04

11 2 0
                                    

DIA membaringkan tubuhnya di atas tilam yang empuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA membaringkan tubuhnya di atas tilam yang empuk. Penat. Seharian berjalan. Kata nak bawak makan tengah hari , tahu-tahu lepas makan malam baru Naura dihantar pulang.

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk !" Arah Naura yang masih dalam posisi baring.

"Pergi mana , malam baru balik ?" Soal Umi.

"Keluar dengan bakal menantu mama." Balas Naura lalu mengubah posisi jadi duduk. Umi turut duduk disebelah Naura.

"Aik , hari tu kata tak nak jumpa." Kata Umi.

"Dia yang datang. Nak halau nanti kurang ajar." Balas Naura.

"Macam mana ? Dah bersedia esok ? Nak jadi tunang orang ?" Soal Umi.

Naura diam.

"Entah lah umi." Balas Naura , hairan.

"InshaAllah , Taufiq ni jodoh yang terbaik untuk Naura. Umi doakan. Setiap kali habis solat , umi selalu doakan Naura dijodohkan dengan lelaki yang baik." Kata Umi.

Sebak.

"Terima kasih , umi." Ucap Naura seraya memeluk tubuh Umi.

"Dah pergi mandi , lepastu tidur. Esok nak kena bangun awal." Pesan Umi lalu berdiri.

"Goodnight, umi." Ucap Naura.

"Goodnight , sayang." Ucap Umi lalu menutup pintu bilik Naura.

Naura termenung. Betul ke keputusannya ? Tak nak lari ke esok ? Tapi Taufiq nampak macam baik. Banyak soalan yang bermain difikirannya. Dia menggelengkan kepalanya seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berdiri lalu mengambil kain tuala dan bersihkan diri sebelum tidur. Malam terakhir sebagai seorang anak dara.

***

DIA memegang erat sejambak bunga yang diikat kemas denga reben. Dia menatap dirinya dihadapan cermin. Cantik. Pakaian serba putih , bertudung.

"Terima kasih , Naura sebab sudi jadi kakak ipar aku." Ucap Iman seraya memeluk Naura dari belakang.

"Pembetulan. Aku baru jadi tunang abang kau , waktu tunang apa-apa saja boleh terjadi Iman." Balas Naura.

"Aku doakan yang baik-baik. Kau doakan yang buruk-buruk." Kata Iman , tak puas hati.

"Mana ada aku doa yang buruk-buruk. Aku sentiasa doa yang terbaik untuk aku." Balas Naura.

"Nanti dah kahwin , senang lah aku nak lepak rumah Abang Fiq sampai ke malam. Tak adalah aku bosan." Kata Iman.

"Tak ada. Aku sibuk kerja." Balas Naura.

"Eleh , kata jelah kau nak berdua dengan abang. Tak sabarnya nak pegang anak buah !" Kata Iman , teruja.

"Banyaklah kau anak buah." Balas Naura seraya mencubit manja lengan Iman.

"Dah jom lah turun , semua dah tunggu dekat bawah." Ajak Iman selepas baca mesej dari ibunya.

Naura tilik lagi dirinya di hadapan cermin. Jantungnya berdegup laju. Nervous. Pintu biliknya dikuak perlahan , mula terbuka luas oleh Iman. Dia perlahan-lahan menuruni satu persatu anak tangga. Pemegang tangga dihiasi dengan kain putih dan bunga palsu. Dia memegang pemegang tangga. Tanggan kirinya pula erat menggengam tangan Iman.

Kini semua mata tertuju ke arahnya. Debaran kian terasa. Aish. Dia kini bergerak , menyalam semua tetamu wanita termasuk bakal mak mertuanya. Selesai salam menyalam , dia bergerak duduk di atas pelamin kecil. Ibu kepada Taufiq mula bergerak ke arahnya.

"Assalamualaikum, aunty." Ucap Naura seraya mencium tangan wanita berusia itu.

"Panggil mama je." Bisik Mama Taufiq. Baik orangnya , sopan.

Naura menganggukkan kepalanya. Tangan Mama Taufiq naik memegang tangan Naura , cincin disarungkan di jari Naura. Ini cincin yang dibeli oleh mereka semalam. Kini cantik disarungkan di jarinya. Naura menyalam tangan wanita yang lebih berusia itu.

"Mana Taufiq , mama ?" Soal Naura , matanya meliar mencari kelibat Taufiq.

"Maafkan Taufiq ya nak , Taufiq tak dapat datang sebab dia ada kerja. Tapi dia kirim salam." Balas Mama.

Hatinya sedikit kecewa. Dia terlalu menaruh harapan. Sakit. Sikit.

"Maafkan Fiq ya , Naura." Kata Mama seraya menggosok belakang Naura.

"Tak apalah , mama. Nanti nikah jumpa juga." Balas Naura.

"Nikah ? Kenapa tak nak jumpa nanti ?" Soal Mama.

"Bukan apa. Naura dah tetapkan rules , untuk jumpa dia waktu tunang dengan nikah je , sebab Naura betul-betul nak bercinta lepas nikah." Balas Naura.

Mama mengangguk tanda mengerti. Dia mengukir senyuman manis.

"Terima kasih sebab pilih anak mama." Ucap Mama.

"Sama-sama , mama." Balas Naura.

"Mama pergi makan dulu ya." Kata Mama lalu meninggalkan Naura sendiri di atas pelamin kecil. Naura menundukkan kepalanya.

Tiba-tiba Iman datang mendekatinya. "Naura , abang nak call kau. Boleh ?"  Soal Iman seraya menunjukkan mesej yang menunjukkan Taufiq ingin menghubungi Naura.

"Boleh." Balas Naura sepatah.

Laju Iman menekan ikon telefon.

"Nah,"  Kata Iman lalu menghulurkan telefonnya kepada Naura. "Aku pergi dulu." Kata Iman laku meninggalkan Naura sendiri.

"Assalamualaikum." Ucap Naura.

"Waalaikumussalam." Balas Taufiq disebalik panggilan.

"Maafkan saya sebab tak dapat datang. Saya harap saya tak buat awak kecewa." Pujuk Taufiq.

"Tak apa. Saya okay je." Balas Naura.

"Maafkan saya , saya betul-betul minta maaf. Saya kena panggil macam tu saja , cuti saya kena tarik macam tu saja sebab tak cukup orang. Nanti majlis nikah kita , cuti saya lebih. Saya harap cuti awak pun sama..." Kata Taufiq.

"Faham. Tak apalah. Saya cuti dua minggu lepas nikah." Balas Naura.

"Okaylah. Saya minta maaf lagi sekali , saya letak dulu ya. Jaga diri , cantik." Kata Taufiq lalu meletakkan panggilan.

'cantik.' Naura terkedu. Dia tersenyum manis. Malu. Blushing.

"Dah habis ke ?" Soal Iman.

"Kau ni kacau lah Iman ! Aku tengah blushing tadi !" Kata Naura lalu menghulurkan telefon Iman kembali.

[bersambung]



Cinta Pertama Where stories live. Discover now