P R O L O G

11.2K 492 39
                                    

Dunianya hilang untuk seketika.

2012,

"Shazrin harus jadi seorang abang yang kuat, demi adik-adik." Lembut suara Nek Jah berkata bersama suara yang menahan sebak.

Shazrin Ammar seorang remaja yang baru berusia 12 tahun. Di usia yang masih muda dan mentah dia harus menerima sebuah kehilangan. Serpihan daging yang bersepai di atas jalan raya dia lihat bersama nafas yang tersekat. Ya Allah, kenapa Engkau mengambil ibu dan ayah aku terlalu awal? Kini, dia hilang tempat untuk bergantung. Dia masih tidak bisa menerima kenyataan bahawa serpihan daging yang hancur di atas jalan raya itu adalah milik Encik Abdullah dan Puan Aminah.

Dia masih tidak percaya bahawa ibu dan ayah yang terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori. Kejadian tragik itu di katakan berpunca daripada brek yang gagal berfungsi dengan baik. Akibatnya, ketika dia ingin mengelak daripada melanggar orang awam.

Di sebabkan elakkan itu, dia tidak sengaja terlanggar sepasang suami isteri yang di percayai baru sahaja ingin pergi ke pekan.

Badan kedua suami isteri itu pula terseret sehingga hancur menjadi serpihan daging.

"Ya Allah, aku tak kuat." Bisiknya bersama linangan air mata.

Baru pagi tadi, mereka satu keluarga solat berjemaah bersama-sama. Bergurau senda dan bersarapan satu keluarga.

"Kami berdua hendak pergi ke pekan. Nak daftarkan abang dekat sekolah baru." Lembut suara Puan Aminah berkata.

Kata-kata itu membuatkan dia semakin serba salah dan menyalahkan diri sendiri. Andai sahaja dia tidak di lahirkan sebagai seorang anak penghidap disleksia. Dia yakin, adik-adiknya tidak akan menjadi anak yatim piatu. Semua salah dia, dia memang seorang anak yang membawa nasib malang.

"Abang anak sulung ayah. Abang orang pertama yang ajar kami menjadi seorang ibu bapa. Abang anak yang paling kami banggakan. Abang adalah pelindung untuk adik-adik." Kata Encik Abdullah bersama senyuman manis.

Kata-kata dari ayah juga masih segar di ingatannnya. Di sebabkan perkara itu, Encik Abdullah dan Puan Aminah bertekad untuk mandaftarkan dia ke sebuah sekolah khas untuknya.

"Abang, kalau umur ayah dan ibu tak panjang. Abang kena janji dengan ibu. Abang akan selalu lindungi adik-adik. Sebab abang adalah anak pertama yang paling kuat. Ibu sayang abang..."

Kata-kata dari Puan Aminah itu juga masih dia ingat. Ya Allah, kenapa sekarang?

"Saya nak kutip sendiri serpihan daging ibu dan ayah saya. Saya nak mandikan mereka. Saya nak solatkan mereka untuk kali terakhir." Kata Shazrin kepada seorang pengawai polis yang bertugas di situ dengan nada tegas.

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now