Bab 1 - Pertemuan Tak Dijangka

592 9 1
                                    

Aku seorang lelaki dewasa yang berumur 27 tahun. Masih bujang dan belum ada teman istimewa yang digelar seorang kekasih. Shafiq adalah sebahagian nama aku di dalam kad pengenalan tetapi aku lebih dikenali dengan panggilan Fiq. Tak ramai yang tahu nama betul aku, jauh sekali yang mengetahui nama penuh aku.

Kisah yang aku kongsikan ini adalah pengalaman di alam pekerjaan aku. Aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang mempunyai rangkaian meluas hingga ke peringkat antarabangsa. Aku dah bekerja hampir dua tahun dan memangku jawatan Penolong Pengurus di bahagian operasi.

Segalanya bermula ketika aku ditugaskan untuk menguruskan satu projek di Perak. Aku perlu berada di Perak selama dua minggu dan diberi segala kemudahan termasuk tempat tinggal dan kenderaan.

Pada hari kedua aku di Perak, aku dijadualkan untuk bertemu dengan seorang pembekal di hotel tempat aku menginap. Temu janji itu sepatutnya jam 2.30 petang, tapi aku sengaja turun awal untuk bersantai dan cuci mata di lobi hotel.

Ketika aku sedang ralit memerhati orang sekeliling, aku terpandang seorang wanita yang aku kenali sedang berjalan menuju ke receptionist hotel. Aku perhatikan dia sehinggalah selesai urusannya di kaunter itu. Aku mengenali susuk tubuh wanita itu dari tempat kerjaku.

Segera aku menelefon Tina, rakan sejawat aku yang berada di pejabat. "Hello Tina, betul ke company hantar aku seorang untuk urus projek ni?" Soal ku sejurus panggilan aku disambut oleh Tina.

"Huh? Kenapa kau tiba-tiba tanya?" Soalan aku dibalas dengan soalan Tina.

"Aku macam nampak seseorang daripada company kita kat hotel ni. Sebab tu tanya kau. Kalau company ada hantar wakil untuk bantu aku." Jelas ku kepada Tina.

"Eh, takde la. Kau sorang je, satu-satunya wakil company untuk projek tu. Kau salah orang kot." Giliran Tina pula memberi penjelasan.

Selepas aku menamatkan panggilan telefon dengan Tina. Aku bergerak untuk mengubah kedudukan yang lebih jelas untuk memastikan siapa yang aku nampak.

Sah. Memang betul dia. Mana mungkin aku salah orang. Aku memang kenal dia sebab dia salah seorang orang penting dalam syarikat. Datin Bella aka isteri Dato' Rahim, pemilik syarikat tempat aku bekerja.

Datin Bella berusia 31 tahun merupakan isteri kedua Dato' Rahim selepas isteri pertamanya meninggal akibat kemalangan. Jarak umur antara mereka berdua ialah 15 tahun. Mereka baru berkahwin hampir dua tahun. Aku ingat sebab minggu pertama aku bekerja, aku dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Memang dia jarang masuk pejabat sebab dia ada perniagaannya yang tersendiri dalam industri fesyen. Tetapi dia selalu ada dalam mesyuarat utama sebab dia merupakan salah seorang BOD dalam syarikat aku bekerja.

Kenapa aku pelik bila terjumpa dia di hotel ini. Sebab dia jarang outstation, kalau perlu outstation Dato' mesti ambil cuti untuk teman dia. Maklumlah isteri muda yang bukan sekadar muda pada usia berbanding Dato' Rahim, tapi dia juga mempunyai paras rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik untuk menjadi rebutan para lelaki.

Aku bertambah pelik sebab sekarang dia outstation di Perak, sedangkan Dato' ada di Selangor. Ianya sesuatu yang amat mustahil untuk berlaku. Aku perhatikan setiap langkahnya hinggalah dia masuk lif untuk naik ke bilik hotel.

Selepas selesai perbincangan aku dengan pembekal yang berlangsung hampir sejam, masih belum kelihatan kelibat Datin Bella keluar dari hotel sebab tempat aku duduk adalah berhampiran laluan keluar masuk hotel. Aku yakin dia masih di dalam bilik hotel dan tidak bermalam di hotel ini, sebab lif yang dia naik tadi hanya menuju ke bilik-bilik dan dia datang hanya sehelai sepinggang tanpa apa-apa beg melainkan beg tangannya sahaja.

Tuah DuniaWhere stories live. Discover now