSA!!" -Leia Arissa "Baiklah jika begitu, kita panggil Arissa saja."-Arjuna Leia Arissa. Hidupnya dipenuhi dengan kekayaan, namun semua itu tidak mampu untuk membahagiakannya. Hidupnya terasa k...