Chapter 44 |MAHBUB? |

477 21 0
                                    

"Abang, adik balik," sayu sahaja suara yang keluar dari mulut Keysha. Gadis itu berjalan perlahan maju ingin memeluk tubuh si abang yang sudah bertahun- tahun tidak jumpa  tapi Farrel selangkah berundur dan berpaling setelah itu melangkah naik ke tingkat atas meninggalkan adiknya yang terkail-kail. Keysha memandang badan abangnya yang mula lesap dari pandangan, air mata mula menitik.

Aku yang melihat ketegangan di hadapan mata kini mula maju dan memeluk gadis itu ketat.

"Mungkin abang Farrel terperanjat nanti akak pujuk dia." Tangan naik mengusap belakangnya.

Keysha menolak sedikit badan aku" Awak siapa?" Soal gadis itu hairan sambil mengusap air mata yang jatuh ke pipi. Senyuman kecil di calik.

"Akak isteri abang awak." Jawab aku. Gadis itu memandang hairan.

"Kenapa pandang akak macam itu?"

"Betul ke? Abang saya dah kahwin? Biar betul?" Bertuli-tuli soalan dilontarkan. Pandangan aku tidak lepas memandang Keysha, cantik, putih, tinggi dan sempurna muka juga ada iras suami aku cuma suami aku rambutnya lurus dan tidak terlalu hitam warna rambutnya sedikit lain pula dengan Keysha yang rambutnya hitam pekat dan tebal dan sedikit kerinting di hujung rambut.

Aku menggeleng kepala apabila sedar diri tengah mengelamun ," Keysha pergi rehat nanti malam kita makan malam sama-sama okey? Abang kamu masih terkejut dan badan dia juga masih belum sembuh sepenuhnya, nanti akak cakap pada dia dan cuba pujuk dia," lembut sahaja suara aku memujuk. Aku memandang tepat pada matanya.

Perlahan Keysha melangkah dan terus memeluk aku," Keysha minta maaf sebab biadap tadi sebab Keysha tak percaya yang abang Farrel dah kahwin. Dia dari dulu susah suka pada perempuan dan akak lah cinta pertama dia,"

"Ada saja kamu ni Keysha," kami berbalas senyuman dan Keysha mula melangkah naik ke bilik yang sudah bertahun ditinggalkan dan kini tuannya sudahpun tiba semula.

Aku mengorak langkah ke dapur untuk masak apa yang ada,"Masak sajalah apa yang ada, yang ringkas." Kata aku sendirian. Satu jam bertungkus lumus untuk menyiapkan lauk untuk makan malam berlalu dengan cepat. Aku mencabut apron lalu menyangkut pada tempatnya kembali setelah itu aku terus mendaki tangga menuju ke bilik yang menempatkan aku dan Farrel. Sambil aku berjalan langkah berhenti di sebuah bilik tetamu. Pintu tidak tertutup. Bukan ke aku sudah tutup kesemua bilik di rumah ini?

Aku menolak sedikit pintu itu... tiada apa dan tiada sesiapa di dalam. Aku berjalan keluar dari bilik dan menutup kembali bilik itu. Kaki teruskan berjalan di tingkat dua untuk menuju ke bilik aku dan Farrel. Apabila sampai betul-betul di hadapan pintu bilik, tangan naik mengetuk dedaun pintu sebelum membuka pintu itu apabila tiada sahutan dari dalam. Penglihatan aku terpancar sekujuk tubuh terbaring membelakangi.

"Alaa tidur patut senyap," Aku mencapai tuala dan terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Tiga puluh minit berlalu berlalu aku keluar dari tandas bersama baju siap di badan hanya rambut yang hampir kering dibetulakan sedikit.

Aku berpaling memandang katil, "Abang dah bangun?" Tegur aku dan melangkah ke arahnya apabila lelaki itu sudah pun terjaga dari lena.

Aku melabuhkan punggung di atas katil disebelahannya. Aku menjenguknya sedikit apabila Farrel menunduk memandang lantai.

"Abang kenapa ni?" Lembut sahaja soalan yang dilontarkan. Dia sakit ke?

"Abang okey? Ada sakit di mana-mana?" Soalan yang di tanya tenggelam bersama kesunyian kamar.

"Okey, take your time sayang turun dulu nak pergi panggil adik ipar sayang turun makan," ujar aku sambil berdiri. Baru sahaja aku mahu melangkah tangan aku di capai olehnya lalu menarik ke dalam dakapannya.

MR.BLACK HODDIE (C)Where stories live. Discover now