Sudah 3 hari. Sekarang adalah hari ke-4 pukul 2.15 pagi tapi mereka masih tidak bersengka mata di dalam hutan. Misi perlu dilaksanakan dengan meraih kejayaan. Demi negara dan keluarga. Mereka semua adalah Komando Elit Malaysia. Dalam kumpulan komando ini mempunyai 5 orang. Diketuai oleh Hiyarz, nama penuhnya Hiyarz Zulfariq, codename 'Eagle'. Kemudian anak-anak buahnya. Mikael Rushazy, codename 'Shark'. Dayeen Fizhkry, codename 'Wolf'. Qaiys Huzfaqeer, codename 'Phantom'. Kayle Raiyz, codename 'Mouse'.
Sudah 3 jam mereka menunggu mangsa untuk diterkam. Bila sasaran sudah dikesan mereka bertindak. "Shark, Mouse, Phantom. Move!" selepas mereka mendapat arahan melalui alat pendegar jauh itu daripada Hiyarz. Mereka terus bergerak.
Laju tapi senyap. Mereka sangat terlatih, kerana itu mereka komando elit. "We're in position, Sir." Dayeen berkata melalui alat komunikasi moden itu. "Alright, wait the orders." kata Hiyarz.
"Wolf, ready?" tanya Hiyarz. "Aku sentiasa ready, bro." Dayeen menyahut.
"Bagus, and.. now!" Hiyarz berkata, memberi arahan untuk menyerbu. Dia sebagai mata-mata dan juga sharpshooter, sentiasa bersedia bersama Sniper Barret M95 kesayangannya.
Bermacam-macam bunyi tembakan menggegarkan hutan itu. Hiyarz telah menembak tepat ke arah mangsa-mangsanya. Sekitar 8 orang mati dengan snipernya.
Qaiys dan Mikael, mereka menyerbu didalam bagunan yang disyaki tempat pembuangan organ dan terletaknya mangsa-mangsa yang diculik.
Qaiys dan Mikael bergelut dengan musush-musuh di dalam bangunan usang itu. Kayle pulak menyelinap masuk dan mencari mangsa-mangsa culik tersebut untuk di selamatkan. Dayeen sedang membunuh musuh secara senyap di luar bangunan.
"Phantom, kau tak rasa pelik ke. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena." Mikael tanya Qaiys sambil bergelut dengan seseorang lelaki. Kejap lelaki itu di atas Mikael. Kemudian Mikael pulak di lelaki itu.
"Mouse, are you there." tanya Qaiys dengan nada bekunya. Tangan mengunci kuat musuh sehingga tidak boleh bergerak
Semua tersentak bila terdengar nafas Kayle yang tercunggap-cunggap melalui alat pendengar. "Mouse, are you okay?" Hiyarz risau.
"E—Eagle. Can we change a little bit plan?" tergagap Kayle bertanya kerana nafasnya masih belum stabil.
"What it is?" tanya Hiyarz.
"Hantar Wolf kesini, i need his help." ujar Kayle. "Alright, Wolf you heard that."
"Roger, Eagle." terus Dayeen lari menyelinap masuk ke tempat Kayle berada. Segenap ruang bilik yang gelap tapi diterangi oleh cahaya bulan itu dimasuki Dayeen. Dia terkedu.
"Kayle." perlahan sahaja Dayeen memanggil. "Wolf, tolong aku keluarkan semua budak-budak ni. Aku kena selamatkan di bilik sebelah." selepas Kayle berkata, dia terus lari ke bilik sebelah. Ada beberapa mangsa yang hampir di bedah hidup-hidup dan di bilik itu penuh dengan organ yang ada di dalam balang dan juga ada yang telah dibungkus.
Kejamnya manusia kerana harta. Sanggup melakukan apa saja demi duit. Tanpa bercakap banyak, Kayle terus melepaskan budak-budak separa bogel yang digari atas katil itu.
"Mari, kita keluar dari sini." empat mangsa yang dilepaskan Kayle mengangguk. "Wait, jangan bergerak." Dayeen menahan Kayle untuk terus langkah. Sebelah kening Kayle terangkat membawa masuk 'kenapa'.
Mereka semua senyap selama 2 minit, kemudian bunyi sayup-sayup itu makin jelas. "Mouse, bawa diorang semua keluar. NOW!" Kayle terus membawa semua mangsa itu keluar.
YOU ARE READING
The Hidden Blizzards
AcciónON GOING Seorang lelaki yang berpegang teguh dengan prinsipnya. Bila tanggungjawab keluarga di bahu kanannya, manakala tanggungjawab negara di bahu kirinya. Sanggupkah dia mengalas kedua-dua tanggungjawab itu? Mampukah si dia menerima kenyataan? Dia...