PADA pagi yang cerah ini, Luna sedang bersarapan dengan abang keduanya, Riel. Mereka berdua selalu bergaduh tetapi, kadangkala mereka boleh menjadi perhatian antara satu sama lain. Berbeza dengan abang pertamanya, Rizz yang selalu manjakan Luna dan berikan layanan seperti seorang puteri.
"Woi! Mummy ada bagitahu apa-apa tak kat kau?" Tanya Riel kepada adik perempuannya, Luna.
"Hah?" Soal Luna pula dek otaknya blur dengan pertanyaan abangnya, Riel.
"Cakap jelah.. ada tak?" Tanya Riel kepada Luna lagi.
"Takda pun, kenapa?" Soal Luna.
"Emm.. lebih baik kau tahu sendiri nanti. Aku malas nak bagitahu.." kata Riel sambil menayangkan muka smirk.
"Tiberh.." balas Luna sambil membuat rolling eyes.
Luna malas nak hadap Riel lama-lama. Jadi dia makan dengan pantasnya, kemudian terus pergi tanpa bercakap apa-apa.
Luna masuk ke kolej. Seperti biasa, kawan baiknya akan tunggu Luna di tempat parkir kereta. Luna melambai kecil ke arah kedua-dua orang kawan baiknya, Harith dan Mikha. Lantas dia menghampiri Harith dan Mikha yang berada di tempat parkir kereta.
"Hai, lama ke korang tunggu?" Tanya Luna.
"Haah. Lama gila. Aku sampai keluar masuk tandas lagi. Tunggu kau punya pasal," jawab Harith ingin bergurau.
"Tak ada lah lama mana.. setakat macam tunggu ayam jantan bertelur je.." perli Mikha.
"Ha.. aku cakap elok-elok, korang nak main-main pulak. Kang, kena kang.." ujar Luna sambil mengepal buku limanya.
"Eleh.. rilex lah. Aku dengan Mikha main-main je.. lagi pun kita orang baru je sampai.." balas Harith sambil mengukirkan senyuman kerang rebusnya. Lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Dah jomlah masuk class, nanti Ms. Hazel tu mengamuk pula," ajak Mikha.
"Ha. Yalah.." kata Luna akur.
Sesampainya Luna, Harith dan Mikha dihadapan class, mereka bertiga mengatur langkah kaki masing-masing untuk masuk ke dalam class. Mereka bertiga bernasib baik kerana mereka sampai pada tepat waktu. Pada masa yang sama, mereka juga bernasib baik kerana Ms. Hazel belum masuk ke dalam class.
Mereka sudah melepaskan nafas lega. Lalu mereka mengatur langkah untuk duduk di barisan belakang.
Beberapa minit kemudian, Ms. Hazel pun sampai. Seraya class pun bermula.
Kini, kelas bersama Ms. Hazel pun tamat. Luna, Harith dan Mikha melangkahkan kaki masing-masing untuk keluar dari kelas.
"Huh.. penatnya. Bosan gila dho.." ujar Luna selepas dia melangkah keluar dari kelas.
"Memanglah.. siapa je yang tak bosan kalau Ms. Hazel asyik call dengan Dr. Hilman je.. mentang-mentanglah mereka tu dah kahwin," kata Harith sambil membuat poker face.
"Ya dho.. tapi kan, aku pun nak tahu juga. Nak merasa juga macam mana, ada girlfriend. Maklumlah, aku ni kan tak laku," mula dah Si Mikha ni.. nak acah-acah sad konon. Macam dia inilah paling tidak laku.
"Ramai je yang nak dekat kau.. tapi itulah. Kau yang tolakkan.. dah berapa kali kau tolak? Tolak sebab 'awak terlalu baik untuk saya' lah.. itu lah, ini lah. Macam-macam." Luna mula membebel.
"Bukan apa.. tapi aku ni kesian dekat Harith. Nanti dia lonely. Maklum jugalah, dia kan tak ada orang nak." Seloroh Mikha selamba.
"Kau pernah dengar sound Najib yang ni tak?" Soal Harith lalu memberi Mikha mendengarnya.
"Kepala bapak kau."
Mikha sudah tersengih seperti kerang busuk setelah mendengar sound yang dimainkan oleh Harith sebentar tadi.
"Eleh.. aku gurau je. Hehe." Kata Mikha sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tapi bosan juga.. nanti kau tak boleh enjoy life kau dengan tenang. Lagi pun, semaklah kalau ada boyfriend or girlfriend ni.. lebih baik single. Single forever!!" Ucap Luna.
"Cakap je lebih sekali kau kahwin dulu.." kata Harith sambil menyilangkan tangannya di dada.
"Takkan.. selagi umur aku belum 25 tahun aku tak nak kahwin.." ujar Luna.
"Dah lah tu.. aku dah lapar, nak makan." Ucap Mikha setelah dia mendengar perutnya yang sudah berbunyi ingin diisi makanan.
"Yalah.. jom lah. Kita pergi Cafeteria," ajak Luna.
"Jom!" Kata Harith. Matanya sudah pun bersinar-sinar.
Sesampainya mereka di Cafeteria, malangnya tempat untuk mereka duduk sudah tiada. Semuanya penuh. Mereka hanya berpusing-pusing di dalam Cafeteria itu untuk mencari tempat duduk.
Tiba-tiba ada satu suara yang amat Luna kenali yang sedang memanggil namanya.
"Luna!" Jerit Riel dari jauh.
Luna mendengar sayup sahaja suara itu dek kawasan di dalam Cafeteria yang ramai orang dan bising dengan pelbagai suara dan bunyi.
"Alunna!" Jerit Riel lagi.
"ZARITH ALUNNA EZZARA BINTI MEGAT IMRAN SI KPOPERS!" Panggil Riel.
sentap lansung mendapat ramai perhatian di situ..takkan Luna tak dengar kan..Luna mencari pemilik suara itu..dan abang keduanya..Luna datang ke Riel sambil malu sebab ramai pandang, diikuti dengan Harith dan Mikha di belakang..
"Apa ni. Jangan lah jerit-jerit.." ujar Luna kesal.
"Huh.. habis, aku panggil macam biasa kau pekak. Duduk sini je.. terpusing-pusing macam budak kecik hilang mainan," ucap Riel.
"Ish..huh.." keluh Luna sambil menahan amarahnya.
Lantas Luna melabuhkan punggungnya untuk duduk dihadapan Riel. Harith dan Mikha pula melabuhkan punggung mereka disebelah Luna. Luna makan seperti biasa. Tetapi dijeling tajam ke Riel sebab buat Luna malu..
"Sudah-sudahlah tu.. aku panggil kau ni pun bersebab. Sebabnya, ada benda yang aku nak cakap," beritahu Riel kepada Luna.
"Apa dia?" Tanya Luna ingin tahu.
"Aku nak cakap yang kau kena tahu ni sekarang supaya kau tak terkejut beruk nanti." Kata Riel.
"Apa benda? Cakap jelah.." ujar Luna.
"Kau kena kahwin 2 bulan lagi," ucap Riel selamba.
"Uhuk! Uhuk! What?!" Habis tersedak Luna dibuatnya.
YOU ARE READING
Izack Aqief: His Obsession
RomanceZarith Alunna Ezzara atau dikenali sebagai Luna seorang pelajar perempuan yang suka membazir duit dengan hal yang tidak penting. Dia selalu boros. Dia menghabiskan duit hanya semata-mata untuk membeli pakaian, beg dan barang hiasan. Dia anak kepada...