Bab 2: Graduasi Sekolah Tinggi Di Musim Bunga

23 0 0
                                    

Hari ini,Elysha bakal menempa alam graduasi.Segala persiapan telah dilakukan oleh sekolahnya untuk meraikan murid-muridnya yang tamat belajar.Namun,Elysha masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi semalam semasa dia pergi ke hospital bersama Ross.Semalam,Elysha dan Ross mengikuti ambulans yang membawa Ayu Arlina dan keluarganya ke hospital kerana Ayu mengalami masalah kesihatan dan lagi satu,perutnya kelihatan besar seperti seorang wanita yang hamil.Elysha pernah menjadi saksi mata melihat Ayu Arlina dan seorang lelaki keluar dari halaman belakang sekolah dalam keadaan pakaian yang sedikit tak terurus dan kotor,membuatkan dia tertanya apa yang mereka telah buat di belakang sekolah sampai baju mereka menjadi begitu.Tak cukup dengan itu,dia sering mendengar suara Ayu Arlina yang muntah dalam tandas hampir setiap hari,lebih spesifiknya pada waktu pagi.Namun,dia menganggap yang Ayu makan terlalu banyak dan gelojoh setiap kali dia mendengar suara gadis itu muntah di dalam tandas kerana dia terbiasa dengar orang muntah sebab makan terlalu banyak.Namun apa yang Elysha tidak tahu ialah semua sangkaannya itu bakal menjadi meleset.Selesai sahaja doa pembuka majlis,Elysha dengan sabar menunggu gilirannya untuk mengambil hadiah graduasinya dengan hati yang gembira.Namun,dia terlihat banyak sosok berwarna hitam berada di meja berdekatan dengan meja yang diduduki ibunya,namun muka mereka di tutupi cermin mata dan topeng berwarna hitam.Elysha pun buat tak kisah sangat dan setia menunggu namanya dipanggil.Sebaik sahaja namanya di panggil,dia naik ke pentas untuk menerima sijil dan skrolnya,namun dia terdengar bunyi sekumpulan orang menjerit dan bersorak untuk dirinya.Dan ianya tak lain tak bukan,ianya kumpulan berbaju hitam itu.Selepas turun dari pentas,Elysha pergi ke arah ibunya yang setia menanti. "Tahniah!! Awak dah habis sekolah,ibu bangga dengan kakak." Kata Liza pada anak gadisnya itu.Elysha yang mendengar percakapan ibunya terus berkata, "Ala,ini pun sebab ibu doakan kakak juga." dalam nada merendah diri.Namun yang paling mengejutkan ialah bila kumpulan berbaju hitam itu memberi jambak hadiah yang lebih besar. "Eh,untuk saya ke?" soal Elysha. Lalu salah seorang figura berbaju hitam pun berkata, "Ya,ini untuk awak.""Tunggu sekejap,saya kenal suara awak."kata Elysha dalam nada yakin. "Cubalah teka." kata salah seorang dari kumpulan figura itu. "Awak ni Chen ke?" kata Elysha.Ternyata tekaannya tak pernah salah,sebab dia pandai mengecam suara ahli EXO kerana dia memang adalah seorang EXO-L veteran. "Macam mana awak tahu?!" Kata Chen yang berpakaian denim biru cerah. "Cuba sebut "Ah Wae"." Lalu Chen pun menyebut "Ah Wae",kata signaturenya apabila dia ingin bersuara dalam keadaan merintih. "Hmph,saya dah agak,awak ni memang Chen pun,saya boleh nampak mata awak menerusi cermin mata hitam tu." Lalu Chen menanggalkan cermin mata,topi serta topengnya.Dia baru sedar akan kebolehan Elysha meneka suara dia dan ahli EXO yang lain.Bukan itu sahaja,suara ahli Metallica yang ada bersama mereka pun dia boleh teka.Mula dari suara Lars yang bercakap dalam loghat Denmark yang pekat kerana dia lahir di sana,hingga ke suara Robert yang bercakap dalam loghat Amerika Latin yang sederhana,semua suara ahli dua kumpulan berbeza genre itu dapat dia cam kerana dia merupakan peminat mereka sejak dari dahulu lagi.

Liza yang melihat jambak hadiah anaknya dari kumpulan kugiran dua genre berbeza itu terkejut,kerana semua hadiah graduasi yang diberi mereka lebih mahal darinya,dengan hadiah Liza iaitu jambak coklat yang dibalut dengan kertas pembalut berwarna ungu cuma seharga 13 ringgit,manakala hadiah dua kugiran itu lebih mahal,mula dari beg tangan Gucci,set solekan jenama Dior,set baju panas yang mahal,set buku bergenre seram,misteri,dan thriller,gaun-gaun berjenama mahal,set minyak wangi dan semua album EXO dan Metallica yang disimpan sebagai hadiah istimewa buat gadis kesayangan mereka.Semua orang yang melihat Elysha diberi hadiah oleh EXO dan Metallica hanya mampu melopong kerana hadiahnya sudah seperti hadiah buat orang yang kaya.Dan semua hadiah tersebut bukanlah murah,melainkan berharga beribu ringgit kalau ditukar dengan duit Ringgit Malaysia.Walaupun gembira dan bersyukur mendapat banyak hadiah dari ibu dan dua kumpulan yang diminatinya yang kini telah menjadi kawan baharunya,namun fikirannya masih tertumpu pada situasi Ayu Arlina,gadis yang selalu membulinya.Lebih buruk lagi,dia dan Ayu duduk di kelas yang sama,iaitu Amethyst,yang juga merupakan kelas yang diketuai Minzy selaku pengawas kerana dia sangat tegas.Namun,Minzylah yang telah banyak berjasa kepadanya kerana dia menjadi tempat Elysha berlindung dari dibuli dan diejek.Minzy dan Karol pernah bercerita padanya yang mereka ingin melindungi Elysha dari geng perempuan kaki buli itu yang di mana Elysha kerap menjadi mangsa kerana dia lemah lembut dan baik hati namun Elysha tidak sedar bahawa kebaikannya selama ini selalu diambil kesempatan.Juga kerana tiga gadis itu berstatus sama,iaitu anak tunggal.

Buruj Bintang dan Mawar Tanpa DuriWhere stories live. Discover now