|23|

92 4 0
                                    

NUHA Adelia hanya berdiam diri di dalam kereta Ford Mustang milik Charlie Naowarat. Dia takut untuk berbicara kerana wajah jejaka itu sungguh merah menyala. Mungkin tengah menahan api kemarahan.

Stereng kereta mewah itu dipusing laju menggunakan sebelah tangan sahaja. Charlie Naowarat menekan pedal break secara mendadak membuatkan Nuha Adelia hampir tercium dashboard kereta mewah itu.

Nuha Adelia mencebik. Dia melihat sekeliling. Dia tidak tahu di mana jejaka itu membawanya pergi.

"Keluar," Charlie Naowarat segera keluar dari kereta diikuti Nuha Adelia.

Nuha Adelia terpana melihat tempat itu. Mereka berada di atas kawasan lapang yang tinggi sehinggakan boleh nampak semua bangunan pencakar langit di tengah bandar itu. Nuha Adelia perlahan-lahan melangkah menghampiri Charlie Naowarat yang duduk di atas rumput menghadap pemandangan yang memaparkan bangungan-bangunan tinggi itu. Jejaka itu sudah menukar baju. Nasib Charlie Naowarat sentiasa membawa baju ganti di dalam keretanya jika tidak mahu kesejukkan dia dibuatnya.

Nuha Adelia duduk di sisi Charlie Naowarat. Rambut jejaka itu masih basah. Wajah itu begitu tertekan. Tetapi bibir Charlie Naowarat masih terkunci. Tiada sepatah perkataan yang keluar.

Nuha Adelia menghela nafas kecil. "Jadi cincin itu masih bermakna bagi you?"

Charlie Naowarat merengus kecil. Dia berpaling memandang wajah cantik Nuha Adelia. Kotak cincin tadi dihulurkan kembali.

Nuha Adelia teragak-agak mengambil kotak cincin itu.

"Kau buang dekat sini. Buang dekat kolam ikan tu dah kenapa?" Charlie Naowarat kembali berpaling ke hadapan.

Nuha Adelia berkerut tidak faham. "Apa maksud you?"

Charlie Naowarat menghela nafas kecil. "Buang dekat sini,"

Nuha Adelia tergelak sinis. "Kenapa you gigih ambil dekat kolam semata-mata nak suruh buang dekat sini?"

Charlie Naowarat hanya mendiamkan diri.

"Sudahlah, Ar. Jangan tipu I lagi. Just be honest with me," pinta Nuha Adelia. Sungguh dia terlalu ingin tahu apa yang terjadi pada masa lalunya.

Charlie Naowarat menggeleng kepalanya. "Mungkin Charlie yang diukir tu bukan aku. Mungkin lelaki lain,"

Nuha Adelia tersenyum sinis. "Macam mana you tahu nama yang diukir tu Charlie? You tak tengok langsung pun. You cuma tengok di luar cincin aje,"

Sekali lagi Charlie Naowarat terdiam.

Nuha Adelia menggeleng kepalanya. "I penat hadap semua ni, Ar. I penat hadap semua orang di sekeliling I tipu I tentang masa lalu I. I cuma nakkan kebenaran. I ada hak untuk tahu semua itu,"

"Aku bukan masa lalu yang kau cari," ujar Charlie Naowarat.

Nuha Adelia tersenyum pahit. Hatinya terasa begitu sakit. Sakit seperti digenggam kuat lalu dibaling jauh. Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipi gebunya.

"Setiap hari I rasa kehilangan. Setiap hari I menangis tanpa sebab. I menangis sebab I terlalu rindukan seseorang. Seseorang yang I sendiri tidak tahu dan tidak ingat. You ingat tak sakit ke, Ar?" Nuha Adelia mengesat air matanya dengan belakang tangan.

"Tapi tak apa. Mungkin ada baiknya untuk I mulakan kehidupan baru I," Nuha Adelia bingkas bangun lalu mengumpul kekuatannya. Dia ingin membaling kotak cincin itu namun lengannya dihalang.

Nuha Adelia merenung wajah Charlie Naowarat yang sedang menggenggam lengannya. Perlahan-lahan dia menjatuhkan lengannya. Air matanya masih mengalir membasahi pipinya. Anak mata kelabu milik jejaka itu direnung lama.

Pemilik Hati Mr.PossessiveWhere stories live. Discover now