Sebelum dia masuk ke dalam pub, dia melihat pantulan dirinya di cermin kereta. Malam ini Leia memakai baju crop top hitam dipadankan dengan skirt hitam pendek atas lutut. Kebiasaannya dia memakai dress satin namun malam ini dia memilih untuk memakai sedemikian.
Kak Rianti tidak mampu untuk bertingkah. Lain yang disediakan, lain pula yang dipilih oleh Leia.
Topi hitam di kepalanya diperbetulkan lalu dia masuk ke dalam kelab.
Biasanya Ain akan menemaninya untuk enjoy di dalam kelab. Nak ajak Zahim? Memang bernanahlah telinganya nanti kena ceramah.
Leia memesan air lemon soda dan hanya duduk di bar. Kalau dulu, dia dan Ain akan menari hingga tak ingat waktu namun sekarang hatinya tidak teringin untuk membuat demikian.
Kemudian telefon berdering, tertera nama Zahim.
"Hello"
"Assalamualaikum. Eh Leia kau kat kelab ke? Kau pergi dengan siapa tu?"
"Soranglah dengan siapa lagi" Leia terpaksa menaikkan nada suaranya disebabkan suasana bising di dalam kelab menyukarkan untuk dia mendengar suara Zahim di hujung talian.
"Kan aku dah kata tadi terus balik. Tak elok kau sendirian kat situ."
Leia terus mematikan panggilan. Bukan dia dapat dengar pun suara Zahim.
"Hi dear, sorang je ke?"
Datang seorang lelaki berjaket kulit hitam.
Leia tidak memperdulikan lelaki itu. Namun lelaki tersebut berterusan menganggunya.
"Janganlah jual mahal. Come dance with me, pretty. "
Leia menjadi lemas dengan kehadiran lelaki itu di sebelahnya, mahu atau tak dia masuk juga ke ruang menari bersama-sama penghuni pub yang lain. Lelaki tersebut hanya memerhatikan tingkah Leia dari jauh. Dia memanggil pelayan bar.
"Kau dah letak apa yang aku suruh letak tadi?"
"Dah bos."
Lelaki itu menyerahkan sampul bewarna coklat berisi duit kepada pelayan tersebut.
Jerat mengena.
Lelaki itu kemudiannya memanggil Maleq dari jauh. Ternyata Maleq telah lama berada di dalam kelab tersebut. Menunggu mangsa untuk masuk ke dalam jeratnya. Dan targetnya hanya satu,
Leia Arissa.
Leia pula semakin lama semakin asyik menari mengikut rentak lagu. Kepalanya terhuyung-hayang seiiring dengan irama lagu yang dimainkan oleh DJ. Setelah penat, dia kemudian dihidangkan segelas air oleh lelaki itu lagi.
"You're such a good dancer, pretty. Here's your drink."
Leia yang tidak boleh berfikir secara normal ketika itu hanya mengambil saja gelas dan meneguknya dengan rakus.
"Slow down."
Lelaki itu menuang lagi air arak itu ke dalam gelasnya. Leia meneguknya lagi hingga dia berasa mabuk. Kepalanya terasa melayang-layang. Tubuhnya pula terasa seram sejuk. Sesuatu rasa yang aneh berlaku kepada dirinya.
Kemudian, Maleq datang dan merangkul pinggang Leia. Dia ingin membawa Leia pergi dari kelab itu.
"Woi! Jahanam kau!" Jerit Zahim
Zahim terus menghadiahkan penumbuknya tepat ke muka Maleq. Kemudian dia tendangnya pula perut Maleq.
Maleq pula tidak berdiam diri, dia turut sama ingin menghadiahkan penumbuk sulungnya namun sasarannya meleset kerana Zahim bijak untuk mengelak. Teknik silatnya ketika dia menuntut bersama datuknya sejak kecil digunakan untuk mengajar Maleq.
YOU ARE READING
Renjana Arjuna (on going)
Fantasy"Nama saya bukan Leya tapi LEIA!! L.E.I.A!!! LEIA ARISSA!!" -Leia Arissa "Baiklah jika begitu, kita panggil Arissa saja."-Arjuna Leia Arissa. Hidupnya dipenuhi dengan kekayaan, namun semua itu tidak mampu untuk membahagiakannya. Hidupnya terasa k...