Bab 5

2 0 0
                                    

Bunyi alunan muzik itu berjaya menyadarkan Leia dari lena.

Matanya memandang sekeliling, kamar yang dia huni tidaklah sebesar biliknya namun tatariasnya cukup kemas dan tersusun rapi. Kesemua perabot baju dan meja diperbuat daripada batang buluh yang diikat. Tempat pembaringannya juga hanya beralaskan tikar mengkuang. Anehnya, dia berasa nyaman dan tenang. Sungguhpun cuaca di luar begitu terik dek sinaran matahari, namun tidak terasa panasnya bila dia di dalam ruang kamar ini.

Leia memerhati bukaan tingkap dan lubang angin yang banyak di sekeliling kamar. Mungkin disebabkan itulah, kamarnya terasa nyaman kerana pengudaraan serta pencahayaan semula jadi yang baik.

Leia perlahan-lahan bangun dan melangkah keluar dari kamar. Kepalanya terasa begitu berat sekali.

Tatkala dia melangkah keluar, matanya sekali lagi terpesona melihat kekemasan rumah ini. Seperti rumah zaman dahulu kala!

Atau mungkin ...

... macam rumah limas! Ya! Rumah limas yang dia pernah lawati semasa dia kecil dahulu.

Tiada televisyen. Tiada sofa. Tiada kipas. Tiada lampu. Hanya ada pelita kecil yang digantung di beberapa sudut.

Yang paling penting...

Tiada pendingin hawa!

Ahh walaupun tiada pendingin hawa, keadaan rumah masih terasa sejuk dan nyaman.

Leia berjalan lagi meneroka kawasan rumah lalu telinganya terdengar bunyi di luar rumah.

Pantas Leia pergi ke tingkap.

"No wonder sejuk. Lantai gantung rupanya."

Dia menoleh ke bawah, kelihatan seorang lelaki bertubuh kekar sedang berlatih silat seorang diri.

Leia ralit melihat kelincahan lelaki itu bersilat sampai dirinya tidak sedar diperhati dari jauh.

"Namanya Arjuna."

Terperanjat Leia dibuatnya apabila satu suara menerjah dari belakang tubuhnya.

Seorang gadis yang berambut ikal mayang sedang tersenyum kepadanya. Timbul lesung pipit di kedua-dua belah pipinya yang mulus itu. Nampak gayanya dia seperti seorang gadis berumur lingkungan 13 tahun.

"Arjuna?"

"Ya, Arjuna. Pahlawan terulung di kerajaan Ayuthia."

Leia mengerut keningnya. Tidak pernah juga dia dengar nama kerajaan Ayuthia. Kerajaan ayah pin dia tahulah.

"Can I know how and why I'm being here?" Soal Leia.

Berkerut wajah gadis itu. Pantas Leia menukar bahasa Melayu semula.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?"

Wajah gadis itu masih berkerut. Mendengarkan beberapa perkataan yang tidak pernah dia dengar. Agaknya memang benar telahan abangnya bahawa wanita ini gusti dari kerajaan lain yang tersesat ke sini.

"Sudah satu malam gusti tidak sadarkan diri. Gusti tak ingat?"

Kali ini wajah Leia pula yang berkerut. Cuba untuk mengingati semula kejadian semalam.

"Ohh shit...!"

"Kenapa gusti?" Tanya gadis itu.

"Nothing! err..tak ada apa. Lagi satu, nama aku bukan gusti. Tapi Leia. Leia Arissa."

"Baik,Liya."

"Kenchana, sudah berapa kali aku pesan untuk mengelarnya sebagai gusti. Sudah lupakah kau?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Renjana Arjuna (on going)Where stories live. Discover now