18

168 9 2
                                    

Sesampai didepan rumah Encik Ahmad, Mawar memarkirkan kenderaannya dihadapan rumah sebelum keluar dari kereta lalu melangkah menuju ke dalam rumah. Dia sempat mengetuk pintu sebelum membuka

Dia menjerit memanggil ayahnya. Tiada sahutan. Takkan baru pukul 8 setengah dah tidur. Dia kenal ayahnya.

Mawar berjalan menuju kedapur. Bagaikan gelap dunia gadis itu apabila melihat kelibat ayahnya terbaring dengan darah dilantai dapur. Pisau yang menikam perut ayahnya masih disitu. Diperut.

Dia jatuh terduduk dilantai. Perlahan lahan dia mendekati ayahnya. "Ayah.."

"Si-siapa b-buat ayah ma-macam ni?"  Tersendu sendan gadis itu dibuatnya. Apakah malang nasibnya.

"Ke-kenapa nasib Airis macam ni ayah," dia memejamkan matanya sebelum kembali dibuka. Menahan air mata dari jatuh. Kepala didongakkan. "Ya Allah. Kenapa berat sangat ujian aku Ya Allah," menangis teresak esak Mawar disitu

Maknya sudah pergi sekarang ayahnya pula.

**
Selepas pengebumian, Mawar memandu balik kerumah. Cukuplah satu hari dia tinggal dirumah ayahnya yang penuh dengan kenangan itu. Dia terpaksa balik rumah Wirfan

Laju Mawar memandu sehingga tiba dirumah Wirfan. Dia melangkah masuk. Kelibat Wirfan yang sedang memasak menyapa pandangannya.

Dengan perlahan lahan dia mendekati suaminya. Walau apapun terjadi Wirfan tetap suaminya. Dia memeluk pinggang Wirfan.

Wirfan yang terkejut itu laju menepis. Kuat sehingga gadis itu menyerang kesakitan. Wirfan berpaling kearah isterinya. "Ya Allah, sorry. Abang tak tau yang tu sayang. Ingatkan Rin," balas Wirfan.

"It's okayy abang," senyuman manisnya dihadiahkan kepada Wirfan. "Cornflake pergi mana semalam?" Tanya Wirfan risau. Sempat dia menutup dapur gas sebelum menarik isterinya ke meja makan.

Duduk dilabuhkan. "Pergi rumah ayah je. By the way.." dahi Wirfan berkerut. Kenapa tetiba berhenti?

"By the way apa cornflake?"  Tanya Wirfan minta disambung. "By the way ayah dah takda," gadis itu menunduk.

"Ayah takda? Pergi mana? Dia jalan jalan tak ajak sayang ke?" Soal Wirfan. Mawar kembali mengangkat kepalanya lalu matanya menikam tajam bebola mata suaminya. "Ayah dah lepak underground bukan dia pergi jalan jalan. Asal yang bangang sangat abang ni?" Marah Mawar. Dah tau bangang janganlah tunjuk.

"Ha? Lepak underground? Macam mana tu?" Tanya Wirfan lagi. Dah macam orang bodoh pula. "Subhanallah walhamdulillah abang! Ayah dah meninggal dunia!" Beritahu Mawar dalam nada betul betul marah.

"Ouu, HA? BILA?" Terbeliak mata jejaka itu apabila mendengar kenyataan tersebut. Mawar menepuk dahi sebelum membalas "Semalam. Kena straight to the point baru faham eh?" Wirfan tersengih. Untuk para readers jangan crush dekat Wirfan. Dia tak pandai baca hint.

"Innalillahi wainnailahi roji'un," ucap Wirfan. Airina yang berada ditangga tersenyum sinis. Dia tahu siapa yang bunuh.

"Ni abang masak apa?" Tanya Mawar menukar topil. "Ouhh abang buat makanan favourite sayang. Asam pedas dan kuih semperit. Abang rindu sayang tadi."

Mawar menjeling manja suaminya itu "Mengada," balas Mawar membuatkan Wirfan tergelak kecil.

Airina yang masih berada ditempat yang sama mengepal penumbuk menahan marahnya. "Kau tunggu kau", ujar Airina seorang diri lalu melangkah menuju kebilik tidurnya

**
Malam menjelang dan sekarang mereka sedang makan malam. Dimeja tu ada Wirfan, Mawar dan Aureestella. Airina? Dia kata dia tak sihat padahal tadi elok saja.

Mawar yang telah habis makan itu bangun dari duduknya lalu menuju kesinki untuk mencuci tangan sekaligus mencuci pinggan. Aureestella turut bangun dari duduk sebelum mendekati Mawar. Dia juga sudah habis makan.

Setelah mencuci pinggan mangkuk, Mawar mengambil keputusan untuk masuk kebilik dan tidur. Dia sungguh tidak larat harini. Setelah dua beranak itu naik keatas, kelibat Airina menyapa pandangan Wirfan yang sedang menghabiskan makanan.

Airina melabuhkan diri bersebelahan dengan Wirfan. Mata tidak lepas memandang jejaka itu. Lama Airina pandang Wirfan sehingga Wirfan bersuara "kau nak apa?" Tanya Wirfan kasar.

"I nak bagitahu sesuatu," balasan daripada Airina itu membuatkan Wirfan mengerling sekilas gadia disebelahnya itu.  Kening diangkat tinggi.

Airina merapatkan bibirnya ketelinga Wirfan lalu berbisik sesuatu. Tersentak Wirfan apabila mendengar 'sesuatu' itu.

"Boleh kan?" Tanya Airina setelah menjauhkan diri daripada telinga suaminya. "Tapi ke-"

"Boleh ke tak? Itu je yang I nak tahu. Jawablah cepat," potong perempuan itu. Laju Wirfan mengangguk. Airina bangun lalu melangkah masuk kedalam bilik tidur yang dia tumpang tidur itu.













Mls nk typ pepnjng 🗿

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now