Chapter 2

11 2 0
                                    

" Eh dam, asal dengan kepala kau ni tetiba keluar benjol " tanya Aiman sambil mengerutkan keningnya.

" Hmm ? Ouh ni ? Aku terlanggar pintu " Aku cuba memberi alasan yang tidak masuk akal.

" pebende kau merepek ni, pintu rumah kau tu pendek sangat ke sampai boleh terlanggar " tanya Aiman sekali lagi. Dia memegang dan membelek-belek kepalaku.

" Ehh dahlah, btw mana Yad ? Daripada tadi aku tak nampak batang hidung dia " tanyaku sambil menepis tangan Aiman. Aiman memandang ke suatu tempat nak mencuihkan bibirnya.

" Tu dia dengan Nani, tengah belek-belek skrip emcee "

Aku hanya mengangguk tanda paham. Aku pun berlalu meninggalkan Aiman untuk meletakkan beg aku di kelas. Sampai sahaja di kelas, aku mengeluh perlahan.

' Another day, another hell ' aku bermonolog sendiri.

*kringggg*

Aku memandang ke arah loceng dan mula keluar dari kelas untuk beratur di dataran. Biasalah hari Isnin, perhimpunan harian ape lagi. Aku pun mencari barisan kelas aku.

" Eh dam, jarang kau datang awal " tanya Zaim, classmate aku.

" Ayam aku beranak kat sebelah telinga aku pagi tadi, tu yang TERRRRbangun awal " balasku.

Zaim memandangku pelik dan menggaru kepalanya. Dia memandang ke suata tempat. Tepatnya kepala aku.

" Eh dam, ape kau bergusti dengan parent kau ke ? " tanya Zaim dengan nada melawak. Aku hanya tersenyum dan mengganguk melayan.

Setelah sedekad mendengar pengetua berucap, kami pun berpusu-pusu masuk ke kelas. Aku melihat jadual kelas dan membuat muka annoyed.

' kenapa sial sangat hari aku harini, aduh subjek cikgu Zul masa pertama ' Aku menggaru kepalaku walaupun tidak gatal.

Sebaik sahaja cikgu Zul masuk ke dalam kelas, ketua kelas mengarahkan kami untuk bangun memberi salam dan sewaktu dengannya.

" Baiklah, macam biasa homework cikgu dah siap ? " Dan macam biasa aku tidak siapkan.

Orang pertama cikgu Zul pandang mestilah aku, anak murid FAVOURITE dia.

" Adam ? Dah siap ? " sambil menyengih. Aku pun menyengih balik kepada cikgu Zul.

" Macam biasa cikgu, tentulah tidak " Cikgu Zul mengeluh dan sudah agak dengan jawapan yang akan diberikan oleh Adam.

" Siapa yang tidak siap, sila berdiri dan buat sampai kamu siap " Nampaknya bukan aku seorang saja yang berdiri, ade jugaklah lima orang yang berdiri. Tak adelah aku sendiri.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JALAN KEMBALIWhere stories live. Discover now