B A B 1

8.1K 454 19
                                    

Dia abang, dia banyak berkorban.

2024,

"Shazrin!" Suara nyaring daripada Muhammad Asfan Najmi membuatkan jejaka itu berhenti menyampu sampah di halaman rumah milik lelaki itu.

Dia memandang Asfan bersama senyuman kecil yang sedang mendekatinya. Telefon pintar di suakan kepada sahabatnya itu.

"Abang, abang boleh nampak tak muka Ana?!" Jerit Nurin Shazana yang sedang teruja melambai si abang.

Shazrin Ammar tertawa kecil sambil menyentuh skrin telefon itu. Rindunya dia dekat Nurin Shazana hanya Allah sahaja yang tahu.

"Abang nampak Ana. Ana dekat mana tu?" Kata Shazrin Ammar lembut.

Nurin Shazana senyum.

"Ana baru aje habis kelas. Nak pergi makan. Abang sihat?" Kata Shazana pula.

Shazrin Ammar mengangguk.

"Abang jangan lupa makan tau." Pesan Nurin Shazana.

Sekali lagi Shazrin Ammar mengangguk.

"Abang nak sambung buat kerja ni. Nanti Ana telefon lain kali, kesian Asfan kena pegang fon ni lama-lama." Kata Shazrin Ammar pula.

Nurin Shazana mengangguk bersama senyuman.

"Bye abang! Ana sayang abang. Tak sabar nak balik cuti semester ni!" Ucapnya penuh teruja.

Shazrin Ammar tergelak kecil. Itulah Nurin Shazana. Setiap hari dia akan membuat panggilan video menggunakan nombor Asfan supaya dapat melihat dia secara langsung.

"Abang tunggu Ana balik. Assalammualaikum." Kata Shazrin Ammar lagi lalu Asfan mematikan panggilan.

Asfan memandang sahabatnya itu bersama gelengan kecil.

"Kenapa kau pandang aku macam itu?" Soal Shazrin Ammar lalu menyambung kerjanya.

Asfan menyimpan semula IPhone 15 miliknya ke dalam poket seluar.

"Shaz, kau bukannya tak mampu nak beli telefon yang canggih. Cuma kau aje yang tak nak beli." Kata Asfan.

Shazrin Ammar yang mendengarkan kata-kata dari sahabatnya itu mengukir senyuman kecil.

"Mahal lah Fan, aku ni ada adik-adik yang kena tanggung. Maaflah susahkan kau, nanti aku bayar sebagai caj sebab guna fon kau bila adik-adik aku call." Jawab Shazrin Ammar pula.

Kedua tangannya lincah menyiapkan kerja.

"Ya Allah, ke situ pula kau fikir Shaz. Kau tak pernah susahkan aku lah. Alaa, aku belanja lah kau beli telefon baru." Kata Asfan sambil angkat sebelah kening.

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now